Kilang Tasbih Kayu Teras Di Gunong, Bachok, Kelantan.
Tasbih, gelang, cincin, sabun dan minyak dari teras2 kayu yang berkhasiat tinggi
Segala tempahan, pembelian,
boleh hubungi
013-9956739
Amir
Tekan LINK Untuk Whatsapp
010-4153993
Mat
Tekan LINK Untuk Whatsapp
Kedai Shopee : https://shopee.com.my/teras_warisan
Facebook Page : Tasbih Teras Asad
Linktree : https://linktr.ee/tasbihteraswarisan
Link Tiktok 2 : https://www.tiktok.com/@are_mir960
Yang hadir singgah ke sini tu, mohon follow akaun TikTok kami ya.
KAYU KEMUNING HITAM
AIR RENDAMAN
KAYU KEMUNING HITAM
1001 KHASIAT, PENYAKIT ROHANI DAN JASMANI INSYA ALLAH
Memiliki beberapa khasiat berikut :
1. Penenang hati
2. Penolak sihir / ilmu hitam
3. Penakut hantu / iblis syaitan
4. Penawar gigitan binatang bisa
5. menguatkan tenaga batin
6. Penawar mabuk / racun
7. Lain-Lain Penawar Penyakit : Demam panas, kencing manis, uluran, buasir, busung, batuk, lelah, cacing, sakit dalam mulut / tengkuk, mata kabur, terlekat uri, sakit pinggang, kembung perut, sakit sendi, kudis, jerawat, kebas anggota / lenguh urat, luka, melancar peredaran darah, mengatasi keputihan dan susah buang air.
Kayu Teras Gemunggal
Terdapat 3 jenis gemunggal yang biasa ditemui. Setiap satu nya berlainan dari sudut rupa, warna dan sebagainya. Gemunggal ini dipercayai mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun begitu, harus di ingat apapun jua ianya datang dari Allah.
Gemunggal / Kelor Kampung :
Urat-uratnya yang sangat indah seakan urat tangan manusia. Keratan rentas gelang uratnya bersambungan tidak putus dan halus seratnya. Ianya berwarna koko-coklat jika yang masih muda, dan kehitaman jika sudah tua.
Warnanya juga akan berubah daripada koko-coklat kepada warna coklat-kemerahan dan seterusnya menjadi kehitaman sekiranya sentiasa digunapakai seperti dalam bentuk cincin, gelang tangan dan tasbih untuk berzikir.
Jika direndam dalam air, herba daripada terasnya akan menyebabkan warna air berubah menjadi seperti warna air teh. Sekiranya direndam dalam tempoh yang lebih lama lagi, maka air tersebut akan berubah menjadi lebih pekat serta kelihatan seperti kebiru-hijauan. Air asahan akar pokoknya sedikit pedas dan hawa-hawa panas.
Umumnya, jenis ini timbul jika direndam dalam air.
Gemunggal / Kelor Bukit :
Susunan lapisan uratnya sederhana halus (warna koko/coklat) dan terdapat urat bercecuruk kasar (warna kelabu/putih). Kayunya hampir sama dengan Kayu Kokka yang tua. Air rendamannya tidak berwarna. Daun pokoknya lebih besar daripada jenis yang kampung.
Umumnya jenis ini tenggelam jika direndam dalam air. Kayunya sangat keras dan liat. Terdapat juga Teras Gemunggal Bukit yang uratnya seperti jenis yang kampung.
Gemunggal / Kelor Pulau :
Keratan rentas gelang uratnya terdapat putus-putus, halus serat dan uratnya serta berwarna putih / cerah dan kemerahan muda/tua. Terasnya lebih ringan. Air rendamannya tidak berwarna.
Umumnya, timbul jika direndam dalam air.
Petua orang tua-tua menyebut “ Pokok ubat yang tumbuh di pulau kecil dikelilingi air laut adalah lebih berkhasiat daripada yang tumbuh di daratan luas ” Jika dibelah dengan parang/kapak, biasanya Teras Gemunggal akan pecah dan serpih dengan tidak menentu, kerana uratnya yang berselirat dan berpusar tanpa ada satu pola yang tetap, walaupun hanya sepotong terasnya yang kecil.
Gergaji paling sesuai digunakan jika ingin memotong Teras Gemunggal. Ianya juga tidak sesuai dibentuk dengan mengisit menggunakan parang.
Ketiga-tiga jenis Teras Gemunggal atau Kelor ini berbeza dari segi urat, serat, berat, warna dan kekerasannya.
Serba Sedikit Kegunaannya:
Kelebihan Teras Gemunggal memiliki khasiat semulajadi di antaranya kebal senjata, asid, benteng diri, penawar racun, penawar bagi gigitan serangga berbisa seperti ular, lipan, dan lain-lain.
Selain ini teras gemunggal ini dikatakan mempunyai kuasa spiritual atau Aura yang mampu menghalang pemiliknya terkena sihir atau niat jahat seseorang kepada si pemakai dengan keizinan Allah.
Teras Gemunggal boleh disimpan di dalam rumah sebagai pendinding daripada dimasuki pencuri, perompak, penyamun atau sesiapa sahaja bertujuan datang ke rumah dengan niat jahat. Kehebatan Teras Gemunggal ini dikatakan menjadi rebutan para datin-datin yang bimbang suami akan bermain kayu tiga. Ianya didakwa selain boleh menghalang ilmu hitam atau sihir terkena pada kita, malah ianya dapat menambahkan kasih sayang suami terhadap isteri.
Kehebatan kayu gemunggal ini bukan sahaja menjadi buruan kaum lelaki, malah kaum wanita pun turut mencarinya. Ini disebabkan oleh kelebihan semulajadi kayu tersebut yang dapat membantu membantu kaum wanita bagi melembutkan hati lelaki.
Khasiat kayu gemunggal ini baik untuk anak dara dan yang belum kahwin. Bagi kalangan isteri pula, ianya amat berguna sekali bagi menyejukkan hati suami. Lebih-lebih lagi sekiranya anda merupakan isteri kedua, ketiga atau keempat.
Teras gemunggal ini, apabila dipakai pada tubuh badan seseorang mampu menjadi kebal dalam sekelip mata dan boleh mengelak daripada dikesan pihak musuh (sesuai untuk polis, tentera, pengawal keselamatan dan sesiapa sahaja yang memerlukannya). Teras gemunggal ini sekiranya dipakai ketika orang hendak menyusahkan kita, Insya Allah kita tidak akan terperdaya.
Teras gemunggal sememangnya telah menjadi rebutan kalangan pengamal perubatan, bomoh-bomoh serta guru silat, juga ahli korporat sejak dahulu lagi disebabkan ianya memiliki pelbagai keistimewaan tersendiri. Pengunanya ramai di kalangan VIP terutamanya Dato-Dato yang memerlukan keselamatan diri. Ini kerana kayu gemunggal yang dibuat dalam bentuk permata cincin mempunyai ciri-ciri semulajadi kekebalan bagi sesiapa yang memakainya.
Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman.
Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit.
Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah.
Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin.
Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya.
Lekat uri (sak/tembuni): Terasnya direndam kira-kira 2 minit, maka diminum.
Budak menangis-nangis: Terasnya di asah dan diberi minum.
Memudah lepas susu anak: Terasnya diasah dengan sedikit garam, dibubuh pada tetek ibu.
Bisul: Terasnya di asah, disapu pada mata bisul. Insyallah bisul akan beransur hilang dalam masa yang singkat.
Ditakuti hantu: Terasnya dijadikan cincin dipakai pada jari manis.
Kena santau, racun dan bisa dalam tubuh: Terasnya direndam dalam air kelapa kira-kira 3 minit, diminum.
Digigit ular, lipan atau apa jua binatang berbisa: Terasnya diasah dan disapu pada tempat yang kena gigit.
Khasiat lain teras gemunggal ialah mengaktifkan ketajaman gerak hati (Indera Ke-enam), kewibawaan dan lain-lain.
Mengelak dari di pukau, digendam dengan ilmu hitam: Terasnya dijadikan cincin di pakai pada jari tangan.
Kemuncak kelebihan Teras Gemunggal ini ialah sipemakainya akan dikurniakan ketahanan kulit dari ancaman asid dan perkara yang sewaktu dengannya.
Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Berkuasa atas segalanya. kita seharusnya menurut segala perintah dan meninggalkan segala larangannya serta sentiasa mengingati Allah SWT dan mohon kepadanya adalah penting dalam memperoleh keselamatan serta kesejahteraan di dunia dan akhirat. Yang baik itu datangnya dari Allah dan yang buruk itu adalah dari kelemahan kita sendiri.
Gemunggal: Remunggai, Kelor
Sejenis pokok besar berdaun kembar halus, dimana pucuknya enak di sayur, berkhasiyat:
1. Menawarkan racun dalam makanan: sebelum makan atau minum, lalukan terasnya ke atas makanan atau minuman
2. Menjauhkan dari terkena hikmat sihir: terasnya dipakai menjadi permata cincin yang bersentuh dengan kulit
3. Menjauhkan rumah dari gangguan hantu yang membawa penyakit, dan sihir: dengan menanamkan pokok ini di empat penjuru rumah
4. Menakutkan ular-ular dan binatang-binatang bisa: dengan memakai terasnya sebagai cincin
5. Mengeluarkan raksa daripada tubuh: bila memakai terasnya
6. Sakit mata: daunnya 3 ranting kecil dilumat diandunkan dengan 1 gelas air dan heningkan; ditapis dan dititikkan ke dalam amata
7. Rabun ayam: daunnya 3 ranting kecil dilumat, dituangkan 1 mangkuk air masak dan ditapis; kemudian diandunkan dengan madu 3 sudu, diminum sebelum tidur
8. Sakit kuning: daunnya 7 ranting kecil dilumat dan dimasukkan 1 gelas air kelapa; ditapis dan diandunkan dengan 7 sudu madu, diminum 3 kali sehari
9. Sengal tulang: daunnya 3 ranting kecil dilumatkan bersama ½ sudu kapur makan, dibuat gosok
10. Alergi (alahan): daunnya 3 ranting kecil, bawang Merah 1 hulas, biji adas dan akar mempelas direbus dengan 2 gelas air sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum 2 kali sehari 1 mangkuk kecil
11. Memusnah cacing: daunnya 3 ranting kecil, daun lada 1 ranting kecil dan 3 batang Dukung Anak direbus dengan 2 gelas sehingga tinggal lagi separuh dan ditapis, diminum sebelum tidur
12. Luka bernanah: daunnya 7 ranting kecil dilumatkan ditempel
13. Sukar membuang air kecil: daunnya 3 ranting kecil dilumat dan diperah dicampur dengan perahan air mentimun atau lobak Merah, sama banyak antara ketiga; diadun dan dicampur 1 gelas air dan ditapis; diminum 3 kali sehari
14. Menjauhkan dari kecurian: bila meletakkan terasnyadalam rumah ataudalam kenderaan, insya-Allah
15. Sengal tulang: daun mudanya diremuk dicampur kapur makan, digosokkan
16. Bengkak:
17. Mengurangi rasa sakit: Untuk keduanya- daun mudanya diremuk danditempelkan di tempat sakit. Juga kulitnya diremuk dan dicampur sedikit kapur makan, ditempelkan
18. Pitam, pengsan (Epilepsi): akarnya diasah dibuat basuh kepala
19. Busung (Odeem): akarnya dan kulit serta akarpepaya dilumat dicomor
20. Beri-beri: akarnya direbusdan diminum
21. Kencing Bernanah (Gonorrhoea): akar dan daunnya direbusdan diminum setiap 3jam sekali
22. Kurap: daunnya digosokkan dengan kapur
Sahabat Rasulullah SAW yang mula-mula menggunakan tasbih ialah Abu Hurairah.
Beliau menyimpul sebanyak 1000 simpulan tali untuk menandakan bilangan berapa kali kah ucapan tasbih beliau kepada Allah untuk sehari semalaman.
Abu Hurairah merupakan sahabat Rasulullah, maka tidaklah menjadi kesalahan kepada kita sekiranya kita menggunakan buah tasbih kerana mengikut perbuatan Abu Hurairah.
Surah An-Nisa ayat 103 yang bermaksud:' Apabila engkau selasai solat, maka berzikirlah kepada Allah, baik di waktu berdiri, duduk dan sebagainya' Surah Al-Ahzab ayat 31-32 ertinya:"wahai orang-orang yang beriman berzikirlah kepada Allah sebanyak-banyak"
Khasiat Teras Kemuning Hitam
Penggunaan atau khasiatnya sama ada secara fizikal (dibuat tasbih, bentuk cincin, tongkat, gelang tangan, dan sebagainya), dibuat air rendaman dan pati minyak. Antara sebahagian khasiat yang Allah jadikan bersama dengan Teras Kemuning Hitam ialah:
1. Air rendamannya penawar racun dalam tubuh.
2. Air redamannya mengubati luka-luka dalaman tubuh.
3. Kesihatan dalaman bagi sesiapa yang sentiasa meminumnya sebagai amalan harian.
4. Mengubati penyakit yang sekira-kiranya pihak hospital tidak mahu/dapat mengubatinya, maka boleh di ikhtiar dengan meminum air rendaman Teras Kemuning Hitam dan ayat Al Quran dengan doa.
5. Pernah dicuba mengubati H1N1 dan sembuh dengan izin Allah.
6. Penawar demam panas. Jika berlaku ditengah-tengah malam bagi kanak-kanak airnya disapu pada tubuh (di ulangi beberapa kali, khususnya bawah ketiak atau leher), terlebih elok diberi minum sedikit, terdapat banyak kes yang suhu badan bayi/kanak-kanak menurun/sembuh (dengan izin Allah) menggunakan air rendaman kemuning hitam.
7. Mengubati kayap, dengan menyapu air rendamannya pada bahagian yang terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Jika kayap tersebut telah merebak kedalam mata, titiskan air kemuning hitam secara berkala (3-4x sehari semalam) dalam mata yang terlibat. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
8. Mengubati penyakit badam, dengan menyapu air kemuning hitam pada bahagian terlibat, terlebih baik diminum bersama air rendamannya dalam tempoh berubat tersebut. Ianya telah dicuba dan sembuh dengan izin Allah.
9. Ubat sakit perut (cirit-birit) yang mustajab, ada banyak kes sembuh dengan izin Allah. Air rendamannya diminum beberapa kali dalam sehari atau dalam beberapa hari, insya Allah lega. Jika dalam perjalanan jauh seperti menaiki bas ekspress atau keretapi, dan dikhuatiri cerah perut ditengah jalan se-eloknya sediakan sebotol air kemuning yang agak pekat/tua, insya Allah dapat membantu menahan cerah perut dalam beberapa jam. Menyediakan air kemuning hitam dalam botol/bekas dirumah atau dimana-mana, amat elok untuk persedian jika berlaku apa-apa.
10. Penawar bisa binatang. Terdapat kes seseorang yang disengat labah-labah yang sebelum pengsan dia teringat dalam poket seluarnya terdapat sepotong kemuning hitam lalu sempat memasukkan dalam mulutnya, kemudian dia tersedar dari pengsan dan selamat (air larutan kemuning hitam bercampur air liur menawarkan bisa sengatan labah-labah semasa pengsannya). Kes lain, seseorang yang menebas membersih kebunnya terkena sarang tebuan, lalu dia disengat oleh puluhan tebuan, dia melarikan diri, kemudian beliau ikhtiar menyapu pada tempat gigitan dengan kemuning yang dibasahkan dengan air liurnya, kesannya dia tidak berasa sakit walaupun bengkak/kemerahan.
11. Menghalang binatang berbisa jenis terbang seperti peringat dan tebuan dari menyengat pemakainya. Terdapat kes pemanjat pokok buah (memakai kemuning hitam sebagai cincin) yang melanggar sarang peringat, peringat hanya menghurungi tetapi tidak menyengatnya. Kes lain, tebuan tidak menyengat pemakai gelang kemuning walaupun sarangya rosak terkena mata mesin rumput, hanya mampu menghurungi sahaja.
12. Penguat semangat kerana auranya dengan izin Allah.
Minyak pati kemuning hitam amat mustajab menutup luka. Jika luka panjang 1 inci, diletakkan kapas yang dibasahi minyak pati kemuning hitam semalaman, insya Allah bertangkup dan cepat penyembuhannya.
13. Minyak Teras Kemuning Hitam juga amat sesuai digunakan sebagai minyat urut, herbanya akan turut meresap kedalam badan pesakit.
Berkata mereka yang ahli (iaitu mereka yang lama terlibat sebagai pencari, pengguna serta berpegetahuan mendalam) tentang Teras Kemuning Hitam, Ia mempunyai aura pengubatan dan penyembuhan yang tinggi walaupun diguna dalam bentuk tasbih, ia mengalir kepada pengguna tasbih tersebut.
Dalam perubatan dan kepercayaan masyarakat Melayu, teras kemuning hitam atau penawar hitam di anggap mempunyai nilai perubatan yang tinggi.
Sebagai kesimpulan, khasiatnya :
1. Penenang dan penerang hati
2. Penyembuh luka
3. Penolak sihir / ilmu hitam
4. Penawar gigitan binatang bisa
5. Penawar mabuk / racun
6. Demam panas
7. Kencing manis
8. Buasir
9. Kembung perut
10. Luka dan kudis
11. Darah tinggi
12. Mata kabur
13. Kecacingan
14. Sakit dalam mulut / ulser
15. Busung
16. Batuk
17. Lain-lain penyakit
0 Ulasan