Amalan Di Bulan Rabiul Awal
Bulan ini ramai yang pulun berselawat pada Baginda yang di cintai.
Namun, sebaiknya, sebelum kita berselawat pada Baginda, berilah salam terlebih dahulu.
Kerana dengan salam maka kita akan lebih akrab dan mencintai.
Bukankah pada adabnya apabila kita ingin memasuki rumah orang kita akan memberi salam terlebih dahulu ?
Begitulah, pada bulan Rabiul Awal ini, kita ingin memasuki ke dalam dunia cinta kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم, maka mulailah dengan memberi salam.
Sebelum memberi salam, sebelum kita masuk dalam dunia cinta.
Maka terlebih dahulu kita beri hadiah pada sosok wanita yang baginda kasih iaitu:
1. Sayyidah Khadijah al-Kubra رضي الله عنها
2. Sayyidah Aisyah ar-Ridha رضي الله عنها
3. Sayyidah Fatimah az-Zahra رضي الله عنها
Ketiga wanita ini adalah pintu untuk menembusi cinta kepada Baginda Nabi صلى الله عليه وسلم, begitulah pesanan Paksu Mid kepada saya.
Caranya seperti berikut.
▪️Dimulai dengan hadiahkan surah al-Fatihah 1,000 kali pada tiga sosok wanita di atas.
(boleh baca satu duduk, atau dalam masa 1 hari)
▪️Setelah itu mulailah memberi salam pada Baginda Nabi sebanyak 40,000 kali.
(khatamkan dalam masa 1 minggu atau 2 minggu atau beberapa minggu)
▪️Kemudian, barulah berselawat dengan selawat ubat sebanyak 100,000 kali dalam masa 40 hari.
(ketika membaca selawat ubat, berdoalah dalam hati agar Allah ampunkan dosa batin, dosa seluruh anak cucu kita dan dosa umat Rasulullah)
Selamat beramal kerana Allah. Kenang daku dalam doamu.
Abu Dzar Omar
Rabiul Awla 1446H
.
0 Ulasan