Kisah yang menarik berkenaan dengan barokah SELAWAT dalam menghapuskan kesan sihir buat pengamal Selawat.

Silakan baca sampai habis ...


Pada tahun 2017, masa tu serangan sihir teruk sangat. Dalam hati yang terpaling dalam, saya dah malas nak pi cari perawat. Masa tu saya pasrah.

"Lantaklah nak mati atau nak hidup. Kalau mati kerana sihir, saya dah redha," saya bagi tau seorang sahabat.

Masa tu, bukan rasa nak give up, tetapi lebih kepada biarlah, nak jadi apa pun saya terima saja. 

Dalam masa yang sama, ada seorang perawat dari Pusat Darul Syifa UUM tau saya kena serangan sihir 

Beliau berkata, "Kak Ita cuba selawat 40,000 dalam masa seminggu."

Maknanya kena habis 40,000 selawat dalam masa 7 hari.


Selawatnya:

Allahumma solli 'ala Sayyidina Muhammad. Wa 'ala aali Sayyidina Muhammad. 


Saya pun nekad buat apa yang disarankan.

Day 1-6 saya akan buat 6,000 kali selawat dan hari ke-7 saya akan habiskan 4,000 kali selawat.

Alhamdulillah.

Situasi saya semakin baik daripada sebelum.

Lebih tenang dan content walaupun diserang sihir. Macam ada selapis baju besi yang menangkis serangan sihir walaupun ia terlalu nipis.

Day by day saya tak tinggal selawat selepas tu.

Tapi, ada jugalah amalan rutin yang saya selalu buat dan tak ditinggalkan. 

Bayangkan 1 kali kita selawat, Allah selawat balik 10 kali.

Alhamdulillah. 
Hari semakin hari saya semakin tenang dan lapang. 

Buatlah yang sedikit. Jika tak mampu nak buat semuanya, janganlah ditinggalkan semuanya.

Jom selawat.
.