Yang selama ini kita tau MAKAN JE……

Bagi penggemar bawang putih, tahniah buat anda!!!! Anda sudah dapat mengelakkan diri daripada pelbagai penyakit!!!! Kebanyakan dari kita tidak suka bawang putih kan???

Bawang putih sebenarnya berasal dari pergunungan Asia iaitu Tajikstan, Turkmenia, Uzbekistan dan utara Iran, Afghanistan dan Pakistan. Di kawasan Tropika bawang putih perlu ditanam di kawasan tanah tinggi. Penanamannya memerlukan masa siang yang panjang, kelembapan dan julat suhu yang sesuai bagi menghasilkan tanaman yang sempurna. Selain itu, ia ditanam di tanah yang gembur dan tidak menakung air.

Negara pengeluar utama Bawang putih ialah Negara China dan diikuti Negara India, Korea, Rusia dan Amerika Syarikat.

Bawang putih mengandungi 63%-68 % air, 28% karbohidrat,3-7% protein, 0.2-0.3% lemak, 0.8% fiber, sebatian alium dan sebatian sulfur. Bawang putih juga mengandungi alicin aktif.

Alicin adalah zat yang memberi bau dan rasa yang khas. Alisin yang terdapat di dalam bawang putih mampu mengurangi aterosklerosis (radang pembuluh darah) dan deposisi lemak, menormalkan keseimbangan lipoprotein, menurunkan tekanan darah, anti-trombosis (trombosis ialah proses koagulasi/pembekuan darah dalam pembuluh darah yang berlebihan sehingga menyekat aliran darah, atau menghentikan aliran darah), anti-inflamasi, dan berfungsi sebagai antioksidan. Alisin yang terkandung di dalam bawang putih juga sebagai antibakteria( di dalam perawatan Staphylococcus aureus resisten methicillin (methicillin-resistant Staphylococcus aureus, MRSA) dan juga antivirus (antara yang sensitive terhadap alisin adalah Herpes simplex tipe 1 dan 2, virus Parainfluenza tipe 3, Human cytomegalovirus, Influenza B, virus Vaccinia, virus Vesicular stomatitis, dan Human rhinovirus tipe 2)


Di antara khasiat bawang putih untuk kesihatan dan kecantikan selain yang telah dinyatakan ialah merawat/mengatasi/mencegah masalah seperti di bawah ini :

1) penyakit kanser ( terutama kanser perut dan kanser usus)
2) Kekacingan (Menyingkirkan cacing di perut dan usus)
3) Gout
4) lemah ingatan
5) jerawat
6) keguguran rambut
7) kencing manis--Menurunkan tahap gula dalam darah
8) Merawat penyakit bronkitis
9) gigitan anjing
10) angin di dalam perut
11) cirit-birit
12) Pencuci organ di dalam tubuh
13) Merawat Asma
14) Lelah
15) Batuk
16) batuk kokol
17) buasir
18) Busung
19) penyakit tekanan darah tinggi
20) Mengurangkan tahap kolestrol yang tidak baik dan meninggikan tahap kolestrol yang baik.
21) putus haid/senggugut
22) keputihan
23) Masalah limpa
24) digigit haiwan berbisa
25) pelbagai penyakit kulit seperti panau
26) tiada keinginan seks
27) kesan antibeku darah
28) penyakit tibi
29) kelihatan tua dari usia
30) penyakit reumatisme (penyakit radang dan dan rasa sakit terutamanya pada otot dan sendi
31) tifoid (penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella enterica)
32) air kecil tidak lawas
33) masalah gastrik
34) Meningkatkan kesihatan tulang- bawang putih tinggi dengan zat sihat seperti zink, mangan, vitamin B6, dan vitamin C
35) Sakit gigi dan gusi
36) Selsema
37) Bisul
38) Ekzema
39) Ketuat
40) Kudis
41) Kurap
42) Kutil
43) Lecur/luka
44) Sengatan
45) Telinga bernanah
46) Najis berdarah
47) Sesak nafas
48) Keracunan
49) Sengal tulang
50) Mata rabun
51) Suara serak
52) Panas badan
53) Sakit liang kemaluan
54) Penyakit kalenjar leher


Contoh penggunaan :

1) Kekacingan 

1 ulas bawang putih yang telah dibuang kulit dikunyah lumat dan terus ditelan

2) Jerawat

a) Menumbuk halus bawang putih dan tempelkan di jerawat. Biarkan selama 20-30 minit. Lakukan secara rutin setiap malam hingga jerawat kempis dan hilang.

b) Boleh juga dibuat masker untuk wajah- 3 siung bawang putih ditumbuk/diblender hingga halus Sedikit minyak zaitun dicampur bersama bawang putih tadi dan diadun sehingga rata. Bersihkan dahulu wajah yang berjerawat dengan air air suam. Kemudian sapukan bahan yang telah menjadi masker itu ke wajah yang berjerawat. Dan biarkan selama 30 minit. Selepas itu bersihkan wajah dengan air suam TANPA menggunakan sabun. Lakukan setiap hari sebelum tidur.

c) Gosokkan bawang putih pada wajah- sediakan 1 biji bawang putih. Buang kulit dan hiris nipis. Bersihkan wajah terlebih dahulu dengan air suam. Kemudian gosokkan hirisan bawang putih tadi pada jerewat. Kemudian biarkan semalaman sebelum dibasuh pada keesokannya dengan air. Lakukan secara rutin

3) Asma

a) Bawang putih diparut dan dimasukkan ke dalam gelas yang berisi air yang panas yang baru mendidih. Kemudian tutup gelas dan biarkan beberapa minit. Wapnya disedut dan minum airnya ketika masih panas/suam

b) Bawang dicencang dan dipanggang dengan madu lebah lalu dimakan

4) Pertumbuhan rambut.

Kandungan sulfur yang sangat tinggi dan keratin dalam bawang putih mampu merangsang fortifikasi dan pertumbuhan rambut.

Cara- sediakan 5 hingga 7 biji bawang dan air. Blender bawang hingga halus seperti masker. Sapukan bawang putih tersebut di rambut hingga ke kulit kepala. Ramas rambut dan buat urutan di kepala. Biarkan/peram selama kira-kira 20 minit. Selepas itu bilas dengan air yang bersih. Lakukan 2/3 kali seminggu.

5) Tibi

Blender bawang untuk dibuat jus. Setelah selesai dicampur pula dengan segelas susu dan diminum setiap pagi dan petang


6) Lemah ingatan, lemah tulang, buang air kecil tidak lawas, kencing manis

3- 5 ulas bawang putih dibakar/dipanggang. Kulit dikupas lalu dimakan. Amalkan 2 kali sehari

7) Pelbagai penyakit kulit

Bawang putih yang telah dikupas kulit ditumbuk lumat dan ditampal di kawasan kulit yang bermasalah

8) Gastrik

Makan mentah bawang putih yang telah dikupas kulit dengan mengunyah lumat lalu ditelan. Lakukan 2 kali sehari selama 3 hari berturut-turut.

9) Sengal tulang, sengal sendi

Tumbuk lumat bahan-bahan :
3 ulas bawang putih,3 biji buah pala,20 biji lada hitam, 10 bunga cengkih, 2.5 halia, ½ susu teh jintan manis dan selepas itu dicampur sedikit minyak kelapa lalu digaul rata bahan-bahan tadi. Lalu digosokkan di tempat yang sakit

10) Gout
Amalkan makan 3 – 5 biji bawang putih sehari



Kesimpulannya nak sihat dan cantik kena makan BANYAK BAWANG PUTIH biarpun badan bau busuk hehehe !!! Semoga info ini sangat bermanfaat kepada semua... 

Jika info ini berguna kepada diri dan kawan-kawan SILA SHARE info ini…. Terima kasih