Memetik laporan Harian Metro, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata dirinya merupakan scammer yang baik.
Datuk Red mengaku dirinya scammer
“Ya, saya mengaku sebagai ‘scammer’ tapi ‘scammer’ yang baik jika itu jawapan yang boleh memuaskan hati netizen dan pihak terbabit,” katanya.
Datuk Red membuat pengakuan tersebut selepas diminta mengulas dakwaan netizen yang mendakwa menjadi mangsa penipuannya dalam urusan jual beli tanah sebelum ini.
Ujarnya, dia berharap dengan pengakuannya itu, ia dapat memuaskan hati semua pihak termasuk pengikutnya di media sosial.
“Sebab orang memang dah kecam pun, saya nafikan pun orang cakap juga, ini ‘scammer’ akhir zaman lah. Jadi saya mengaku sajalah,” ujarnya.
Penat dikecam, Datuk Red mengaku dirinya scammer
Dalam pada itu, ahli perniagaan berusia 46 tahun itu juga berkata dia kini berusaha untuk melunaskan hutangnya dan bebas dari dakwaan ‘scammer’ itu.
“Kalau mengaku pun menjadi satu kesalahan, saya nak buat macam mana? Tapi mana ‘scammer’ yang mengaku penipuannya itu? Sebab itu saya cakap, saya ‘scammer’ yang baik.
“Sebab saya tak cakap pun tapi orang yang cakap, bila orang cakap saya mengiyakan sajalah. Sebab selagi saya tak mengaku selagi itu orang bercakap.
“Saya tak suka nak bangkang semua ni sebab banyak lagi benda yang saya nak fikir dan macam mana saya nak bangkit semula,” luahnya.
Mahu puaskan hati orang ramai, Datuk Red mengaku dirinya scammer
Tambah Datuk Red, dia juga meminta mana-mana pihak yang terbabit memberi tempoh untuk melunaskan hutang berkenaan.
“Ada juga pihak yang saya berhutang itu menghantar ‘Direct message’ dan memberi semangat pada saya untuk bangkit semula.
“Maklumlah, saya baru enam hari mula bekerja takkanlah saya boleh selesaikan hutang hampir RM7 juta dalam tempoh singkat? Cubalah doa yang baik-baik buat saya,” katanya.
Terdahulu, Datuk Red meminta pihak yang mendakwa menjadi mangsa penipuannya dalam urusan jual beli tanah sebelum ini untuk bersabar dan bertenang kerana dia sedang berusaha mencari duit.
Menurutnya, dia perlu masa untuk menyelesaikan semua hutang itu serta mensasarkan ada ‘berita baik’ untuk mangsa terbabit selepas sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.
Sekadar info, Datuk Red dilaporkan terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara anak-anak selepas diisytiharkan muflis sejak lima tahun lalu.
Sumber: Harian Metro (Ramlah Zainal)
0 Ulasan