Kalau ramai yang sedar, hampir setiap minggu kita membaca kisah mangsa yang terpedaya dengan tipu helah sindiket penipuan dalam talian atau online scam. Penat menyimpan duit, habis macam tu je!
Korang perlu berhati-hati apabila membuat transaksi atau ketika menerima sebarang panggilan yang mengaku kononnya daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), polis atau bank. Macam mana nak tahu ia adalah scam ataupun tidak?
Di media sosial, banyak pengalaman yang dikongsikan oleh warganet apabila berdepan dengan golongan penipu ni. Ada yang ditipu sampai kosong akaun bank, tapi ada juga yang cepat-cepat sedar sekali gus selamat duit mereka. Jom kita ambil tahu antara taktik yang biasa digunakan oleh scammer bagi memperdayakan mangsa!
Bukan ayat manis je, ada macam-macam taktik! Terjumpa fail APK dalam iklan? JANGAN muat turun!
Scam yang paling banyak dilaporkan belakangan ini ialah scam melalui aplikasi palsu. Kebiasaannya, scam ini menawarkan servis cuci rumah, promosi harga murah, pakej agensi pelancongan atau skim ganjaran lain melalui iklan di media sosial.
Tentulah orang ramai akan tertarik dengan iklan tersebut dan menjadi mangsa scam. Mangsa akan diminta untuk memuat turun aplikasi fail .apk palsu untuk mendapatkan tawaran hebat tu. Aplikasi tu akan meminta akses untuk menghantar atau melihat SMS mangsa. Ingat, JANGAN SEKALI-KALI benarkan akses tersebut.
Kalau anda memuat turun aplikasi tersebut, kebenaran akan diberikan kepada scammer untuk mengakses dan mencuri SMS TAC anda. Bukan setakat tu je, kesemua data anda seperti nama pengguna, kata laluan, tetapan auto-isi atau sejarah di telefon anda pun boleh dicuri!
JANGAN SAMA SEKALI klik pautan atau imbas kod QR yang tidak pasti kesahihannya! Pastikan anda hanya muat turun aplikasi yang sah daripada gedung aplikasi rasmi Google Play, HUAWEI App Gallery atau Apple App Store.
Penipuan melalui panggilan telefon
Taktik ni juga antara yang paling popular! Tidak kira hari bekerja atau hari cuti, mereka akan mencuba nasib untuk menghubungi mangsa dengan menyamar sebagai pihak profesional daripada organisasi tertentu.
Contohnya, mereka menggunakan modus operandi seperti Macau Scam di mana si scammer akan menyamar sebagai sebagai kakitangan LHDN, pegawai polis, wakil dari mahkamah atau Pos Laju.
Bila mangsa menjawab panggilan, mereka mula ‘berdrama’ dengan bertanya mengenai cukai tertunggak, terdapat hutang bungkusan pos dan banyak lagi yang boleh menyebabkan mangsa terpedaya dan menurut arahan yang selanjutnya.
Ramai je yang rakam bila dapat panggilan scammer. Kadang-kadang sampai koyak si penipu kena troll dengan mangsa. Pegawai konon! Padahal bukan nombor office. Situasi seperti itu boleh dilihat menerusi perkongsian video oleh OMG Hackers di bawah.
https://www.facebook.com/omghackersofficial/videos/423970009637488/
Taktik minta nombor TAC
Sindiket ini akan menelefon atau menghantar mesej kepada mangsa untuk mendapatkan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) sebelum merembat sejumlah wang dalam akaun.
Mereka menggunakan alasan seperti tersilap menghantar nombor TAC, mahu membayar bil hospital, tersalah daftar nombor telefon dan sebagainya. Bunyi cliche je kan? Tapi ramai yang tetap terpedaya.
Belum lagi masuk part merayu-rayu untuk memujuk mangsa menyerahkan nombor TAC. Kalau tak jadi, mula la ugut mangsa seperti berlaku kepada Aisya Rex ni.
Lepas tak nak bagi nombor TAC dan block nombor scammer, tiba-tiba hilang RM300. Bila hubungi pihak bank, katanya cuma masuk akaun kedua. Tak tahu la macam mana scammer buat pemindahan. Yang pasti mereka sengaja buat mangsa panik!
https://www.facebook.com/ading.propaganza/posts/pfbid02LpDKYjJ7NZ7BTmD5zLe2p3vmkqpkbd8Mkj5UqYMCuva2derSfoEJWYvvFZVH1P1il
Ada tips untuk elak jadi mangsa scam! Jangan terlalu mudah percaya harga murah atau promosi
Si scammer selalunya memujuk mangsa supaya melanggan servis cuci rumah dengan tawaran harga istimewa melalui perbualan mesej atau whatsapp.
Mesej yang dihantar selalunya mengandungi aplikasi (dalam bentuk fail .apk) untuk mangsa muat turun atau pautan laman web perbankan dan portal pembayaran palsu.
Sekali imbas memang nampak serupa dengan laman web yang sebenar supaya korang terpedaya untuk log masuk. URL sebenar dan yang palsu hanya dibezakan dengan satu huruf ataupun nombor. Jangan muat turun aplikasi/fail .apk dari perbualan atau pautan mencurigakan
Fikir dulu sebelum muat turun aplikasi atau klik sebarang pautan! Jangan sekali-sekali muat turun fail .apk yang diterima daripada nombor asing.
Sekiranya bukan daripada Google Play Store, Apple Store atau Huawei AppGallery, ia berkemungkinan adalah scam. Pastikan anda muat turun sebarang aplikasi daripada gedung rasmi sahaja. Laporkan iklan yang bertanya maklumat peribadi
Korang boleh laporkan atau report iklan yang meminta maklumat peribadi pengguna. Dengan cara ini, iklan tersebut akan kurang dipaparkan selain tidak dapat dilihat oleh pengguna lain.
Ini juga merupakan salah satu langkah untuk melindungi data peribadi anda daripada disalahgunakan oleh pihak yang tak bertanggungjawab. Pastikan imej/frasa keselamatan adalah betul dan taip URL secara manual
Penting untuk korang pastikan imej dan/atau frasa keselamatan adalah betul dan boleh dipaparkan. Ini untuk memastikan laman web yang korang akses adalah sah.
Selain itu, jangan masukkan maklumat log masuk seperti nama pengguna dan kata laluan jika ia berada pada laman yang sama.
Ini kerana ia adalah laman web palsu! Sentiasa taip URL di ruang alamat pada pelayan internet secara manual untuk mengelakkan korang daripada terakses laman web perbankan palsu.
Apa perlu dilakukan jika terkena scam?
Pengguna Maybank boleh menghubungi Hotline Fraud 24 jam Maybank di talian +603-58914744 sekiranya mengesyaki butiran peribadi berkaitan perbankan digunakan oleh pihak ketiga.
Selain itu, mangsa juga perlu membuat laporan polis dan merujuk pihak bank supaya tindakan dan siasatan lanjut boleh diambil dengan segera.
Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh layari platform media sosial Maybank seperti Instagram, Facebook, Twitter dan TikTok untuk ketahui cara-cara bagi mengukuhkan lagi keselamatan maklumat peribadi dalam memerangi ancaman siber.
0 Ulasan