Sejak mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat selain exercise, pemakanan pun perlu dijaga juga. Diet, pemakanan seimbang. Kurangkan pengambilan gula, garam, makanan berminyak dan nasi pun dimasak dengan cara lebih sihat.





Dulu, saya suka masak nasi kaedah double boil tu. Tapi lama dah saya tinggalkan kaedah tu sejak lupa diri nak jaga makan. Lepas tu menyesal sendiri. Jadi, tahun baru ni menyahut seruan azam yang dah lama terkubur tu. Ayuh, jaga makan untuk lebih sihat. Kurus tu letak nombor 2.

Ada orang masak guna mug untuk lebih mudah sukat kuantiti pengambilan nasi. Cara double boil ni ambil masa sikit untuk nasi tu masak. Jadi, kena masak awal sikit daripada biasa.

Baru-baru ni saya ada nampak video TikTokers promote periuk nasi yang ada steamer untuk kurangkan kanji nasi semasa dimasak. Saya pun cadangkan pada encik suami. Dia kata, baik beli je portable steamer tu daripada beli satu set tu. Ye tak ye juga kan.Kita ni dah ada 2 periuk nasi which is yang moden dengan yang klasik jenis kena tekan tu. Takkan nak menambah 1 lagi periuk nasi. 

Jadi carilah portable steamer tu di Shopee, 304 Stainless Steel Steamer Basket. Beginilah rupa dia.


Saya beli yang ada silicone handle. Mudah untuk keluarkan bekas steamer tu selepas masak. Kan panas, ada silicone tu kurang sikit panasnya. Lepas tu pilih yang jenis ada kaki, senang juga untuk mengukus nasi atau apa apa makanan supaya tidak terendam.

Biasanya kalau saya masak nasi, air lebihkan sikit sampai beras terendam untuk cepat sikit masak nasi. Air yang berkurang tu nanti akan berada di paras bawah steamer selepas nasi masak bersama dengan kanji yang dikeluarkan.




Cara masak nasi kurangkan kanji, tidak berkerak dan tidak membazir

  1. Basuh beras macam biasa, kemudian masukkan beras dalam steamer
  2. Kemudian steamer yang berisi beras tu masukkan dalam periuk nasi
  3. Tuangkan air dalam periuk nasi sehingga beras terendam
  4. Masak nasi macam biasa
  5. Bila dah masak tu, kacau nasi supaya seimbang masak atas bawah. Biarkan masak sepenuhnya. Kalau air dah kering, boleh tambah.
Guna bekas berlubang macam ni lebih bagus boleh keluarkan kanji berbanding bekas yang tiada lubang. Tapis kanji gitu. Lebihan air di bawah tu akan jadi likat seakan pepejal sebab dah bercampur kanji. 





Bekas ni pun boleh masak nasi banyak sikit. Kanji kurang, kerak pun tiada. Jadi tidaklah membazir. Biasanya nasi yang berkerak tu dibuang begitu je. Sayang betul! 

Cara begini sesuailah untuk mereka yang nak diet, sukat nasi suku suku separuh gitu. Selain guna masak nasi, boleh digunakan untuk mengukus apa-apa makanan lain. Atau nak panaskan lauk ke. Serbaguna lah. Tak lah beli semata-mata hanya untuk masak nasi.