Siapa yang membaca Selawat Azimiyah 70 kali sebelum terbit fajar, maka ia akan melihat Rasulullah sollawaahu alaihi wasallam.
Para ulama ahli asrar menyatakan, “Siapa saja yang membaca Selawat Azimiyah 92 kali, maka Selawat itu tak ubahnya bagaikan pedang yang tajam sehingga dengan cepat mengabulkan segala hajatnya secepat pedang tajam memutuskan leher binatang sembelihan.”
Syekh Yusuf Bin Ismail an-Nabhaniy berkata, “Imam Ahmad bin Idris RA, telah menerima Selawat ini dari Rasulullah SAW langsung oleh Sayyidina Khidir AS satu kali.”
Diriwayatkan bahawa salah seorang pengikut Tarekat Idrisiyah meninggal di kota Makkah dan dikuburkan di pekuburan Ma’la.
Saat jenazahnya diturunkan, ternyata orang yang memasukkan janazahnya ke lubang lahad adalah seorang ahli kasyaf (telah terbuka hijabnya) tiba-tiba ia melihat ada malaikat yang datang membawa ranjang dan lampu-lampu dari syurga lalu membentangkan lubang kuburannya, sehingga menjadi luas sejauh mata memandang.
Si ahli kasyaf sangat takjub dengan kemuliaan yang diberikan kepada mayyit, lalu ia berkata dalam hatinya: “Aduhai seandainya nanti aku meninggal, aku berharap Allah Taala memberikan juga kepadaku kemuliaan seperti ini.
Tiba-tiba malaikat berkata: di antara kalian akan mendapat kemuliaan ini dengan barokah Selawat Azhimiyah yang kalian baca.”
Imam as-Sayyid Ahmad bin Idris al-Hasaniy RA dilahirkan di Maisur, sebuah perkampungan di dalam daerah ‘Arayish, terletak di kota Fez (Morocco) pada bulan Rajab tahun 1163 H bertepatan tahun 1749 M. Namun ada riwayat pula yang menyebut bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1172H/ 1757 M).
Nama lengkap beliau adalah al-Imam al-Arif Billah as-Sayyid Ahmad ibn Idris ibn Muhammad ibn ‘Ali ibn Ahmad ibn Muhammad ibn Abdillah ibn Ibrahim ibn Umar ibn Ahmad ibn ‘Abdul Jabbar ibn Muhammad ibn Yamluh ibn Masyish ibn Abu Bakar ibn ‘Ali ibn Hurmah ibn ‘Isa ibn Salam ibn Marwan ibn Haidarah ibn Muhammad ibn Idris al-Asghar ibn Idris al-Akbar ibn ‘Abdullih al-Kamil ibn al-Hassan al-Mustanna ibn Sayyidina Hassan al-Sibt ibn Saiyyidina ‘Ali dan Saiyyidatina Fatimah al-Zahra’ binti Rasulillah Sayyidina Muhammad SAW.
Imam Ahmad Bin Idris merupakan seorang wali yang telah mencapai maqam Qutub, yaitu martabat yang tinggi dalam maqam wilayah (kewalian) dan juga dikatakan meraih maqam Sultan Salatin al-Awliya (raja para wali). Selain itu beliau juga terkenal sebagai seorang ulama pembaharu (mujadid). Beliau telah banyak menggembara dan berdakwah di jalan Allah serta menyebarkan ajaran Tariqahnya ke berbagai tempat hingga ke Makkah, Madinah, Mesir, Sudan, Yaman dan lain-lain.
Beliau wafat pada malam Sabtu di antara waktu Maghrib dan Isya’ pada tanggal 21 Rajab. Murid beliau Sayyid as-Solih Ahmad Ustman al-‘Uqailiy ditunjuk untuk memandikan dan jenazah beliau telah disolatkan oleh al-‘Allamah al-Wali Sayyid Yahya bin Muhsin al-Ni’ami al-Hasaniy. Beliau dikebumikan pada tanggal 21 Rajab 1837 M / 1253 H) di Sabya. Kota Sabya yang pada masa itu menjadi bahagian negeri Yaman, namun sekarang sudah masuk dalam wilayah Saudi Arabia.
"Dahulu Al Ustadzul Imam Alhafidz Alhabib Abdullah Bilfaqih memerintahkan kepada murid-murid beliau membaca Selawat Azimiyah 12kali apabila ada orang yang meninggal dari keluarga sanak saudara/orang lain.
Fadhilatnya: dialam kubur sang mayyit akan diberi lentera yang tak terhitung jumlahnya, diberi tempat tidur yang tak terhitung jumlahnya, dan dialam kuburnya akan diluaskan sejauh mata memandang.
Klik Video : Diangkat Azab Kubur - Hadiahkan Selawat Ini Buat Orang Yang Telah Meninggal Dunia
Selawat ini sudah diijazahkan secara umum kepada orang yang ingin mengamalkannya.
0 Ulasan