‘Scammer’ cabuk terciduk kena scam dengan founder rempah viral
 



Seakan menjadi trend pada masa kini apabila ada sesetengah pihak yang cuba menipu orang ramai untuk mendapatkan duit secara mudah hanya melalui panggilan telefon dan juga mesej.

Walaupun sudah ramai yang ditahan dan dihadapkan ke mahkamah kerana jenayah tersebut, masih ada lagi golongan tidak bertanggungjawab ‘mencuba nasib’ menjadi scammer.
Salah orang la budak tu nak scam

Menerusi perkongsian di Facebook usahawan dan pengasas rempah ODEN VIRAL CEKYANA, dia telah memuat naik beberapa paparan skrin perbualan WhatsApp ‘menyerang’ seorang scammer yang menyamar menjadi dirinya.

https://www.facebook.com/100005577738417/posts/1527510774111499
 

Siapa kita nak nilai orang, gituuu!

Cek Yana telah mempersoalkan mengapa individu tersebut menggunakan identitinya untuk melakukan penipuan. Selepas bertelagah panjang, akhirnya scammer tersebut mengakui kesilapannya.

Namun, apa yang melucukan apabila Cek Yana sempat ‘mentazkirahkan’ individu terbabit dan memberinya sedekah selepas meminta nombor akaun bank scammer itu.




 

Terus tak gangster bila kata nak bagi duit 

 




 

Harap lepas kena tazkirah insaf lah

Menerusi kenyataan daripada Cek Yana, dia mengandaikan bahawa scammer tersebut masih muda dan belum cukup bijak untuk menipu duit orang lain.

Usahawan itu juga mendoakan agar scammer terbabit insaf dan tidak melakukan lagi kegiatan haram itu semata-mata untuk mencari pendapatan yang tidak berkat. 


“Rezeki ni bukan manusia tentukan Allah yng tentukan tapi kita da usaha? cari rezeki yang halal?”
Semoga scammer ni berubah Amin Ya Mujib” Kata Cek Yana. 




 

Rakan baik pun hampir ditipu scammer

Tindakan usahawan ODEN VIRAL CEKYANA mendedahkan perbualan WhatsApp dengan scammer itu adalah selepas rakan baiknya turut hampir diperdaya dengan individu yang mengguna modus sama seperti scammer yang ingin menipunya.

https://www.facebook.com/inniakhafullah.anadaie/posts/1527457420783501 

 


 

Sempat berdakwah lagi, terbaik Cek Yana!

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan menzahirkan rasa kagum dengan Cek Yana yang sempat menasihati individu itu dan memberikannya sedekah.

Walau bagaimanapun, mereka tidak dapat menafikan perbualan tersebut sedikit lucu kerana lagak scammer terbabit yang kurang bijak dalam menipu.



 

Terdesak mungkin, semoga dia berubah lah 

 


 

Budak2 lagi ni