Para ulama menganjurkan kita selepas selawat Maghrib dan Subuh untuk membaca selawat. Di antara selawat setelah solat Maghrib dan Subuh yang boleh dibaca adalah selawat yang dianjurkan oleh Ibnu Qayyim al Jauziyah.

Menurut ulama, membaca selawat kepada Nabi Saw secara umum dibagi dua, selawat mutlak dan muqayyad. Selawat mutlak ialah anjuran membaca selawat dalam setiap kesempatan tanpa dibatasi waktu tertentu atau amal perbuatan tertentu. Selawat jenis ini sangat dianjurkan untuk dibaca sebanyak mungkin, semakin banyak dibaca semakin banyak keutamaan yang akan didapatkan.




Sedangkan selawat muqayyad ialah anjuran membaca selawat dalam kesempatan tertentu, waktu tertentu atau saat melakukan amal perbuatan tertentu. Selawat jenis ini sifatnya beragam, ada yang wajib. Misalnya membaca selawat pada saat tasyahud akhir. Ada pula yang sunat, misalnya membaca selawat sesaat setelah mendengarkan adzan.

Di antara selawat muqayyad adalah membaca selawat setelah melaksanakan solat Maghrib dan Subuh. Terdapat bacaan selawat khusus setelah solat Maghrib dan Subuh yang diajarkan Rasulullah Saw. 

 

Bacaan dimaksud adalah sebagai berikut;
 


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَيْهِ


Innallaaha wa malaa-ikatahuu yusolluuna ‘alan nabii. Yaa ayyuhal ladziina aamanuu solluu ‘alaihi wa sallimuu tasliimaa. Allohumma solli ‘alaihi.




Bacaan selawat ini dianjurkan untuk dibaca sebanyak 100 kali. Ini sebagaimana riwayat yang disebutkan oleh Imam Ibnu Al-Qayyim Al-Jauziyah dalam kitab Jala-ul Afham berikut;


من صلى علي مائة صلاة حين يصلي الصبح قبل أن يتكلم قضى الله له مائة حاجة عجل له منها ثلاثين حاجة وأخّر له سبعين ومن المغرب مثل ذلك قالوا وكيف الصلاة عليك يارسول الله؟ قال: ان الله وملائكته يصلون على النبي ياايها الذين امنوا صلوا عليه وسلموا تسليما اللهم صل عليه حتى تعد مائة مرة


Barangsiapa yang berselawat padaku 100 kali ketika (setelah) melaksanakan solat Subuh sebelum berbicara, maka Allah akan tunaikan 100 hajat, 30 diantaranya disegerakan, dan 70 sisanya diakhirkan. Dan melakukan demikian setelah solat Maghrib. Para sahabat bertanya; Bagaimana berselawat kepadamu wahai Rasulullah?

Beliau berkata; Innallaaha wa malaa-ikatahuu yusolluuna ‘alan nabii. Yaa ayyuhal ladziina aamanuu solluu ‘alaihi wa sallimuu tasliimaa. Allohumma solli ‘alaihi, hingga hitungan 100 kali.

Demikian bacaan amalan selawat setelah solat Maghrib dan Subuh. 

 

Semoga memberikan manfaat.