Media sosial memang satu ‘lapangan’ untuk scammer mencari mangsa yang mungkin mudah ‘terpancing’ dengan kelicikan individu tidak bertanggungjawab itu.
Mesti ada yang pernah terima friend request abang pilot kan?
Sesetengah pengguna media sosial terutamanya Facebook pasti pernah menerima friend request dari satu akaun menggunakan gambar seorang pilot. Kebanyakan target tersebut adalah golongan wanita yang mungkin mudah terpedaya apabila melihat wajah tampan lelaki tersebut.
Scammer curi gambar add mangsa di FB dan Instagram
Dalam hal ini, bukan hanya mangsa yang akan tertipu, tetapi individu yang gambarnya digunakan tanpa kebenaran oleh scammer turut berasa dirugikan apabila nama baik tercemar disebabkan tindakan tidak bertanggungjawab scammer.
Hal berkenaan telah dialami oleh seorang lelaki dikenali sebagai Mohd Yazid Yusuf apabila gambar dirinya dengan berpakaian seragam kerja beredar di media sosial dengan pelbagai identiti.
Bukan pilot ataupun ahli perniagaan
Menerusi perkongsian pramugara yang bertugas bersama Malaysia Airlines itu, dia mengakui bahawa gambar dan wajahnya kerap digunakan scammer untuk menggerakkan modus operandi mereka menipu mangsa.
Dia juga menjelaskan yang dirinya bukanlah seorang juruterbang ataupun ahli perniagaan seperti yang dinyatakan scammer.
Minta orang ramai lebih berhati-hati
Mesra disapa Ajid, lelaki berusia 40an itu turut memaklumkan yang dirinya bukanlah duda anak 1 dan merupakan warganegara Malaysia.
Oleh itu, dia meminta orang ramai agar berhati-hati dan tidak terpedaya dengan scammer yang menggunakan gambar orang lain semata-mata untuk memperdaya warganet terutamanya golongan wanita dengan niat mengikis duit mereka.
Sumber: Facebook Fatin Pauzi, TikTok Ajid.Yusuf
0 Ulasan