𝐀𝐌𝐀𝐋𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀𝐈-𝐋𝐔𝐋 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑𝐀𝐓
.
Disebutkan oleh Ustaz Nazrul Nasir al-Azhari, bahawa, para Ulama telah menyebutkan bahawa antara tiga kitab selawat yang dicatatkan qabul oleh Allah ﷻ ialah:
.
1. Kitab As-Shifa' karangan al-Imam Qadi 'Iyad Musa al-Yahsubi raḥimahuLlāh ( wafat 1149 M )
2. Kitab Burdah karangan al-Imam Muhammad Sa'id al-Busiri raḥimahuLlāh ( wafat 1294 M )
3. Kitab Dalail al-Khairat karangan al-Imam Muhammad Sulaiman al-Jazuli raḥimahuLlāh ( wafat 1465 M )
.
Menariknya, di dalam kitab Dalail al-Khairat, al-Imam al-Jazuli telah membahagikan selawat kepada beberapa hizib mengikut hari. Maksud hizib yang disebutkan oleh al-Imam Qadhi Iyyadh ialah bacaan rutin atau wirid yang diletakkan pada diri seseorang pada setiap hari.
.
Al-Quran juga telah dibahagikan kepada beberapa hizib, agar memudahkan kita untuk membacanya pada setiap hari. Pesan Ustaz Nazrul Nasir al-Azhari : “Begitulah juga selawat, dengan adanya hizib, ia membantu para penuntut ilmu untuk berselawat setiap hari tanpa terputus.”
.
𝐁𝐞𝐛𝐞𝐫𝐚𝐩𝐚 𝐅𝐚𝐞𝐝𝐚𝐡 𝐃𝐚𝐥𝐚𝐢-𝐥𝐮𝐥 𝐊𝐡𝐚𝐢𝐫𝐚𝐭
.
Dalam al-Hizib al-Thālith yang dibaca pada hari Rabu, terdapat sebuah selawat yang jika diamalkan sebanyak 80 kali, mudah-mudahan diizinkan oleh Allah Ta'ala untuk melihat Sayyiduna Rasulullah ﷺ. Selawat tersebut ialah:
.
اللهُمَّ
صل على سيدنا محمد في الأرواح، وعلى جسده في الأجساد، وعلى قبره في القبور، وعلى
آله وصحبه وسلم
Selain itu, sekiranya dibaca selawat ini sebanyak tiga kali, seakan-akan mengkhatamkan keseluruhan isi kitab Dalail al-Khairat. Selawat tersebut ialah:
اللهم صل على سيدنا
محمد و سيدنا آدم و سيدنا نوح و سيدنا إبراهيم وسيدنا عيسى وما بينهم من النبيين و
المرسلين، صلوات اللهِ وسلامه عليهم أجمعين
𝐏𝐋𝐀𝐘𝐋𝐈𝐒𝐓 𝐒𝐄𝐋𝐀𝐖𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐋𝐀-𝐈𝐋𝐔𝐋 𝐊𝐇𝐀𝐈𝐑𝐀𝐓
.
1. ISNIN https://youtu.be/416h0Di_SHI
2. SELASA https://youtu.be/9F6-WvaJguo
3. RABU https://youtu.be/pNe2-IxdEYo
4. KHAMIS https://youtu.be/0OL9NWhlPNc
5. JUMA’AT https://youtu.be/6A81KVg7uU0
6. SABTU https://youtu.be/hT_p1QF1vUg
7. AHAD https://youtu.be/BGTjK4NHcBw
.
0 Ulasan