Cara Mengamalkan Al-Fatihah Untuk Diri Sendiri, Memang Rugi Jika Tak Amal





CARA MENGAMALKAN Al-FATIHAH untuk DIRI SENDIRI


Setiap pagi apabila kita bangun dari tidur…

1. Beri salam pada diri sendiri dahulu.
2. Lalu panggil nama penuh kita dengan lembut 3 kali.
3. Kemudian sentuh dada kiri kita dengan tangan kanan (di jantung) sambil mengucapkan : "ALHAMDULILLAH"
4. Kemudian katakanlah :
Aku hadiahkan AlFatihah ini untuk diriKu sendiri, zahir dan batinku, Yaa Allah jagalah hamba-Mu ini, lindungilah hamba-Mu ini, Jadikanlah hamba-Mu ini Penjemput rezeki Mu ya Allah yang berlimpahan seperti air sungai yang mengalir tiada hentinya… Aamiin Ya Allah.
5. Lalu baca surah Al-Fatihah 1 kali.



Lakukan sekarang! kerana mungkin sudah lama atau tidak pernah anda menghadiahkan Al-Fatihah pada diri sendiri, lakukan sekarang! dan nikmatilah RASAnya…








Surah Al-Fatihah (سورة الفاتحة) – Pembukaan – surah yang diturunkan di Makkah dan diturunkan selepas Surah Al-Muddathir. Surah ini mempunyai 7 ayat dan inilah surah pertama yang diturunkan lengkap keseluruhan ayat bagi sebuah surah dan termasuk dalam golongan surah Makkiyyah.

Surah ini dinamakan AlFatihah (Pembukaan) kerana ia dijadikan sebagai pembuka dan permulaan Al-Quran. Surah ini juga dinamakan Ummul Quran (ام القــرآن – Ibu Quran) atau Ummul Kitaab (ام الكتاب – Ibu Kitab) kerana ia merupakan ibu atau induk kepada semua isi Al-Quran dan menjadi inti sari dari kandungan Al-Quran itu sendiri. Surah ini turut dinamakan As-Sab’ul Matsaani yang bermaksud tujuh yang berulang-ulang kerana ayat ini diulang-ulang bagi setiap solat.

Hikmah dan Keutamaan Membaca Surah Al-Fatihah

1. Membaca surat Al-Fatihah mendapat pahala seperti membaca sepertiga Al Quran .

2. Setiap satu ayat dari Al-Fatihah menjadi penutup satu pintu neraka.

3. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah ia telah membaca kitab taurat, injil, zabur, Al Quran, suhuf idris As. dan suhuf Ibrahim As. sebanyak 7 kali.

4. Orang yang membaca Al-Fatihah seolah olah ia telah sedekahkan emas di jalan Allah SWT.

5. Amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 70 kali setiap hari dalam keadaan berwudhu ‘ dan ditiupkan pada air lalu diminum selama tujuh hari. Insya Allah akan mudah memperoleh ilmu pengetahuan, di samping itu dapat membersihkan hati dari fikiran yang rosak.

6. Sesiapa membaca Al-Fatihah berserta Bismillah diantara Solat Sunat Subuh dan Fardhu Subuh dengan istiqamah, maka jika ia inginkan pangkat terkabullah ia dan kalau ia fakir maka akan kaya serta jika ia ada hutang maka akan mampu membayarnya dan kalau ia sakit maka akan sembuh serta kalau ia punya anak maka anaknya itu menjadi anak yang soleh, berkat surah Al-Fatihah.

7. Amalkan membaca Al-Fatihah saat hendak tidur, diikuti membaca Surah Al – Ikhlas tiga kali, Surah Al -Falaq dan Surah An – Nas , insya – Allah akan aman tentram dan terjauh dari gangguan setan.

8. Sesiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 20 kali setiap selesai solat fardhu lima waktu, maka Allah SWT luaskan rezekinya, baiki akhlaknya, mudahkan urusannya, hilangkan kesusahannya, anugerahkan apa yang diimpikan, dapat berbagai berkat dan kemuliaan, jadikan ia berwibawa, berpangkat luhur, penghidupan baik dan anak-anaknya pula terlindung dari kemudharatan dan kerosakan serta dianugerahkan kebahagiaan dan sebagainya.

9. Untuk membuka pintu rezeki yang luas dan mempermudah segala urusan hidup serta terhindar dari segala kesulitan, amalkan membaca Al-Fatihah sebanyak 41 kali saat makan sahur malam. Insya Allah akan dimakbulkan Allah.

10. Sesetengah ulama mengesyorkan membaca Al-Fatihah sebanyak 40 kali setiap kali selesai solat Maghrib dan solat sunat. Insya Allah hajatnya akan dikabulkan.

11. Sesiapa yang membaca ‘Al-Fatihah’ 1 kali di waktu hendak tidur, Surah ‘Al-Ikhlas’ sebanyak 3 kali dan ‘Mu’awwidzatain’ (Surah Al-Falaq dan surah An-Nas) 1 kali, sebelum tidur. Insya Allah maka ia akan terpelihara dan selamat daripada segala perkara dan ancaman seperti mimpi buruk, gangguan syaitan, kecurian, kebakaran dan malapetaka, selain daripada ajal.





Beberapa kajian ilmiah dari Hibatullah Yusof Al-Haj tentang Rahsia Al-Fatihah :


IZINKAN HAMBA BERPESAN

#alquran #mukjizat 

Bismillah. MasyaAllah. TabarakAllah. Izinkan hamba berpesan. Pesanan untuk diri sendiri juga. Bacalah Al-Fatihah banyak-banyak, bila saja ada kesempatan. Usahakan membacanya dengan tartil, betulkan sebutan huruf-hurufnya, sebut dengan jelas, betulkan tajwid, jaga 14 huruf tasydid. Fahami maksud ayat, hayati ketika membaca, fokus. Puji sebenar puji, pohon sebenar pohon. Kita sedang berdialog. Patut dihafal huruf-hurufnya, ketika membaca bayangkan huruf-huruf itu hadir di hati kita, bergetar bersama suara yang mengiringinya. 

Andai menulis Surah AlFatihah di kertas atau sebarang media lain, jangan lupa hadirkan 141 huruf-hurufnya yang zahir. Semoga Allah memberkati kita semua kerana kita menjaga yang haq, bersama-sama. Aamiin.

#berpesanpesandengankebenaran 
#berpesanpesandengankesabaran 
#hikmahitutersirat





Bacaan Doa Al Fatihah



Beberapa kajian ilmiah dari Hibatullah Yusof Al-Haj tentang Rahsia Al-Fatihah :



BERSAMA NILAI CERMIN 8228

Jumlah Nilai Mufrad 141 Huruf Al-Fatihah Berulang 2323. 

Sila Cermin setiap Nilai Mufrad, contohnya jika Nilai Mufrad = 1, 

Nilai Cermin = 10, Nilai Mufrad = 28, 

Nilai Cermin = 82 dsb. 

Jumlah Nilai Cermin 5905. 

Jumlahkan 2323 + 5905 = Berulang 8228. 





AL-FATIHAH: 1212 + 1111 = 2323

Surah Al-Fatihah bila ditulis mempunyai 141 Huruf. 

Jumlah Nilai Mufrad = BERULANG 2323. 

(1) SEMUA Huruf POSISI GANJIL ada 71. Jumlah Nilai Mufrad = BERULANG 1212. 

(2) SEMUA Huruf POSISI GENAP ada 70. Jumlah Nilai Mufrad = BERULANG 1111. 

(3) Dari 71 Huruf POSISI GANJIL itu, 36 Nilai Mufrad GANJIL, 35 Nilai Mufrad Genap. 

(4) Dari 70 Huruf POSISI GENAP itu, 35 Nilai Mufrad GENAP, 35 Nilai Mufrad GANJIL. 



MANUSKRIP TERAWAL SURAH AL-FATIHAH YANG PERNAH DITEMUI

#alquran #mukjizat 

Manuskrip lama Al-Qur'an mempunyai ciri-ciri jelas antaranya 
(1) Tulisan dalam khat Kufi 
(2) Huruf-huruf tiada dibubuh titik dan baris. 

Imej memaparkan Manuskrip terawal Surah AlFatihah yang pernah ditemui di San'a, Yaman. Walaupun sebahagian dari tulisan telah rosak (terkoyak), dapat disaksikan perkataan SIRAT ditulis dengan Huruf ALIF (Sod, Ro, Alif, Tho). 

Ayat 7 cuma nampak sebahagian, namun dapat dirumuskan (hasil membandingkan dengan beberapa Manuskrip Lama yang lain) bahawa seluruh Huruf dalam Manuskrip Al-Fatihah ini berjumlah BERULANG 141. Wallahua'lam.

#alfatihahummulkitab






24 ALIF

Perkongsian kali ini ringkas tapi penuh makna. Surah Al-Fatihah itu bila ditulis, mempunyai 24 ALIF (Digital 6). 

Jumlah 24 ALIF ini menjadi faktor penting JUMLAH HURUF Al-Fatihah bila ditulis, 141 HURUF (Digital 6). 

Angka 141 itu adalah Serupa Jenis (permutasi) 114, yang menjadi JUMLAH SURAH Al-Qur'an. 114 SURAH (Digital 6). 





MANUSKRIP SURAH AL-FATIHAH PALING AWAL PERNAH DITEMUI

Mushaf Al-Qur'an Rasm Uthmani yang tersebar di seluruh dunia cetakan Kerajaan Arab Saudi sejak sekitar 1992 Masehi adalah hasil khat Uthman Taha

Berikut sebanyak-sedikit latarbelakang beliau:

Uthman bin Abduh bin Husayn bin Taha Al-Kurdi (atau Uthman Taha, عثمان طه) ialah seorang jurukhat al-Quran dari Syria yang terkenal kerana menyalin Mushaf Al-Madinah yang dipesan oleh Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd.

Beliau dilahirkan pada tahun 1934 di kawasan pedalaman Aleppo, Syria. Setelah mendapat Sarjana Muda Sastera dalam Syariah dari pada Universiti Damsyik, beliau juga mengkaji bahasa Arab, seni hiasan Islam dan melukis. Beliau mendapat ijazah dalam seni khat daripada Hamid Al-Amidi, mahaguru seni khat Islam dunia. Beliau diajar khat oleh Muhammad Ali Al-Mawlawi, Ibrahim Al-Rifa’i (Aleppo), Muhammad Badawi Al-Diyrani (Damsyik) dan Hashim Al-Baghdadi.

Beliau menyalin al-Quran pertamanya pada tahun 1970. Pada tahun 1988 beliau pergi ke Arab Saudi dan diambil bekerja sebagai seorang penulis dan jurukhat di Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd di Madinah. Pada tahun yang sama beliau menjadi seorang ahli dalam panel juri antarabangsa bagi Anugerah Seni Khat yang diadakan di Istanbul sekali setiap tiga tahun.

Dalam 18 tahunnya bekerja di Pusat Percetakan al-Quran al-Malik Fahd, Uthman telah menulis empat naskhah al-Quran. Lebih daripada 200 juta salinan diedarkan di serata dunia. Dalam tiga puluh tahun beliau telah menulis 10 naskhah. Satu naskhah biasanya mengambil masa lebih daripada 3 tahun untuk menulis dan satu lagi tahun untuk menyemak.

Tulisannya yang cantik, kemas dan mudah dibaca dalam Mushaf Madinah juga digunakan dalam salinan komersial yang dikenali sebagai Mushaf al-Tajwid.



---------------------
Imej yang saya sertakan ialah penulisan semula huruf-huruf dalam 7 Ayat Surah Al-Fatihah berdasarkan manuskrip terawal yang pernah ditemui.  Ditemui di San'a, Yaman - sekitar tahun 1987. (Lihat imej inset dan rujuk juga catatan sumbernya dalam imej - saya pilih font yang seakan sama bentuk dengan manuskrip). 

Melalui kajian ilmiah pakar-pakar, manuskrip ini dikatakan ditulis pada penghujung Abad Ke-1 Hijrah di zaman Khalifah Al-Walid. Pada ketika itu, tulisan hurufnya (dalam imej inset) tidak ada titik dan tidak ada baris, tidak ada tanda hamzah wasol atau hamzah qath'ie pada Alif, tidak ada Alif Kecil/Khanjariyah, malah tidak ada tasydid/sabdu. Tidak ada juga nombor ayat atau tanda penghujung ayat. Memang sukar untuk dibaca oleh orang-orang 'Ajam (non-'Arab) terutama kita di akhir zaman ini. 

Pada penulisan semula (menggunakan font) dalam imej, saya juga tidak memasukkan semua tanda-tanda tersebut tetapi saya gunakan huruf yang sudah diletakkan titik agar lebih mudah anda kenal dan baca. Sejarah penulisan wahyu oleh para sahabat Rasulullah SAW, kemudian proses menyimpan, mengumpulkan semula, menyusun berdasarkan tauqifi (panduan dari Jibril AS kepada Rasulullah) adalah amat panjang jika mahu dimasukkan kesemuanya ke sini. Anda boleh rujuk buku-buku ilmiah dan laman-laman ilmiah yang mencatatnya secara tuntas.

Jika anda mengira satu persatu huruf-huruf dalam imej, jumlahnya ialah 141 Huruf. Jumlah ini ada dicatat dalam kitab muktabar Tuhfah, iaitu kitab muktabar rujukan ulama'-ulama' fiqh aliran mazhab kita, iaitu Mazhab Imam As-Syafi'e. Terdapat beza ejaan dalam mushaf cetakan Kerajaan Saudi, iaitu pada ejaan Sirat, tidak dibubuh huruf Alif tapi diganti dengan Alif Kecil/Khanjariyah. Ada juga mushaf-mushaf lain (sejak dulu) yang mengeja lebih dari 141 Huruf. Dari segi membacanya, tidak ada beza (cuma bergantung kepada qira'at mana, bacaan kita adalah mengikut qira'at Imam Hafs dari Imam 'Aasim), yang berbeza ialah pada cara menulis atau mengeja kalimah-kalimah tertentu.

Semasa saya mengaji Al-Qur'an diajar oleh Allahyarham bapa dan Allahyarhamah ibu saya, mushaf yang digunakan ketika itu ialah apa yang kita di Nusantara selalu sebut sebagai Qur'an Majid (juga dipanggil Mushaf Asia). Di situ ejaan Surah Al-Fatihah adalah 141 Huruf. Saya berpesan dengan kawan-kawan dan waris-walak, simpanlah Qur'an Majid dengan baik, walaupun kini anda membaca Al-Qur'an Rasm Uthmani cetakan Kerajaan Arab Saudi. Cukuplah dicatat setakat itu.

---------------------
NOTA TAMBAHAN 1 JUN 2021:

Anda mungkin pernah membaca Tafsir Ibnu Katsir yang menyebut bahawa jumlah huruf Surah Al-Fatihah ialah 113. Saya telah lakukan kajian ke atas jumlah itu. Alhamdulillah, dengan rahmatNya semata-mata, dapatlah saya akan jawapan mengapa113. Rupa-rupanya ia adalah cara lain untuk dia mengatakan bahawa Al-Fatihah itu 141 huruf. SubhanAllah.
---------------------

Sekadar berkongsi kepada semua pembaca, memandangkan ini adalah antara sejarah asas dalam Islam dan insyaAllah, amat berguna kepada sesiapa yang dikurniakanNya faham (dan yang mengkaji), mengapa saya buka status yang ini. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT. Aamin.

Terima kasih banyak-banyak kerana sudi berkongsi bersama saya, atau membaca perkongsian dari saya. Hanya Allah SWT yang mampu membalasnya dengan segala kebaikan yang Dia sendiri Maha Mengetahui. InsyaAllah.

Wallahua'lam. 🙏









Pak Teh Enggong, Kuala Krai Kelantan (Wali Allah)



Arifbillah ini masih ada sampai sekarang (Januari 2023), beliau berpesan, zikirlah Al-Fatihah sebanyak 41 kali setiap hari.


Jika sesiapa nak dapatkan amalan ini, pergilah mencari Pokteh di rumahnya di Kampung Enggong, Kuala Krai, Kelantan.


Boleh baca kisah perjalanan kerohaniaan Pokteh di SINI.





Rasulullah bersabda :

“Barang siapa yang menyampaikan 1 (satu) ilmu saja dan ada orang yang mengamalkannya, maka walaupun yang menyampaikan sudah tiada (meninggal dunia), dia akan tetap memperoleh pahala.”
(HR. Al-Bukhari)

Aamiin ya Rabbal’alamin