Tidak ramai yang mengetahui kewujudan rumput yang begitu indah namanya ini iaitu Rumput Siti Khadijah. Terlalu banyak nama jolokan untuk tumbuhan ini seperti Rumput Cina dan Rumput Beijing.

Melalui perkongsian Ardi Tani, tumbuhan ini dipercayai membekalkan seribu satu khasiat untuk merawat pelbagai penyakit. Mungkin tumbuhan ini boleh digunakan sebagai jalan ikhtiar lain, selain mendapatkan rawatan di hospital untuk bantu anda yang mempunyai penyakit-penyakit seperti di bawah.


MANFAAT RUMPUT SITI KHADIJAH DIPERCAYAI DAPAT RAWAT PELBAGAI JENIS PENYAKIT



Nak biak senang je. Tanam 2 atau 3 keratan macam ni je boleh membiak dengan banyak. Contoh pasu ni tanam 3 pokok, sekarang dah penuh padat.

Rumput Siti Khadijah

Eloklah tanam sepasu dua kat rumah untuk kegunaan sendiri. Pokoknya pun senang je nak jaga dan juga senang membiak. Banyak khasiatnya. 

Boleh membantu kepada mereka yang ada kanser.

Boleh lembutkan daging.

Cara yang senang nak guna, ambil 3 atau 5 helai. Basuh bersih-bersih, carik-carik atau potong kecil rendamkan dalam segelas air panas. Buat malam, esok paginya bangun minum.

Sebelum ini pada Januari 2020, Ardi Tani pernah berkongsi info mengenai Rumput Siti Khadijah (RSK) atau nama lainnya Rumput Beijing. Dia telah berkongsikan dengan lebih mendalam mengenai tumbuhan ini.

Rumput Beijing atau Rumput Siti Khadijah (RSK) ni pada pandangan saya sesuai diletakkan ditempat yang bukan direct kena matahari. Boleh lihat berbezaannya di gambar. Asal dari satu polibag kini sudah menjadi 9 polibag yang merimbun.

Antara khasiat yang saya tahu berupaya membantu pesakit psoriasis, cancer, kencing manis, darah tinggi.




KENALI RUMPUT CINA / RUMPUT BEIJING / RUMPUT SITI KHADIJAH

Kena matahari sekejap sahaja & terlindung dengan pokok lain. Diletakkan bawah garaj kereta. Pokok subur, daun kelihatan besar & panjang. Baja menggunakan baja XY. Ditanam dalam pasu HLT.

Rumput Cina iaitu Beijing Grass Plant atau nama saintifiknya (Murdannia Loriformis).

Nama lain Rumput China: Beijing Spiderwort, Spiderwort, Pan Ki Lian, Pandan Jambi, Rumput Aur Beijing, Rumput Anugerah, Rumput Pada Suka, Rumput Pak King.

Rumput Beijing (Murdannia Bracteata) atau “Ya pak-king”, ??? ialah herba yang diketahui mempunyai khasiat untuk meningkatkan daya tahan badan dan ciri anti-radang amat terkenal di China dan Thailand. Ianya banyak ditanam secara komersial untuk menghasilkan pelbagai jenis ubatan dan supplement.

Terdapat beberapa kajian saintifik yang membuktikan kesan anti-bakteria tumbuhan ini. Walaupun ada kajian potensi rawatan kanser bagi tumbuhan ini ianya masih diperingkat awal. Namun bagi pengamal perubatan alternatif, Rumput Beijing telah lama digunakan untuk merawat kanser. 

Khasiat dia: mencuci buah pinggang, mencuci darah dan buang angin dalam badan.

Berdasarkan buku Chinese Medical Herbs of Hongkong, tumbuhan ini manis, menyejukan dan berupaya mencairkan kahak.

Berasal dari selatan negara China. Manakala di Thailand, rumput ini dikatakan tumbuh meliar namun masyarakat di sana berusaha mengenalkan rumput ini melalui produk supplement untuk penyakit kanser dan lain-lain penyakit yang berkaitan.

Lazimnya daun ini direbus keseluruhan bersama akarnya untuk membantu penyembuhan barah payudara, usus, ulser, batu karang, radang kulit, lawas kencing dan buah pinggang.

Pokok ini senang membiak melalui biji benihnya yang ringan dan mudah tersebar. Juga boleh ditanam melalui keratan ruasnya.

Dan yang paling terbaharu saya dapat perkongsian mengenai penggunaan rumput ini ialah daunnya juga boleh melembutkan tekstur daging dalam masakkan. 




DIPERCAYAI DAPAT MERAWAT PENYAKIT-PENYAKIT INI:

Ini pun sama matahari penuh. Bunga banyak. Bunga dia banyak khasiat juga. Dikeringkan buat teh.

1. MERAWAT KANSER TEKAK, HATI & KULIT

Di Thailand, tumbuhan ini digunakan untuk merawat kanser tekak, hati, rahim, ileum, kulit dan sebagainya.

Caranya: Ambil enam tumbuhan ini dan gunakan pengisar untuk menghancurkannya + 4 sudu besar air. Tapis dahulu dan minum sebelum makan pagi dan sebelum tidur.

2. MENYEJUKKAN BADAN

Bagi menyejukkan badan.

Caranya: Rebus 5 helai daun dia dengan 3 cawan air + gula perang dan minum.

3. BATU KARANG & GINJAL

Cara menggunakan rumput Cina ni, untuk batu karang dan ginjal:

Ambil 7-9 pokok (keratan) rumput Cina bersama-sama akarnya, dicuci bersih dan di rebus bersama sukatan air 1.5 liter (sukatan botol coca cola).

Di rebus dengan api yang sederhana kecil, padam la rebusan itu bila airnya telah mendidih dan minum la air tu apabila suam dan lebihannya simpan dalam peti sejuk.


CARA MEMBUAT JUS RUMPUT BEIJING




CARA PENYEDIAAN JUS RUMPUT BEIJING:

1. Basuh seluruh rumput termasuk batang dan akarnya bersih-bersih dengan air.

2. Rendam rumput ini ke dalam air garam atau cuka. 2 sudu besar garam atau 2 sudu besar cuka dilarutkan dalam 1 liter air. Tujuannya untuk menyingkirkan serangga atau ulat yang terdapat pada daun rumput.

3. Tumbuk rumput ini menggunakan lesung tanah liat atau lesung kayu hingga menjadi pes.

4. Masukkan 2 sudu besar air mendidih.

5. Tapis dengan menggunakan penapis kain.

Dos yang disyorkan untuk pesakit kanser dewasa ialah 2 sudu besar jus ini, diambil 30 minit sebelum sarapan pagi dan 30 minit sebelum tidur. Kanak-kanak pula 1 sudu makan setiap kali.