Zikir Ibadah Yang Sangat Agung


Pengamalan Ilmu dan Kalam


MUQADDIMAH

Zikir Ibadah yang Sangat Agung

Segala puji bagi Allah, Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa, Yang Maha Mulia lagi Maha Pengampun. Dzat yang menetapkan takdir dan mengatur segala urusan. Dzat yang mempergilirkan malam dan siang sebagai pelajaran bagi orang-orang yang memiliki hati dan pemahaman. Dzat yang menyadarkan sebagian makhluk dan memilihnya di antara orang pilihan-Nya dan kemudian Allah memasukkan dia ke dalam golongan orang-orang yang terbaik. Dzat yang memberikan taufik kepada orang yang Dia pilih di antara hamba-hamba-Nya kemudian Allah jadikan dia termasuk golongan al-Muqarrabin al-Abrar.

Segala puji bagi-Nya yang telah memberikan pencerahan kepada orang yang dicintai-Nya sehingga membuat mereka untuk bersikap zuhud di alam kehidupan dunia ini, sehingga mereka bersungguh-sungguh untuk meraih ridha-Nya serta bersiap-siap untuk menyambut negeri yang kekal.

Oleh sebab itu, mereka pun menjauhi perkara yang membuat-Nya murka dan menjauhkan diri dari ancaman siksa neraka. Mereka menundukkan dirinya dengan penuh kesungguhan dalam ketaatan kepada-Nya serta senantiasa berdzikir kepada-Nya pada waktu petang maupun pagi. Dzikir itu senantiasa mereka lakukan walaupun terjadi perubahan keadaan dan di setiap kesempatan; malam maupun siang hari. Oleh sebab itu, bersinarlah hati mereka dengan pancaran cahaya keimanan.

Allah ta’ala berfirman :

“Maka ingatlah kalian kepada-Ku niscaya Aku juga akan mengingat kalian.” (QS. al-Baqarah: 152)

Allah ta’ala berfirman,

“Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah orang yang apabila disebutkan nama Allah maka bergetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat mereka maka bertambahlah keimanan mereka…” (QS. al-Anfal: 2)

Di saat peperangan berkecamuk, Allah pun tetap memerintahkan ibadah yang mulia ini agar mereka menjadi orang-orang yang mendapatkan keberhasilan. Allah ta’ala berfirman lagi :

“Hai orang-orang yang beriman, apabila kalian bertemu dengan pasukan musuh maka tegarlah kalian dan ingatlah kepada Allah dengan sebanyak-banyaknya, mudah-mudahan kalian beruntung.” (QS. al-Anfal: 45)

Allah ta’ala juga berfirman,

“Ingatlah, dengan mengingat Allah maka hati akan menjadi tenang.” (QS. ar-Ra’d: 28)

Penulis berharap Zikir Amalan Ilmu Kalam dapat memberi manfaat di Dunia dan Akhirat. Sesungguhnya amatlah beruntung orang yang Beriman yang senantiasa mengingati Allah swt setiap masa dan berbagai tempat. Amalan yang mudah ini dapat memperbanyakkan pahala sebagaimana yang diperintah oleh Allah kepada kita semua.

Selamat beramal,

Semoga roh kedua orang tuaku ditempatkan bersama orang-orang beriman

OLEH : SYEIKH MAHATHIR MOHD AL-AMIN

(Julai 2020)


1. Keperluan Tarikat

Syeikh Al-Kandahlawi pula mendefinisikan tarikat itu sebagai sejalan dengan makna Ihsan yang terdapat dalam sebuah hadis yang sahih iaitu seorang itu beribadat kepada Allah seolah-olah ia melihat Allah, Jika ia tidak melihat Allah, Allah melihatnya. Bagaimanpun tarikat tasauf sekarang lebih tertumpu kepada teknik berzikir untuk membersihkan jiwa kerana itu timbullah istilah tarikat Qadiriyah, Naqsyabandiyyah dan sebagainya.

Setiap muslim wajib melalui tarikat untuk menuju kepada Allah tetapi bukan melalui tarikat yang ada sekarang ini, sebaliknya tarikat dalam ertikata jalan yang dibawa oleh junjungan besar Nabi Muhammad SAW dan diikuti oleh para sahabatnya.

Tarikat ini merangkumi soal akidah, ibadat dan akhlak. Kerana itu mereka hendaklah menuntut ilmu dari para ulama yang dipercayai keilmuannya, tidak melakukan bid’ah dan sentiasa menunaikan amalan yang wajib di samping berterusan melakukan amalan yang sunat. Selain itu ia juga perlu tegas dalam menentang perkara mungkar. Ulama seperti inilah menurut Ibn Al-Qayyim yang layak dijadikan guru.

Tidak mahu bertarikat dengan erti kata tidak mengikuti salah satu dari tarikat zikir yang disertai oleh sesetengah masyarakat sekarang seperti Tarikat Ahmadiyyah dan sebagainya tidaklah menjadi kesalahan, tetapi tidak bertarikat dalam ertikata tidak mengikut cara nabi berakidah, beribadah dan berakhlak adalah berdosa malah terkeluar dari islam.

Membenci tarikat Zikir adalah sesuatu yang tidak wajar kerana zikir kepada Allah adalah perkara yang boleh menggilapkan hati dan mendekatkan diri seseorang kepadaNya.

Walau bagaimanapun jangan difahami istilah zikir itu sekadar zikir lisan sahaja, malah zikir dalam ertikata yang sebenarnya merangkumi zikir hati, lisan dan anggota. Ini merangkumi berjihad fi sabilillah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat menunaikan fardu haji di Baitullah, berbuat baik kepada jiran tetangga, menziarahi orang sakit, menolong orang yang dalam kesusahan, menziarahi kubur, beriktikaf, menuntut ilmu, mengulangkaji ilmu, mengadakan majlis perbincangan ilmu dan lain-lain.


2. Definisi Tarekat

Tarekat dari segi bahasa bermaksud jalan, cara, kedudukan, keyakinan, agama dan lain-lain. Ianya berasal dari kalimah Arab yang merupakan kata terbitan dari Ṭaraqa. Tarekat ini banyak disebutkan oleh Allah dalam al-Quran dengan makna yang berbeza antaranya:

Dan demi sesungguhnya! Kami telah wahyukan kepada Nabi Musa: "Hendaklah Engkau membawa hamba-hamba-Ku (kaummu) keluar mengembara pada waktu malam, kemudian pukulah air laut dengan tongkatmu, untuk mengadakan jalan yang kering bagi mereka di laut itu; janganlah engkau menaruh bimbang daripada ditangkap oleh musuh, dan jangan pula engkau takut tenggelam".

Allah berfirman: Kami lebih mengetahui akan kadar masa yang mereka katakan itu, manakala orang yang lebih tepat pendapatnya di antara mereka berkata pula: "Tiadalah kamu tinggal melainkan satu masa Yang amat singkat".

Tarekat Naqshabandiyyah berkata sungguhpun perkataan Tarekat dalam al-Quran mempunyai makna yang banyak dan berbeza, tetapi ianya bukan semuanya bertepatan dengan apa yang dikehendaki oleh tarekat tasawwuf. Kerana itu al-Jurjani telah menjelaskan definisi bagi tarekat tasawwuf sebagai jalan kerohanian yang khusus bagi mereka yang berjalan menuju kepada Allah dan mengharungi berbagai rintangan untuk peningkatan kerohanian dalam berbagai-bagai maqam. Manakala Syeikh Najm al-Din mendefinisikan tarekat dengan katanya, tarekat adalah taqwa dan penghampiran diri kepada Allah yang tentunya menempuh rintangan dan maqam-maqam.


3. Surah Al-fatihah

Surah Al Fatihah adalah surah pertama dalam al Quran. Al Fatihah maksudnya pembukaan iaitu surah pembukaan dalam kitab suci. Surah ini diturunkan di Mekah dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama-tama diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada dalam Al-Qur’an.

Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Dinamakan Ummul Qur’an atau Ummul Kitab kerana dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab’ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang) kerana jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.


Cara Membaca Al Fatihah Untuk Memohon Hajat

Sesiapa yang ada hajat, hendaklah ia membaca surah al Fatihah sebanyak 41 kali, selepas sembahyang Maghrib. Jangan bergerak dari tempat duduknya hingga selesai membaca al Fatihah 41 kali yang disebutkan di atas.

Setelah itu berdoalah kepada Allah akan hajat yang dikehendaki. Iaitu hajat yang baik-baik. Insyaa Allah dikabulkan doanya. Amalan ini terbukti kemujarabannya, dengan izin Allah jua.

Surah al-Fatihah adalah salah satu surat dalam al-Qur’an yang disebut sebagai ‘ummul kitab’. Surah al-Fatihah ini memiliki banyak fadhilah dan keutamaan. Khasiat dan keistimewaan surat al-Fatihah ini sangat banyak dan luar biasa.


Rasulullah SAW bersabda: “Membaca Fatihah Al-Quran pahalanya seperti sepertiga (1/3) Al-Quran”

Dalam hadits lainnya Rasulullah SAW bersabda: “Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkan dalam bacaannya.” Dan “Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin.”

Siapa saja yang membaca surat Al Fatihah dalam keadaan berwudhu sebanyak 70 kali setiap hari dan selama tujuh hari kemudian ditiupkan pada air suci mensucikan lalu diminum. Ia akan memperoleh ilmu serta hatinya akan dibersihkan dari fikiran yang rosak.

Siapa saja yang membaca surat Al-Fatihah, Al Ikhlas sebanyak 3 kali serta “Mu’awwidzatain” Insya Allah ia akan selamat dari segala hal selain sudah sampai diajalnya (meninggal dunia).

Siapa saja yang mengamalkan surat Al-Fatihah bersama Bismillah diantara Shalat sunnah subuh dan Shalat fardhu Subuh dalam keadaan istiqamah, Insya Allah akan doanya akan dikabulkan, jika ia mempunyai hutang mampu membayarnya, jika ia sakit maka akan sembuh, jika ia punya anak maka jadi anak yang saleh dan salehah dengan izin Allah SWT.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah sebanyak 125 kali selesai shalat Subuh maka ia peroleh maksudnya dan ia ketemukan apa yang dicari-cari dan sebaiknya ia panjatkan doa yang berarti:

Amalkanlah Al Fatihah selesai shalat Subuh sebanyak 125 kali dan panjatkan doa ini: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran Surah Al-Fatihah dan rahasianya, sehingga dimudahkan bagiku semua urusanku, apakah urusan dunia atau urusan akhirat, sehingga dimakbulkan permohonanku dan ditunaikan hajatku”.

Barangsiapa mengamalkan bacaan Al-Fatihah di waktu sahur (tengah malam) sebanyak 41 kali maka Allah swt bukakan pintu rezekinya dan Dia mudahkan urusannya tanpa kepayahan dan kesulitan.

Selesai membaca Al Fatihah bacalah doa ini: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, sehingga Engkau bukakan bagiku pintu-pintu rahmat, karunia-Mu dan rezeki-Mu. Dan Engkau mudahkan setiap urusanku, murahkanlah bagiku rezekiMu yang banyak berkah tanpa kekurangan dan tanpa susah payah, sesungguhnya Engkau berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon kepada-Mu dengan kebenaran surah Al-Fatihah dan rahasianya, berikan apa yang kuhajati”

Surat Al-Fatihah dapat mengobati penyakit mata, sakit gigi, sakit perut dan lain-lainnya dengan dibacakan sebanyak 41 kali.

Jika disengat kalajengking: Ambil sebuah tempat yang bersih lalu diisi air suci dan berikan sedikit garam lalu dibacakan padanya Surah Al-Fatihah sebanyak 7 kali, kemudian diberi minum pada orang yang tersengat kala itu, Insya Allah ia akan sembuh.

Mengobati penyakit gigi : Selesai membaca Al-Fatihah maka berdoa 7 kali: “Ya Allah, hilangkan dari orang ini keburukan dan kekejian yang aku temukan dengan doa Nabi-Mu yang jujur ​​(al Amin) dan tetap disisi-Mu”.

Sabda Rasulullah SAW yang artinya: “Barangsiapa yang ingin menyembuhkan kelemahan pandangannya (kabur/rabun) maka ia harus melakukan:

Memandang bulan pada awal bulan, jika tidak terlihat atau terhalang oleh awan dan lain-lain hal, lakukan pada malam kedua, juga tidak dapat, coba pada malam ketiga atau begitu seterusnya sampai nampak terlihat bulan itu.

Apabila telah tampak, hendaklah ia menyapukan tangan kanannya kemata dengan membaca Al-Fatihah sebanyak 10 kali. Sesudah itu mengucapkan pula sebanyak 7 kali doa ini: “Al-Fatihah itu menjadi obat segala penyakit dengan rahmat Mu ya Tuhan yang pengasih penyayang.”

Lalu mengucapkan “Yaa Rabbi” sebanyak 5 kali.

Terakhir mengucapkan pula doa ini sebanyak 1 kali: “Ya Allah sembuhkanlah, Engkaulah yang menyembuhkan, Ya Allah sehatkanlah, Engkaulah yang menyehatkan”.


4. Kalimah Toyyibah

Amalan bertahlil dengan ucapan Laillahaillah sebanyak 70,000 kali telah lama jadi amalan sebahagian ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Bahkan masyhur di kalangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang 70,000 kali tahlil ini disebut sebagai "Tahlil Sekhatam" atau "Tahlil Sejuzuk", yakni satu khatam bagi nisab tahlil.

Para ulama kita menganjurkan amalan ini sebagai satu ikhtiar memohon kelepasan dari azab neraka yang sangat pedih itu. Sebahagian ulama menggelar amalan tahlil sekhatam ini sebagai "al-`ataqah" yakni pembebasan atau permerdekaan, dengan harapan agar sesiapa yang melaksanakannya dibebaskan atau diberi kemerdekaan daripada api neraka. Ada juga yang menamakannya sebagai "Tahlil Fida`", yakni berzikir dengan lafaz tahlil dengan harapan untuk menebuskan diri dari api neraka.

Imam Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas rahimahullah, antara lainnya, berpesan:-
" ... Dan sesiapa yang luput baginya menuntut ilmu (yakni kerana tiada peluang atau kerana ketidakmampuannya untuk berbuat sedemikian), maka janganlah luput baginya segala mihrab (yakni jangan pula dia menjadi lalai untuk memperbanyakkan amal - ibadah dengan melazimi segala masjid). Bahkan dia hendaklah menyibukkan dirinya dengan shalat dan dzikrullah dengan dia melakukan "al-`ataqah" iaitu bertahlil 70,000 kali dengan niat memohon pembebasan bagi dirinya daripada api neraka. Dan dilakukannya juga dengan yang seumpamanya (yakni tahlil 70,000 kali tadi) dan dihadiahkannya kepada seseorang kaum kerabatnya."

Juga telah masyhur dalam kitab - kitab karangan para ulama yang muktabar tentang kisah keberkatan amalan ini. Syaikhul Hadits, Rai-sul Muhadditsin, Hadrat Maulana Muhammad Zakaria al-Kandhalawi rahimahullah dalam karya beliau "Fadilat Zikir" menukilkan kisah berikut:

Syaikh Abu Yazid al-Qurtubi rahimahullahu ta`ala berkata," Saya dengar bahawa sesiapa yang membaca Laillahaillah tujuh puluh ribu (70 000) kali maka dia akan terselamat daripada api neraka. Setelah mendengar perkara tersebut maka saya telah membaca satu himpunan bacaan yakni tujuh puluh ribu kali untuk isteri saya dan beberapa himpunan bacaan untuk simpanan akhirat saya sendiri.

Seorang anak muda tinggal berhampiran dengan kami. Dia masyhur sebagai seorang yang mempunyai kasyaf. Dikatakan syurga dan neraka juga dapat dilihatnya melalui kasyaf. Saya ragu-ragu mengenai kebenaran berita tersebut. Satu ketika pemuda itu bersama kami dalam (majlis) makan. Dengan tidak semena-mena pemuda itu menjerit dan nafasnya mulai tersekat-sekat serta berkata, "Ibuku sedang dibakar di dalam neraka, aku dapat melihat keadaannya."


Kata Hadrat Qurtubi rahimahullahu ta`ala, "Aku melihat keadaannya yang sangat gelisah. Saya terfikir bahawa satu himpunan bacaan Laillahaillah perlu dihadiahkan kepada ibunya. Dengan ini saya dapat mengetahui kebenaran perkara di atas. Maka saya telah menghadiahkan untuk ibunya satu himpunan iaitu tujuh puluh ribu zikir Laillahaillah daripada simpananku secara diam-diam. Zikir yang saya baca itu sebenarnya tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Allah subhanahu wa ta`ala.

Lalu pemuda itu berkata, "Pak Cik, ibuku telah dihindarkan daripada azab neraka." Kata Hadrat Qurtubi rahimahullah, "Aku telah memperoleh dua faedah daripada peristiwa ini. Pertama, terbukti bagiku keberkatan daripada bacaan tujuh puluh ribu kali Laillahaillah sebagaimana yang aku dengar (mengenai kelebihan kalimah tersebut). Kedua, aku meyakini kebenaran kata-kata pemuda itu."

Peristiwa ini hanya satu daripada kisah - kisah yang kita tidak tahu berapa banyak lagi kisah seumpama itu berlaku dalam kalangan individu umat ini. Oleh itu, tinggalkanlah perbalahan mengenai isu - isu yang diikhtilafkan oleh para ulama. Banyakkan beramal daripada berjidal. Ingat tidak ada seorang pun daripada kita ini melainkan sedang berjalan menuju kematian. Allahu ... Allah.


KISAH ABU YAZID AL QURTUBI RODIYALLAHU ANHU DAN AMALAN ZIKIRNYA 70,000 KALI LAILAHA ILLALLAH

Ini adalah kisah pengalaman Abu Yazid Al-Qurtubi dalam buku untaian kisah para wali Allah. Ada hadis yang menerangkan bahawa barangsiapa yang membaca Lailahaillallah sebanyak 70,000 kali, akan menjadi tebusan baginya dari api neraka. Abu Yazid Al-Qurtubi telah mendengar akan hadis itu, maka beliaupun menyakini dan dan beramal dengannya.

Beliau telah membaca Lailahaillallah 70,000 kali untuk dirinya, 70,000 kali untuk ibunya, 70,000 kali untuk ayahnya dan lain-lain keluarganya juga dibacakannya masing-masing 70,000 kali. Disamping itu beliau juga telah mengerjakan amal-amal soleh yang lain sama ada yang sunat apalagi yang wajib sebagai pelaburan untuk akhirat.

Dikampung Abu Yazid ada seorang pemuda soleh yang kata orang dia ahli kasyaf dapat mengetahui perkara-perkara batin dalam waktu-waktu tertentu. Bahkan adakalanya dia menerangkan perkara-perkara batin dalam waktu-waktu tertentu. Bahkan adakalanya dia menerangkan perkara-perkara yang berkenaan dengan syurga dan neraka. Orang ramai mengakui kekeramatan dan kelebihan pemuda itu walaupun dia masih muda kerana sudah banyak terbukti kebenarannya. Abu Yazid juga mengakui akan keistemewaannya.

Pada suatu hari dikampung itu ada seorang yang mempunyai hajat. Dia telah menjemput orang ramai agar datang kerumahnya untuk membaca doa selamat dan jamuan makan minum bersama. Maka ramailah yang datang termasuk Abu Yazid Al-Qurtubi dan pemuda kasy-syaf itu juga hadir sama. Apabila bacaan doa telah selesai, jemaah dijemput makan, maka mulailah mereka makan sambil berbual perkara-perkara agama.

Tiba-tiba pemuda kasyaf itu berteriak kuat, sehingga menyebabkan semua orang yang hadir berhenti makan dan melihat kepadanya. 'Wahai Pakcik! Wahai Pakcik......' kata pemuda itu. 'Ada apa, ada apa?' kata orang ramai. 'Ini dia ibuku.' katanya sambil menunjuk dengan tangannya dan menangis. 'Mana..mana?' 'Didalam neraka.' katanya lagi, lalu menangis kuat-kuat. Orang yang hadir kasihan mendengar tangisnya, namun mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana dia adalah perkara ghaib. Abu Yazid Al-Qurtubi sangat kasihan melihat pemuda itu. Dia teringat akan bunyi hadis tentang lailahailallah 70,000 kali. Sekarang dia ingin membuktikan kebenaran hadis itu. Allah mengilhamkan kepadanya agar dia membaca kalimah Tauhid itu sebanyak 70,000 kali dan menghadiahkannya kepada si ibu pemuda yang katanya ada didalam neraka. Maka dengan senyap-senyap dia mengerakkan bibirnya membaca la-ilahaillallah sehingga tujuh puluh ribu kali. Tak ada seorang pun yang menyedari apa yang dilakukan oleh beliau, kecuali Allah saja yang tahu.

Setelah selesai dia berkata dalam hatinya : 'Hadis adalah benar dan orang-orang yang meriwayatkannya adalah benar belaka' Kemudian dia berdoa :'Ya Allah sesungguhnya bacaanku tujuh puluh ribu la-ilaha illallah ini aku hadiahkan kepada ibu pemuda ini sebagai penebusnya dari neraka.' Belum habis dia membaca doa , tiba-tiba sipemuda telah tersenyum gembira sambil berkata : 'Wahai Pakcik, ibu ku telah keluar dari neraka. Alhamdulilahi rabbilalamin'. Abu Yazid sangat kagum akan kemujaraban kalimah tauhid itu. Sekarang dia bertambah yakin akan kebenaran hadis yang diamalkannya, dan beliau tidak bosan-bosan membaca la-ilaha illallah sebanyak-banyaknya kerana telah menyaksikan sendiri akan hasilnya. Dia juga menyuruh orang lain agar mengamalkan apa yang beliau amalkan. Dia bersyukur kepada Allah kerana telah mengilhamkannya agar membaca lailahaillallah ketika si pemuda kasyaf menjerit itu.


5.   Kehebatan Amalan Berselawat


Firman Allah S.W.T di dalam al-Quran yang bermaksud;

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat ke atas Nabi S.A.W. Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas Nabi S.A.W dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya.”Surah Al-Ahzab : 56

Selawat menurut dari segi bahasa bermakna, doa, rahmat daripada Allah S.W.T dan memberi keberkatan. Dari segi syarak pula adalah mengakui kerasulan Nabi, memohon kepada Allah memberi keutamaan, kemuliaan, dan mengakui serta mengikuti kebenaran ajaran baginda S.A.W. Amalan berselawat ini amat dituntut dalam kehidupan kita seharian. Allah S.W.T dan para malaikat turut berselawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.

Di mana pula kita sebagai umat baginda? Lebih-lebih lagi sewajarnya patut berselawat kepada baginda. Sesungguhnya berselawat bukan satu amalan yang merugikan. Malah, ia membawa seribu kebaikan dan kelebihan kepada yang sering mengungkapkan selawat. Apakah kelebihan dan kehebatan selawat itu :

1-  Sekali Berselawat 10 Kali Pahala

Daripada Abu Hurairah R.A, Nabi S.A.W bersabda:
“Orang yang berselawat ke atas aku sekali, Allah berselawat ke atasnya sepuluh kali.”Riwayat Imam Muslim

Hanya sekali kita berselawat, Allah akan berselawat kepada kita sebanyak sepuluh kali. Dahsyat bukan? Maknanya Allah S.W.T berselawat kepada kita adalah Allah S.W.T memberi rahmat kepada kita yang berselawat kepada Nabi S.A.W. Sesungguhnya rahmat Allah yang amat diharapkan dalam kehidupan ini. Tidak dapat melawan nilai dunia dan isinya.

2- Diampunkan Dosa Dan Diangkat Darjat

Daripada Sayyidina Anas bin Malik r.a. berkata: Nabi S.A.W bersabda, “Sesiapa yang berselawat ke atasku sekali selawat, Allah akan berselawat(memberi rahmat) atasnya 10 selawat(rahmat), dihapuskan 10 kesalahan(dosa) daripadanya dan diangkatkan 10 darjat untuknya.”Riwayat an-Nasa’i
Kita hamba yang tidak terlepas dari melakukan dosa. Allah memberi peluang kepada kita dengan menghapuskan dosa kecil melalui amalan berselawat kepada Nabi S.A.W. Sekali disebut, 10 dosa Allah ampunkan. Bukan itu sahaja, Allah mengangkat darjat hambaNya yang sering berselawat kepada Nabi S.A.W. Sungguh, terbuktilah amalan berselawat banyak kebaikannya.

3- Mendapat Syafaat Di Hari Kiamat

Daripada Sayyidina Abu ad-Darda’ r.a., Nabi S.A.W bersabda yang bermaksud;
“Sesiapa yang berselawat ke atasku pada waktu pagi sebanyak 10 kali dan pada waktu petang sebanyak 10 kali, dia akan mendapat syafaatku pada hari kiamat.”Riwayat ath-Thabrani
Syafaat Nabi S.A.W antara pertolongan paling besar ketika manusia sedang terkapai-kapai inginkan bantuan di padang mahsyar nanti. Ketika insan lain tidak mampu membantu kita. Tidak kira, ibu, ayah, kakak, abang, sebaik dan serapat mana orang lain dengan kita di atas muka bumi, belum pasti dapat menolong kita di hari akhirat nanti.

4.  Dimakbulkan Segala Hajat

Ali bin Abu Talib R.A berkata;
“Doa seseorang itu terdinding(terhalang) sehinggalah dia berselawat ke atas Rasulullah dan ahli keluarganya.”
Dengan berselawat, doa kita menjadi lebih lengkap dan sempurna. Antara syarat doa dimakbulkan Allah seperti yang digariskan oleh para ulama adalah dengan disertakan bacaan selawat.

5- Berselawat Membawa Jalan Ke Syurga

Kita sebagai umat akhir zaman dan umat Nabi Muhammad S.A.W tersangatlah beruntung kerana dikurniakan dengan amalan selawat. Amalannya mudah dan tidak sampai beberapa saat sahaja. Dalam seminit, dapat berselawat berpuluh kali. Ganjarannya pula berganda. Subhanaallah, kasih Allah kepada hambaNya. Janganlah disiakan sahaja waktu tanpa berselawat. Jangan rugikan saat keseorangan tanpa ada alunan selawat.

Antara jalan ke syurga adalah dengan memperbanyakkan berselawat kepada Nabi S.A.W. Jangan jadi bakhil seperti yang disebut di dalam hadis. Daripada Ali bin Abu Talib r.a.  Nabi S.A.W bersabda;
“Orang yang bakhil ialah orang yang mendengar namaku disebut tetapi tidak berselawat ke atasku.”(Riwayat al-Tirmizi dan Nasai)

( Selawat 100,000 - 700,000 )

Di riwayatkan bahawa Sulthon Mahmud AI Gornawiy, Beliau di awal pemerintahannya duduk setelah Solat Subuh sibuk membaca Selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 300 ribu (300,000) kali sampai siang hari dan orang-orang (Rakyatnya) duduk di pintu, menunggu keluarnya (Shulton Mahmud) untuk menyelesaikan hajat masing-masing.

Setelah keadaan ini berlangsung lama, maka Beliau melihat Nabi SAW di dalam tidurnya. Nabi mengatakan kepadanya “Apa ini pemanjangan waktu sehingga rakyat mu telah menunggu keluarnya kamu”. Maka Sulthon Mahmud menjawab, saya duduk menghabiskan waktu lama kerana saya berselawat kepada mu dalam jumlah tertentu (300 ribu kali) dan saya tidak berdiri melainkan ianya selesai.

 Maka Nabi Muhammad SAW mengatakan kepadanya “Ini menyusahkan orang lemah (rakyat) mu, dan yang punya hajat”. Akan tetapi saya (Nabi) akan mengajarkan kepadamu Selawat yang ringkas, yang mana apabila kamu membacanya satu kali sebanding 100 ribu kali, jadi kamu tinggal membaca 3 kali saja bersamaan dengan 300 ribu kali. Setelah itu kamu keluar menemui rakyat  mu untuk menyelesaikan urusan-urusan mereka, sehinggga kamu mendapat pahala Selawat 300 ribu kali dan mendapat pahala memberi manfaat kepada orang Muslimin.

Maka  (Sulthon Mahmud) dia  pun mempelajari Selawat itu dari Nabi Muhammad SAW lalu dia mengamalkannya secara rutin. Setelah itu, Beliau melihat Nabi Muhammad SAW sekali lagi, dan Nabi SAW mengatakan kepadanya “Amalan apa yang kamu amalkan sehingga kamu melelahkan Malaikat di dalam mencatat pahala amalanmu”. Maka beliau menjawab, Saya tidak mengamalkan sesuatu kecuali Selawat yang Kau ajarkan kepadaku.


6.  Selawat Yang Senilai Dengan 100,000 - Selawat Sulthon

Selawat Sulthon

Di riwayatkan bahawa Sulthon Mahmud AI Gornawiy, Beliau di awal pemerintahannya duduk setelah Solat Subuh sibuk membaca Selawat kepada Nabi Muhammad SAW sebanyak 300 ribu (300,000) kali sampai siang hari dan orang-orang (Rakyatnya) duduk di pintu, menunggu keluarnya (Shulton Mahmud) untuk menyelesaikan hajat maing-masing.

Setelah keadaan ini berlangsung lama, maka Beliau melihat Nabi SAW di dalam tidurnya. Nabi mengatakan kepadanya "Apa ini pemanjangan waktu sehingga rakyat mu telah menunggu keluarnya kamu".

Maka Sulthon Mahmud menjawab, saya duduk menghabiskan waktu lama kerana saya berselawat kepada mu dalam jumlah tertentu (300 ribu kali) dan saya tidak berdiri melainkan ianya selesai.

Maka Nabi Muhammad SAW mengatakan kepadanya "Ini menyusahkan orang lemah (rakyat) mu, dan yang punya hajat"..

Akan tetapi saya (Nabi) akan mengajarkan kepadamu Selawat yang ringkas, yang mana apabila kamu membacanya satu kali sebanding 100 ribu kali, jadi kamu tinggal membaca 3 kali saja bersamaan dengan 300 ribu kali.

Setelah itu kamu keluar menemui rakyat mu untuk menyelesaikan urusan-urusan mereka, sehinggga kamu mendapat pahala Selawat 300 ribu kali dan mendapat pahala memberi manfaat kepada orang Muslimin.

Maka (Sulthon Mahmud) dia pun mempelajari Selawat itu dari Nabi Muhammad SAW lalu dia mengamalkannya secara rutin.

Setelah itu, Beliau melihat Nabi Muhammad SAW sekali lagi, dan Nabi SAW mengatakan kepadanya "Amalan apa yang kamu amalkan sehingga kamu melelahkan Malaikat di dalam mencatat pahala amalanmu".

Maka beliau menjawab, Saya tidak mengamalkan sesuatu kecuali Selawat yang Kau ajarkan kepadaku.

(  Sumber ini Kitab Al-Qirtos Fi Manaqib Al Attas )



7.  KISAH-KISAH KEAJAIBAN SELAWAT NABI

Selawat Nabi SAW dipercaya telah menjadi syafaat, rahmat, berkah, dan ubat yang orisinil untuk menyelamatkan kehidupan seseorang baik di dunia maupun di akhirat. Bahkan kerap kali selawat ini memutarbalikkan sebuah fakta inderawi. Berikut beberapa buah kisah yang bertutur tentang keajaiban shalawat.

7.1. SEORANG SUFI DAN PENJAHAT

Konon seorang sufi menceritakan pengalaman hidupnya tentang keajaiban dari shalawat Nabi SAW. Ia menuturkan bahwa ada seorang penjahat yang sangat melampaui batas yang kehidupannya hanya diisi dengan perbuatan-perbuatan maksiat.

Demikian tenggelamnya penjahat itu ke dalam lumpur kemaksiatan seperti kebiasaan mabuk-mabukan, ia tidak bisa lagi membezakan mana hari kelmarin, hari ini, dan hari esok. Sang sufi lalu menasihati sang penjahat agar ia tidak mengulangi lagi kedurhakaannya, dan segera bertaubat pada Allah SWT. Namun demikian, penjahat tetaplah penjahat, nasihat sang Sufi tidaklah diendahnya. Ia tetap bersikap untuk melakukan perbuatan-perbuatan keji sampai sang ajal datang menjemputnya.

Sang penjahat, menurut sufi, benar-benar yang bernasib tidak baik karena ia tidak sempat mengubah haluan hidupnya yang hina dan bahkan tidak sempat bertaubat. Secara logiknya, Ahli Sufi tersebut mengatakan bahwa si penjahat akan diazab oleh Allah SWT ke dalam azab neraka.

Namun apa yang terjadi…

Pada suatu malam, sang Sufi bermimpi, ia melihat sang penjahat menempati darjat yang amat tinggi dan mulia dengan memakai pakaian surga yang hijau yang merupakan pakaian kemuliaan dan kebesaran.

Sang sufi pun kehairanan dan bertanya pada sang penjahat, “Apakah gerangan yang menyebabkanmu mendapatkan martabat setinggi ini?” Sang penjahat menjawab, “Wahai sang sufi, ketika aku hadir di suatu majlis yang sedang melakukan Zikrullah, aku mendengarkan orang yang alim yang ada disitu berkata,

“Barangsiapa yang berselawat atas Nabi Muhammad SAW niscaya menjadi wajib baginya mendapatkan surga.”

Kemudian sang alim itu menguatkan suaranya demi membacakan selawat atas Nabi SAW dan aku pun beserta orang-orang yang hadir disitu mengangkat suara untuk melakukan hal yang sama. Maka, pada saat itulah, aku dan kami semua diampuni dan dirahmati oleh Allah SWT Yang Maha Pemurah terhadap nikmatNya.


7.2. SEORANG MUSAFIR DAN AYAHNYA

Dalam kisah lain, juga diriwayatkan tentang seorang musafir bersama ayahnya. Sang musafir mengisahkan bahwa di suatu ketika di suatu negeri, ayahnya meninggal dunia sehingga wajah dan sekujur tubuhnya menjadi hitam dan perutnya membusung.

Sang musafir lalu mengucapkan “La haula wala quwwata illa billahil aliyyil azhim (Tiada daya dan kekuatan kecuali Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung).

Ayah sang musafir tersebut mati dalam kedukaan, dan hal ini diumpamakan dengan kelakuan sang ayah ketika ia masih hidup. Pada saat itulah sang musafir merasakan beban teramat berat menimpanya karena mendapatkan ayahnya mati dalam keadaan seperti itu.

Tetapi, ketika ia terlelap tertidur, ia bermimpi bahwa seorang laki-laki yang sangat tampan dan tubuhnya dipenuhi bulu halus datang kepada ayahnya dan menyapu wajah dan tubuh ayahnya tersebut dengan tangannya sehingga jasad sang ayah menjadi putih kembali, bahkan lebih bagus daripada bentuknya semula dan berseri-seri dengan cahaya.

Melihat perlakuan baik lelaki ini terhadap ayahnya musafir tersebut takjub dan kemudian bertanya, “Siapakah Anda, yang telah menyampaikan karunia Ilahi atas ayahku?” Laki-laki itu menjawab, “Aku adalah Rasulullah. Ayahmu termasuk diantara orang-orang yang memperbanyak berselawat atasku. Maka, tatkala ia berjaya melakukannya aku pun datang untuk membersihkannya.”

Kemudian sang musafir merasa sangat berbahagia. Ia melihat pancaran dan cahaya keputihan itu ada pada ayahnya. Dia mengucapkan puji syukur kehadrat Allah SWT mengangungkan dan menanamkanNya didalam hatinya serta bershalawat kepada Nabi SAW.

7.3. UNTA MENJADI SAKSI BAGI ORANG YANG DIFITNAH

Pada masa permulaan Islam, ada seorang muslim yang difitnah telah mencuri seekor unta. Pemfitnahnya mengajukan saksi-saksi palsu, yakni orang-orang munafik yang tidak segan untuk bersumpah palsu. Maka, orang yang dituduh tadi tak bersalah itu diputus oleh hakim sebagai pencuri.

Menurut hukum Islam, seorang pencuri harus dihukum potong tangan. Lalu, orang mukmin yang malang ini pun berdoa,

“Tuhanku, Engkau Mahakuasa atas segala sesuatu. Mereka telah memfitnahku. Aku tidak mencuri unta itu. Engkau Maha Tahu, selamatkanlah aku dari kehinaan ini, karena aku telah berselawat pada Nabi paling mulia. Engkau Mahakuasa, izinkanlah unta itu berbicara. Jadikanlah ia sebagai saksiku.”

Setelah berdoa demikian, dia mendesah keras, dan rahmat Allah SWT pun meliputi dirinya. Tak sulit bagi Allah Mahaperkasa dan Mahakuasa untuk membuat unta tersebut dapat berbicara dengan bahasa manusia. Unta ini berkata, “ Ya, Rasulullah, aku milik orang beriman ini. Orang-orang itu adalah saksi palsu dan si pemfitnah telah membuat tuduhan palsu terhadap orang mukmin sejati ini.”

Lantas unta tersebut mendekati pemiliknya dengan sikap tunduk dan duduk didepannya. Maka, terkuaklah kebohongan saksi-saksi palsu ini, mereka tak dapat berkutik dengan kesaksian unta itu dan merasa malu. Seiring dengan itu, tumbuhlah cahaya iman dalam hati orang-orang yang turut menyaksikan peristiwa menakjubkan ini.

Nabi Muhammad SAW bertanaya, “Wahai orang mukmin, bagaimana engkau dapat memperoleh keajaiban itu?”

Orang mukmin tadi menjawab, Ya Rasulullah, saya selalu berselawat kepadamu sepuluh(10) kali sebelum tidur.”

Nabi yang adil dan suci bersabda, “Karena selawatmu kepadaku, Allah SWT bukan hanya menyelamatkanmu dari hukuman potong tangan di dunia ini, tetapi juga akan menyelamatkanmu dari siksa neraka di akhirat.

Barangsiapa bershalawat kepadaku 10 kali pada petang hari dan 10 kali pada pagi hari, Allah SWT akan membangkitkannya bersama para nabi kesayangan dan kepercayaanNya dan wali-wali yang patuh, dan Dia akan melimpahkan berkah kepadanya sebagaimana berkah kepada nabiNya.


7.4. SUFYAN ATS-TSAURI DAN KISAH ANAK SI TUKANG RIBA

Sufyan ats-Tsauri menuturkan, “ Aku pergi haji. Manakala Tawaf di Ka’bah, aku melihat seorang pemuda yang tak berdoa apapun selain hanya berselawat kepada Nabi SAW. Baik ketika di Ka’bah, di Padang Arafah, di mudzdalifah dan Mina, atau ketika tawaf di Baitullah, doanya hanyalah selawat kepada Baginda Nabi SAW.”

Saat kesempatan yang tepat datang, aku berkata kepadanya dengan hati-hati, “Sahabatku, ada doa khusus untuk setiap tempat. Jikalau engkau tidak mengetahuinya, perkenankanlah aku mengajarimu.” Namun, dia berkata, “Aku tahu semuanya. Izinkan aku menceritakan apa yang terjadi padaku agar engkau mengerti tindakanku yang pelik ini.”

“Aku berasal dari Khurasan. Ketika para jamaah haji mulai berangkat meninggalkan daerah kami, ayahku dan aku mengikuti mereka untuk menunaikan kewajiban agama kami. Naik turun gunung, lembah, dan gurun. Kami akhirnya memasuki kota Kufah. Disana ayahku jatuh sakit, dan pada tengah malam dia meninggal dunia.

Dan aku mengkafani jenazahnya. Agar tidak mengganggu jemaah lain, aku duduk menangis dalam batin dan memasrahkan segala urusan pada Allah SWT. Sejenak kemudian, aku merasa ingin sekali menatap wajah ayahku, yang meninggalkanku seorang diri di daerah asing itu. Akan tetapi, kala aku membuka kafan penutup wajahnya, aku melihat kepala ayahku berubah jadi kepala keledai.

Disebabkan oleh pemandangan itu, aku tidak tahu apa yang mesti dilakukan. Aku tidak dapat menceritakan hal ini pada orang lain. Sewaktu duduk merenung, aku seperti tertidur. Lalu, pintu langsir kami terbuka, dan tampaklah seseorang orang bercadar. Seraya membuka penutup wajahnya, dia berkata, “Alangkah tampak sedih engkau! Ada apakah gerangan?” Aku pun berkata, “Tuan, yang menimpaku memang bukan sukacita. Tapi, aku tak boleh meratap supaya orang lain tak bersedih.”

Lalu orang asing itu mendekati jenazah ayahku, membuka kain kafannya, dan mengusap wajahnya. Aku berdiri dan melihat wajah ayahku lebih berseri-seri ketimbang wajah tuanya. Wajahnya bersinar seperti bulan purnama. Melihat keajaiban ini, aku mendekati orang itu dan bertanya, “Siapakah anda, wahai kekasih kebaikan?”

Dia menjawab, “Aku Muhammad al Musthafa” (semoga Allah melimpahkan kemuliaan dan kedamaian kepada Rasul pilihanNya). Mendengar perkataan ini, aku pun langsung berlutut di kakinya, menangis dan berkata, “Masya Allah, ada apa ini? Demi Allah, mohon engkau menjelaskannya ya Rasulullah.”

Kemudian dengan lembut beliau berkata, “Ayahmu dulunya tukang riba. Baik di dunia ini mahu pun di akhirat nanti. Wajah mereka berubah menjadi wajah keldai, tetapi disini Allah Yang Maha Agung mengubah lagi wajah ayahmu. Ayahmu dulu mempunyai sifat dan kebiasaan yang baik.

Setiap malam sebelum tidur, dia melafazkan selawat 100 kali untukku. Saat diberitahu perihal nasib ayahmu, aku segera memohon izin Allah untuk memberinya syafaat karena selawatnya kepadaku. Setelah diizinkan, aku datang dan menyelamatkan ayahmu dengan syafaatku.”

Sufyan menuturkan, “Anak muda itu berkata, “Sejak saat itulah aku bersumpah untuk tidak berdoa selain selawat kepada Rasulullah, sebab aku tahu hanya selawatlah yang diperlukan manusia di dunia dan di akhirat.”


7.5. SELAWAT MALAIKAT

Dalam sebuah riwayat, Rasulullah SAW telah bersabda bahwa, “Malaikat Jibril, Mikail, Israfil, dan Izrail Alaihimus Salam telah berkata kepadaku.

Jibril As. berkata, “Wahai Rasulullah, siapa yang membaca selawat atasmu tiap-tiap hari sebanyak 10 kali, maka akan kubimbing tangannya dan akan ku bawa dia melintasi titian seperti kilat menyambar.”

Berkata pula Mikail AS., “Mereka yang bershalawat atasmu akan aku beri mereka itu minum dari telagamu.”

Dan Israfil As. berkata pula, “Mereka yang bershalawat kepadamu, maka aku akan bersujud kepada Allah SWT dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah SWT mengampuni orang itu.”

Kemudian Malaikat Izrail As. pun berkata, ”Bagi mereka yang bershalawat atasmu, akan aku cabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku mencabut roh para nabi.”

Bagaimana kita tidak cinta kepada Rasulullah SAW? Sementara para malaikat memberikan jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat atas Rasulullah SAW. Dengan kisah yang dikemukakan ini, semoga kita tidak akan melepaskan peluang untuk selalu bershalawat kepada pemimpin kita, cahaya dan pemberi syafaat kita, Nabi Muhammad SAW. Mudah-mudahan kita menjadi orang-orang kesayangan Allah SWT, Rasul, dan para MalaikatNya.


8. JENIS-JENIS SELAWAT

Terdapat berbagai jenis selawat susunan para ulama dan antara lafaz selawat yang baik diamalkan adalah:

1)     Selawat Ibrahimiyah.
2)     Selawat Tafrijiyah.
3)     Selawat Munjihat
4)     Selawat Ummi
5)     Selawat Fatih
6)     Selawat Syifa’.
7)     Selawat Syafaat.
8)     Selawat Badriyah
9)     Selawat kebajikan.
10) Selawat menolak kecelakaan.
11) Selawat untuk Nabi SAW dan keluarganya.
12) Dan lain-lain…

Bencana Tidak Berselawat

Mereka yang tidak berselawat adalah orang yang paling kedekut dan akan;

1) Dijauhkan dari rahmat Allah.
2) Mendapat kehinaan yang memalukan.
3) Sentiasa mengalami kerugian dan penyesalan.
4) Termasuk kalangan yang mendapat kesusahan.
5)  Mengalami kebingungan di hari kiamat.
6)  Mengalami kesukaran di Padang Mahsyar.
7)  Menjadi ahli neraka.

Nabi Muhammad SAW. Bersabda;  “Doa seseorang itu akan terawang-awangan dan tidak diangkat ke langit selagi yang berdoa itu tidak berselawat kepadaku.”

.
Waktu Afdal Berselawat

Masa paling afdal dituntut berselawat

1)  Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi SAW.
2)  Sesudah menjawab azan dan sebelum membaca doa azan.
3)  Sesudah tasyahud wuduk, sebelum membaca doa.
4)  Pada permulaan, pertengahan dan penutup doa.
5)  Di akhir qunut dalam solat.
6)  Di dalam solat jenazah.
7)  Di antara takbir solat hari raya.
8)  Ketika masuk dan keluar dari masjid.
9)  Setiap waktu pagi dan petang.
10)  Hari Khamis malam Jumaat,
11)  Sepanjang hari Jumaat,
12)  Ketika telinga berdesing.
13)  Ketika terlupa sesuatu perkara.
14)  Ketika mengalami kesusahan dan kebimbangan.
15)  Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik atau penting.
16)  Masa menghadiri  tempat perhimpunan yang baik.
17)  Waktu meninggalkan sesuatu majlis.
18)  Ketika berziarah di makam Rasulullah SAW.

Fadilat Berselawat

1)  Allah limpahkan rahmat berkali ganda.
2)  Allah menghapuskan dosa dan menutupkan aib.
3)  Menghilangkan kesusahan dan meluaskan rezeki.
4)  Melapangkan dada dan mententeramkan jiwa.
5)  Memperolehi petunjuk dan menghidupkan hati.
6)  Terselamat daripada keburukan yang menimpa orang yang tidak berselawat.
7)  Memperolehi pujian seluruh makhluk di bumi dan langit.
8)  Memperolehi doa malaikat selama sedang berselawat.
9)  Beroleh syafaat yang khusus daripada Rasulullah SAW pada hari akhirat.
10)  Dapat sentiasa berada bersama Rasulullah SAW pada hari akhirat kelak.
11)  Jaminan terpelihara dan terselamat dari segala perkara yang mendukacitakan dan membimbangkan di dunia dan akhirat.
12)  Menghilangkan rasa dahaga dan panas matahari di Padang Mahsyar.
13)  Meneguhkan tapak kaki ketika melalui Titian Siratul Mustaqim.

Keberkatan Dan Kelebihan Berselawat

1.   Para Malaikat berjanji,  sesiapa yang membaca selawat ke atas Nabi Muhammad SAW setiap hari sebanyak 10 kali:

a.  Jibril akan membimbing tangan bawa melintasi titian seperti kilat menyambar.
b.  Mikail akan memberi minum dari telaga Rasulullah SAW.
c.  Israfil akan sujud kepada Allah dan tidak akan mengangkat kepalanya sehingga Allah mengampuni orang itu.
d.  Malaikat Izrail akan mencabut roh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti mencabut roh nabi-nabi bila mati kelak.

2.   Dalam beberapa hadis, sabda Rasulullah SAW:

a.  Sesiapa membaca selawat untukku sekali saja dengan tulus ikhlas dari hatinya, maka Allah akan memberi 10 rahmat kepadanya serta diangkat ke 10 tingkat dan diampunkan 10 dosa.
b.  Sesiapa berselawat 11 kali setiap lepas solat fardu, segala dosa kecilnya diampuni Allah serta tenteram hati dan jiwanya.
c.  Sesiapa membaca selawat kepadaku 100 kali sehari, maka Allah akan menyampaikan 100 hajatnya iaitu 70 hajat akhirat dan 30  lagi hajat dunia.
d.  Sesiapa berselawat ke atasku pada Jumaat sebanyak 80 kali, diampunkan baginya dosa selama 80 tahun.
Rasulullah SAW bersabda lagi: “Sesungguhnya antara hari kamu yang paling mulia adalah Jumaat, perbanyakkanlah amalan berselawat ke atasku kerana selawat kamu itu disampaikan terus kepada ku.”

 3.  Hikmah Berselawat ke atas Rasulullah SAW

a.  Berasa lebih mencintai Rasulullah SAW.
b.  Menjadi zakat dan pembersih diri.
c.  Menjadikan sebab doa diterima oleh Allah SWT.
d.  Menjadi sedekah bagi yang tidak mampu bersedekah.
e.  Para malaikat memberi jaminan keistimewaan masing-masing.
f.  Ganjaran yang diberikan bukan saja di dunia, malah di akhirat.
g.  Menyedari betapa besarnya pahala orang yang berdoa dan berselawat ke atas Nabi.
h.  Sebagai mengenang semula budi dan jasa baik Nabi Muhammad SAW yang sentiasa berusaha mengajak manusia ke arah kebaikan, walaupun Baginda SAW sudah wafat.


Rasulullah SAW bersabda: “Hidupku adalah kebaikan kepada kamu dan wafatku adalah kebaikan juga kepada kamu, kerana segala amal kamu sentiasa dibentangkan kepadaku, maka apa saja amal yang aku dapati baik, aku ucapkan ‘Alhamdulillah’, dan apa saja amal kamu yang jahat, aku memohon keampunan Allah untuk kamu.”    (Riwayat Ibni Mas’ud)



9.  KELEBIHAN SELAWAT SYIFA / TIB




Perkataan ‘Tib’ dalam selawat Syifa adalah kata nama yang membawa makna penawar atau ubat.. Penyembuh menggunakan penawar untuk menyembuh penyakit.. Maka sesungguhnya Selawat Syifa adalah Allah SWT sebagai Syafi (Penyembuh) menjadikan Berkah Nabi Muhammad SAW sebagai penawar kepada hati-hati…

Fadhilat Selawat Syifa:

Setiap lepas Solat Subuh dan Maghrib dibaca 3 atau 7 kali Selawat Tib, kemudian sapu ke muka dan seluruh badan; akan:

1. Sentiasa sihat zahir dan batin.

2. Terhindar daripada penyakit berat dan merbahaya.

3. Sukar dipengaruhi oleh anasir buruk dan tidak sihat.

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya bersalawat (memuji dan berdoa) ke atas Nabi (Muhammad SAW). Wahai orang-orang yang beriman bersalawatlah kamu ke atasnya serta ucapkanlah salam dengan penghormatan.”

(Surah Al-Ahzab, 33 :Ayat, 56)


10. Al-Ikhlas Amalan Zikir

Sebagai umat Islam hendaknya kita tak merasa cukup dengan ibadah-ibadah fardu yang sudah menjadi kewajiban sehari.hari. Alangkah lebih baik dan lebih sempurna jika hidup kita disertai dengan wirid atau zikir untuk semakin mendekatkan diri kepada Allah.

Di samping itu, berzikir atau mengingat Allah dengan bacaan-bacaan tertentu memiliki faedah atau keutamaan yang akan kembali kepada diri kita sendiri. Berikut ini 10 amalan Fadilah yang bisa diamalkan setiap hari berikut denga tata cara membacanya:

1. Membaca Lailaha Illa Anta Subhanaka Inni Kuntu Minadzolimin (300 x / hari – 1000 x / hari)
Fadhilah: Akan dimudahkan dan dilancarkan dakwahnya atau dimudahkan untuk menggerakan ummat.

2. Membaca Hasbunallahi wani’mal wakil (313 x / hari)
Fadhilah: Musibah jadi rahmat, asbab kebinasaan jadi kemuliaan.

3. Membaca Subhanallah Wabihamdihi Subhanallahila’dzim, Astaghfirullah (100 x antara Adzan dan Iqomah subuh)
Fadhilah: Dunia datang dengan menunduk.

4. Mengucapkan Salam Ketika Masuk Rumah, Solawat 3x, Surat Al Ikhlas 3x
Fadhilah: Dimudahkan bayar hutang, mendapat ketentraman diri dan keluarga, rezeki akan di mudahkan.

5. Membaca Surat Al-Fatiha 7x, Al-Ikhlas 7x, Al-Falaq 7x, An-Nas 7x sesudah Jumat
Fadhilah : Akan ditutupi keburukannya oleh Allah SWT. Dan yang tampak hanya kebaikan kita saja.

6. Mebaca Ta’awwudz 10 x ( Pagi – Sore )
Fadhilah: Dilindungi dari godaan Setan pada hari itu.

7. Membaca Ayat Kursi setiap selesai shalat Fardhu
Fadhilah : Mati tanpa perantara/ dimudahkan dalam sakaratul maut.

8. Membaca Surat Al-Ikhlas, Al-Alaq, An-Nas 3x ( Pagi dan Sore )
Fadhilah : Dijauhkan dari bencana/ kesusahan.

9. Membaca Surat Yaasin (Pagi dan Sore)
Fadhilah : Akan dicukupi kebutuhan dunia dan Akhirat.

10. Membaca Surat Al Ikhlas 100,000x seumur hidup
Fadhilah : Diharamkan dari memasuki api neraka

Fadhilah Surat Al-Ikhlas 200x/ hari :

- Allah SWT akan tutup 300 pintu musibah
- Allah SWT akan buka 300 pintu rahmat
- Allah SWT buka 300 pintu rezeki, rezeki datang tidak di sangka-sangka dan penuh kemuliaan
- Diberi ilmu dan kesabaran langsung dari Allah SWT
- Diberi pahala 2000 roka’at sholat nafil / Sunnah
- Diberi pahala spt mengkhatamkan Al-Qur’an 66x
- Diampuni dosanya 50 tahun
- Dibangunkan 20 istana, 1 istana 70 bidadari dan 80.000 pelayan dan ratunya isteri kita sendiri. Ketika kita mati, kita akan disholatkn oleh 100.000 malaikat

Demikian 10 amalan yang memiliki keutamaan dan bisa diamalkan setiap hari. Semoga kita menjadi orang-orang yang taat.


11.  Fadhilat Ayat Al-Kursi

Ayat 255 dari Surah Al-Baqarah yang lebih dikenali sebagai ‘Ayat Al-Kursi’ ini juga digelar ‘Penghulu Segala Ayat Al-Quran’.

Ayat ini diturunkan selepas hijrah Nabi Muhammad SAW, dengan diiringi oleh beribu-ribu malaikat karena kebesaran dan kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga telah menjadi gempar kerana adanya satu alamat yang menjadi perintang dalam perjuangan mereka. Maka Rasulullah SAW dengan segera memerintahkan Zaid bin Tsabit (penulis Al-Quran) agar menulis serta menyebarkannya.

Ayat ini disebut ‘Ayat Kursi’ kerana di dalamnya terdapat perkataan ‘KURSI’, bermaksud ‘Tempat Duduk Yang Megah Lagi Yang Mempunyai Martabat’. Iaitu syiar atas kebesaran Tuhan yang meliputi 7 lapis langit dan 7 lapis bumi.

Hikmat Ayat Al-Kursi (Kekuasaan Allah)

Ayat Kursi adalah seutama-utama ayat dalam Al-Quran. Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menyuruh kita mengamalkan membaca surah Kursi. Fadhilat dan kehebatan ayat ini telah diterangkan dalam 99 hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, Muslim dan lain-lain. Antaranya adalah:

1. Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana Dia memelihara Nabi Muhammad SAW.

2. Sesiapa berwudhuk lalu membaca ayat Al-Kursi sekali, nescaya Allah akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.

3. Sesiapa membaca Al-Qursi sebelum keluar rumah, maka Allah mengutuskan 70 000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan untuknya.

4. Sesiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.

5. Membacanya dapat menghilangkan rasa marah, dijauhi bala bencana dan gangguan syaitan.

6. Sesiapa membacanya ketika dalam kesempitan nescaya Allah azza wa jalla akan memberikan pertolongan kepadanya dan jika seseorang itu miskin akan menjadi kaya.

7. Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran didepan matanya.

8. “Sesiapa dikalangan umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan solat sunat dua rakaat, Allah memelihara daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.”

9. Sesiapa membacanya nescaya Allah mengutuskan malaikat untuk menulis kebaikannya dan menghapuskan keburukannya dari detik itu sampai esok hari,

10. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, InsyaAllah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.

11. Allah akan mengambil rohnya seperti orang yang berperang bersama para nabi sehingga mati syahid.

12. Allah Azza Wa Jalla tidak menegah akan dia daripada masuk syurga.

13. Dikurniakan pahala seumpama pahala orang yang muttaqin dan pahala balasan amal orang-orang siddiqin iaitu syurga.

13. Sesiapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya :

a. Allah SWT. mewakilkan dua Malaikat memeliharanya dan menjaga selama tidurnya hingga subuh.

b. Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga ke Subuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya.

c. Terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.

15. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan :

a. Mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan.

b. Terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah.

c. Allah akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya.


Khasiat dan Zikir Ayat Kursi:

Khasiat menurut ramai alim ulama terdahulu, antaranya;

1. Syeikh Abul ‘Abas Al-Bunni menerangkan: “Sesiapa membaca ayat Kursi sebanyak hitungan kata-katanya (50 kali), lalu ditiupkan pada air hujan kemudian diminumnya, Insya Allah, dicerdaskan akal fikirannya dan dimudahkannya menerima ilmu pengetahuan.

2. Mengikut keterangan dari kitab “Asraarul Mufidah” sesiapa mengamalkan membaca ayat kursi sebanyak 40 000 kali selama seminggu lamanya, Insya Allah ia akan hidup berjiwa tauhid, dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjat dan martabatnya, diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana.

3. Syeikh Al-Bunni menerangkan: Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebanyak hitungan hurufnya (170 huruf), maka Insya Allah, Tuhan akan memberi pertolongan dalam segala hal dan menunaikan segala hajatnya, dan melapangkan fikirannya, diluluskan rezekinya, dihilangkan kedukaannya dan diberikan apa yang dituntutnya.

4. Syeikh Buni menerangkan: sesiapa yang takut terhadap serangan musuh hendaklah ia membuat garis lingkaran dengan isyarat nafas sambil membaca ayat Kursi. Kemudian ia masuk bersama jamaahnya ke dalam garis lingkaran tersebut menghadap ke arah musuh, sambil membaca ayat Kursi sebanyak 50 kali, atau sebanayk 170 kali, Insya Allah musuh tidak akan melihatnya dan tidak akan memudharatkannya.

5. Syeikul Kabir Muhyiddin Ibnul Arabi menerangkan bahawa; sesiapa yang membaca ayat Kursi sebayak 1000 kali dalam sehari semalam selama 40 hari, maka demi Allah, demi Rasul, demi al-Quran yang mulia, Tuhan akan membukakan baginya pandangan rohani, dihasilkan yang dimaksud dan diberi pengaruh kepada manusia. (dari kitab Khawasul Qur’an).

6. Imam Jaafar Shadiq r.a. mengatakan: Sesiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

7. Salah seorang ulama Hindi mendengar dari salah seorang guru besarnya dari Abi Lababah r.a, membaca ayat Kursi sebanyak anggota sujud (7 kali) setiap hari ada benteng pertahanan Rasulullah SAW.

8. Mereka yang mengamalkan membaca 7 kali ayat Kursi dan 7 kali bagi setiap 3 Qul selepas selesai Solat Jumaat, Insya Allah akan mendapat hikmah dan kelebihan yang tidak terduga.

9. Jika berpindah ke rumah baru, maka pada malam pertama menduduki rumah itu, eloklah membaca ayat Kursi 100 kali, Insya Allah anda sekeluarga terhindar daripada gangguan zahir dan batin.

10. Sesiapa membaca Surah Al-Fatihah, Ayatul Kursi & Surah Al Nash dan diniatkan lalu ditiup pada tengah kepala anak-anak, nescaya boleh menjaga keselamatannya, memudah menerima nasihat dan ia tidak akan bercakap dusta lagi.

11. Setiap lelaki dan wanita (baik buat isteri-isteri) yang mengamalkan membaca ayat kursi 7 kali sebelum keluar rumah atau semasa perjalanan ke tempat kerja atau kemana sekalipun kecuali bukan niat melakukan maksiat pada Allah SWT maka dia terselamat daripada segala kejahatan yang datang dari syaitan, jin dan manusia antaranya:

a. Terselamat dari terkena sihir; seperti ubat pengasih (mengasih seseorang tanpa kehendak hatinya), penganiayaan (santau ), penipuan dan sebagainya kerana semua ini ada bersangkutan dengan jin dan syaitan.

b. Terselamat daripada kejahatan seperti kes ragut, rogol, kecurian, mahupun terkena pembuli jalanan.

c. Dijauhkan dari musibah jalanan seperti ketika memandu, kemalangan jalanraya, tayar pancit dan sebagainya.

Semua khasiat dan fadhilat di atas tidak akan berlaku tanpa izin Allah SWT, bergantung atas keyakinan kita padaNya iaitu hikmah kalamnya terhadap mereka yang beriman dan bertaqwa pada Allah SWT dan RasulNya Nabi Muhammad SAW. Oleh itu carilah keredaan Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya serta menjauhi segala larangan-Nya di samping berikhtiar dengan sesungguh hati.


12. SURAH AL-IKHLAS 100 RIBU


A. Pengenalan Dan Ringkasan Pada Surah Al-Ikhlas

SurahAl-Ikhlaṣ (الإخلاص‎) bererti Keikhlasan atau ‘Yang Ikhlas’ adalah surah at-Tauḥīd (التوحيد‎) (Monoteisme) yang merupakan Penyataan Ringkas Tauhid, Perisytiharan Kesempurnaan Allah SWT serta Ketulusan Agama. Surah Ikhlas meringkaskan dalam empat ayat tentang ketuhanan dan keesaan Allah SWT.

Surah Al-Ikhlaṣ terdiri daripada 4 ayat adalah surah ke-112 dalam Al-Quran. Al-Ikhlas bererti ‘Kesucian’ atau ‘Penulenan’ yang bermaksud untuk kekal suci dan setia atau keadaan membersihkan jiwa seseorang dari kepercayaan bukan-Islam, seperti paganisme, animisme dan kemusyrikan. Ini adalah satu-satunya surah dalam Al-Quran yang namanya tidak terdapat atau tidak mempunyai hubungan terhadap surah itu sendiri.

Ia juga dikenali sebagai Surah Pelindung. Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).

B. Sebab Diturunkan

Terdapat di dalam beberapa riwayat yang dibawakan oleh ahli tafsir bahawa asal mula surah ini diturunkan adalah kerana pernah orang musyrikin meminta kepada Rasulullah SAW: صف لنا ربك – ‘Shif lanaa rabbaka’ (Cuba jelaskan kepada kami apa macamnya Tuhanmu itu, emaskah dia atau tembaga atau loyangkah?).

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Termidzi daripada Ubay bin Ka’ab, memang ada orang musyrikin meminta kepada Nabi SAW supaya dihuraikannya nasab (keturunan atau sejarah) Tuhannya itu. Maka datanglah surah yang tegas ini tentang Tuhan.

Abu Su’ud berkata dalam tafsirnya: “Diulangi nama Allah sampai dua kali (ayat 1 dan ayat 2) dengan kejelasan bahawa Dia adalah Esa, Tunggal, Dia adalah pergantungan segala makhluk, supaya jelaslah bahawa yang tidak mempunyai kedua sifat pokok itu bukanlah Tuhan.

Di ayat pertama ditegaskan KeesaanNya, untuk menjelaskan bersihNya Allah daripada berbilang dan bersusun, dan dengan menjelaskan bahawa Dialah pergantungan segala makhluk, jelaslah bahawa padaNya terkumpul segala sifat Kesempurnaan Dia tempat bergantung, tempat berlindung, bukan Dia yang mencari perlindungan kepada yang lain, Dia tetap ada dan kekal dalam kesempurnaanNya, tidak pernah berkurang.

Dengan penegasan ‘Tidak beranak’, ditolaklah kepercayaan setengah manusia bahawa malaikat itu adalah anak Allah atau Isa Al-Masih adalah anak Allah. Tegasnya daripada Allah itu tidak ada timbul apa yang dinamai anak, kerana tidak ada sesuatu pun yang mendekati jenis Allah itu, untuk jadi jodoh dan ‘teman hidupnya’, yang daripada pergaulan berdua timbullah anak.”

C. Ayat dan Terjemahannya:

Bis-mil-lah hir-rah-maa nir-ra-him
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Lagi Maha Penyayang.

Qul hu-wal-la-hu a-had
1. Katakanlah (wahai Muhammad): (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa.

Al-lah hus-sho-mad
2. Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Lam ya-lid wa-lam yuu-lad
3. Dia tiada beranak dan tidak juga diperanakkan.

Wa-lam ya-kul la-hu ku-fu-wan a-had
4. Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya.

D. Fadhilat Surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas adalah di antara surah yang banyak fadhilatnya. Beberapa keutamaan dan khasiat surah al-Ikhlas antara lain :

1. Mengusir Iblis Dan Syaitan

Berkenaan memberi salam kepada malaikat. Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

2. Sebahagian Al-Quran

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah SAW dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasullullah SAW bersabda, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”

3. Khatam Al-Quran

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: “Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangka masa dua-tiga minit?” Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.

Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.
Sabda Rasullullah SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul huwAllahu Ahad’ sebanyak 3 kali, dikurniakannya pahala seperti pahala orang yang membaca Al-Quran sekali khatam.”

4. Pahala membacanya

Rasulullah SAW berkata : “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya; Sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad’ itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil A.S.”

5. Penebus Diri

Diriwayatkan oleh Iman Bukhari, sabda Nabi Muhammad SAW: “Sesiapa membaca ‘Qul Huwa’llahu Ahad’ 100,000 kali, maka sesungguhnya ia telah menebus dirinya dari Allah, maka menyeru yang menyeru dari pihak Allah di langit dan di bumi. Kusaksikan bahawa sifulan itu telah menjadi pemendekaan Allah sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari sisi Allah, Sesungguhnya ia adalah pemerdekaan dari neraka’. Inilah yang dinamakan membaca Qulhua’llah ahad satu khatam iaitu 100,000 kali dengan diwiridkan seberapa ribu kesanggupan kita sehari.”

6. Selamat Di Alam Barzakh

Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.” Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

7. Balasan Syurga

Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; “Saya sedang berjalan dengan Rasulullah SAW lalu Baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda SAW berkata,“Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya Rasulullah?” Baginda SAW menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).”

Sebuah kisah yang terjadi di zaman lampau bahawa seorang lelaki meninggal dunia. Alangkah sedihnya perasaan kedua ibu bapanya. Maka pada malam setelah anak itu dikebumikan, ayahnya bermimpi melihat anaknya diseksa di dalam neraka Jahannam. Malam ke2 si ayah bermimpi melihat anaknya sedang bersukaria di dalam syurga. Lalu si ayah bertanya dalam mimpi itu kepada anaknya: “Semalam aku melihat engkau di dalam neraka, mengapa malam ini engkau berada di dalam syurga pula?”

Jawab si anak: “Hari ini ada orang yang lalu dekat kuburku dan ia hadiahkan surah Al-Ikhlas 3x dan pahalanya dihadiahkan kepadaku. Itulah sebabnya ayah lihat saya berada di dalam syurga sekarang.”
Diriwayatkan pula dari Ali bin Abi Talib, katanya, Rasululllah SAW bersabda: “Sesiapa yang membaca surah al-Ikhlas 10 kali selepas solat Subuh, maka ia tidak akan tergelincir sekalipun syaitan memperdayanya dengan sungguh-sungguh.”

Kita telah lihat betapa banyak serta besarnya fadhilat dan kelebihan orang yang membaca Surah Al-Ikhlas ini. Khasiat yang telah disebut di atas cukup berguna untuk bekalan hidup, baik untuk suatu hajat atau untuk perisai badan agar sihat wal afiat dan terhindar dari sebarang gangguan. Hadiah yang begitu banyak dan pahala yang besar diberikan Allah SWT kepada mereka yang membiasakan membaca surah Al-Ikhlas secara istiqamah.

Namun begitu, kita tidak seharusnya hanya memikirkan ganjaran tersebut kerana ia merupakan kehendak Allah SWT bagi sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Dengan membaca Surah Al-Ikhlas adalah merupakan kecintaan kita kepada Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Maka marilah kita mempraktik dan memperbanyakkan membaca surah ini secara konsisten.



13. FADHILAT ISTIGHFAR

Kebaikan dan Fadhilat Beristighfar Setiap Hari

Istighfar sering diertikan dengan permohonan ampun kepada Allah s.w.t. atas dosa atau kesalahan yang dilakukan. Lazimnya jika seseorang melakukan kesalahan dan kemudian menyesal akan perbuatannya itu, maka istighfar yang disertai dengan niat taubat yang ikhlas akan dilafazkan dengan harapan agar dosa atau kesalahan yang dilakukan akan diampunkan oleh Allah s.w.t.

Jika dilihat pada pengertian istighfar, maka tiada perbezaan antara istighfar dan taubat. Dari satu sudut, istighfar dan taubat mempunyai maksud yang sama iaitu kembali kepada Allah s.w.t. Keduanya mempunyai persamaan dalam permohonan untuk menghapuskan segala noda dan dosa yang telah dilakukan.

Hakikat istighfar dalam Islam adalah menundukkan jiwa, hati dan fikiran kepada Allah s.w.t. sambil memohon ampun dari segala dosa. Allah s.a.w. memerintahkan hamba-hambaNya supaya beristighfar sebagaimana firmanNya :
"Dan hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah amat Pengampun, lagi amat Mengasihi"
(Surah an-Nisaa ayat 106)

Firman Allah s.w.t. lagi :

"Dan mintalah ampun kepadaNya bagi salah silap yang engkau lakukan, dan bagi dosa orang-orang yang beriman (lelaki dan perempuan)."(Surah Muhammad ayat 19)

Walaupun istighfar adalah sunat, namun perintah Allah s.w.t. pada ayat-ayat di atas menunjukkan adanya penegasan bahawa istighfar merupakan satu tuntutan agama yang tidak boleh dilupakan. Oleh itu adalah menjadi kewajipan sebagai orang Mukmin untuk sentiasa beristighfar bukan saja sebagai tuntutan yang perlu dipenuhi malahan untuk merebut fadhilat istighfar sebagaimana yang disebut dalam al-Qur'an dan hadis-hadis Nabi s.a.w.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali" (Hadis Riwayat Muslim).


Fadhilat beristighfar adalah seperti berikut :

1. Di hapuskan dosa-dosanya dan terselamat daripada azab Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)” (Surah Al-Anfal ayat 33)

"Barangsiapa mengucapkan 'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya, meskipun pernah lari dari medan peperangan" (Hadis Riwayat Al Hakim)

2. Mendapat balasan Syurga.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka pula kekal di dalamnya, dan demikian itulah sebaik-baik balasan bagi orang yang beramal.” (Surah al-Imran ayat 135-136)

Menurut Qatadah rahimahullah: “Al-Qur’an menunjukkan kepada kamu tentang penyakit bagi kamu dan penyembuh (ubat) bagi kamu. Adapun penyakit bagi kamu adalah dosa dan penyembuh (ubat) bagi kamu adalah istighfar”.

Berkata Sayyidina Ali k.w.: “Satu keajaiban pada siapa yang binasa (kerana dosa), namun bersamanya penyelamat”. Ditanyakan kepadanya: “Apa dia (penyelamat itu)?” Beliau menjawab: “Istighfar”.

3. Terselamat daripada melakukan perbuatan keji .

"Tidaklah (dianggap) melanjutkan (perbuatan keji) orang yang memohon ampun, meskipun dalam sehari ia ulangi sebanyak 70 kali" (Hadis Riwayat Abu Ya’la Al-Maushuli, Abu Daud, At-Tirmidzi dan Al-Bazzaar dalam Musnadnya, Ibnu Katsiir mengatakan, ia hadis hasan; Tafsiy Ibnu Katsir, 1/408).

4. Di jauhi daripada sifat gelisah (ham) dan berdukacita (hazan).

Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar, akan dikeluarkan Allah dari sifat ham dan hazan. Sifat ham bererti gelisah yang tidak menentu yang sering melanda kaum wanita. Sifat hazan bererti berdukacita”

5. Tidak akan mendapat penyakit lupa (pikun).

Sabda Rasulullah s.a.w yang maksudnya : “Siapa yang melazimkan amalan istighfar 70 kali sehari, dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lupa (nyanyuk).”

6. Di bebaskan daripada kedukaan , menghilangkan kesempitan hidup dan mendapat rezeki dijalan yang tidak diduga-duga.

Nabi s.a.w yang bermaksud : "Barang siapa memperbanyak Istighfar maka Allah akan membebaskannya dari kedukaan, dan memberinya jalan keluar bagi kesempitannya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak diduga-duga" (Hadis Riwayat Abu Dawud).
Basahkanlah lidah kita dengan istighfar setiap hari lebih daripada 100 kali kerana Nabi s.a.w yang bersifat maksum dan tidak berdosa pun beristighfar 100 kali sehari, maka kita yang penuh dengan noda dan dosa perlu beristighfar lebih banyak lagi lakukanlah sebanyak-banyak yang boleh. Lidah yang sentiasa beristighfar akan di benci oleh syaitan dan syaitan tidak akan hadir bersama kita.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : "Wahai Iblis, apakah senjata yang dapat menghancurkan engkau?" Berkata Iblis, "Ya Nabi Allah. Orang-orang yang banyak berzikir dan banyak bersedekah dengan bersembunyi (ikhlas hati) serta berbanyak-banyak taubat (beristighfar) dan banyak membaca al-Qur'an Kalam Allah, dan banyak sembahyang di tengah malam. Itu semua akan menghancurkan aku".

Kalimah istighfar yang perlu kita baca adalah :

'Astaghfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi'

Bacalah sebanyak 3 kali selepas tiap-tiap solat samada solat wajib atau solat sunat, nescaya Allah swt akan ampunkan semua dosa kita seperti buih di lautan. Maknanya dosa kita tidak akan habis tanpa pengampunan dari Allah swt. Semoga kita sentiasa berada di dalam rahmat dan keampunan Allah s.w.t. dan mendapat balasan Syurga yang disediakan-Nya untuk orang-orang Mukmin.



14. SAYYIDUL ISTIGHFAR

Kelebihan Sayyidul Istighfar (Penghulu Istighfar)

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu" (At-Tahrim 66 : 8)

Antara zikir Rasulullah saw yang dibaca pada setiap pagi dan petang ialah sayyidul istighfar (penghulu istighfar) yang dijanjikan dengan syurga kepada sesiapa yang membacanya lalu dia meninggal pada hari itu sama ada pagi atau petang sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari.

Penghulu Istighfar

Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, Tiada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia (beriman dan taat) kepada-Mu sekuat mampuku.

Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.


WAKTU DIBACA : Selepas subuh dan selepas asar.


KELEBIHAN SESIAPA YANG MENGAMALKANNYA :

Sesiapa yang mengucapkannya pada siang hari ( pagi) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia pada hari tersebut sebelum petang maka dia dari kalangan ahli syurga. Dan sesiapa yang mengucapkannya pada waktu malam ( petang ) dengan penuh keyakinan dengannya lalu dia meninggal dunia maka dia dari kalangan ahli syurga. ( riwayat Imam al-Bukhari ).

Fadhilat membaca penghulu istighfar :

Dari Syaddad bin Aus ra. dari Rasulullah saw. bersabda: Penghulu istighfar ialah "Allahumma anta……". Sesiapa yang membacanya dengan penuh keimanan waktu petang dan mati pada malam itu, maka masuk syurga. Demikian juga siapa yang membacanya waktu pagi dan mati pada hari itu masuk syurga. (HR. Bukhari)

Terdapat banyak kelebihan istighfar jika amalan ini dilakukan secara istiqamah dan ikhlas semata-mata kerana Allah. Antara kelebihannya adalah:

1. Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan melepaskannya daripada segala tekanan dan akan dikurniakan rezeki tanpa bisa dikira banyaknya.

2. Sesiapa yang beristighfar sebanyak 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa.

3. Sesiapa yang mengerjakan kejahatan, atau menganiayai dirinya, kemudian ia memohon ampun kepada Allah ,nescaya ia akan mendapati Tuhan itu Maha Pengampun, Maha Pengasihani.(Surah An Nisa' : 110)

4. Tuhan tidak akan menyiksa mereka, selama mereka beristigfar. (Al Anfal: 33)

5. Mendekatkan diri kepada Allah dan mendapat keberkatan dan melorong jalan untuk menuju kepada segala macam kebajikan sama ada di dunia atau di akhirat .

6. Mengurniakan pemberian yang baik kepadanya sehingga ke waktu yang ditentukan ( Surah Hud : Ayat 3) (Imam Habib Abdullah Haddad, 1981 : 232-235)



15. YASIN 41 KALI

Fadhilat Membaca Surah Yaasin Malam Jumaat

Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.
6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.


Kelebihan Fadhilat Surah Yaasin

Antara kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:

Rasulullah SAW bersabda;

1. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.

2. “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”

3. “ Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”

4. “Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang mati.”

5. “Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya meninggal dunia, ia akan mati sebagai mati syahid.”

6. Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau musuh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”

7. “Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”

8. “Apabila datang ajal orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.


Rahsia dan Khasiat Surat Yasin

Surat Yasin merupakan jantung Al Qur’an sehingga mempunyai rahsia dan khasiat yang banyak sekali bagi pembacanya, antara lain :

1. Jika dibacakan pada orang yang sedang sekarat akan mati, dapat mempermudah dan mempercepat keluarnya ruh. Dengan membaca surat Yasin Allah menetapkan pahala seperti membaca Al Qur’an 10 kali. Dapat memberi syafaat bagi pembacanya , memberi ampunan pendengarnya, mendapatkan kebaikan di dunia, hilang ketakutan di hari kiamat, menolak kejahatan dan didatangkan segala hajatnya.

2. Jika di baca pada malam Jumaat juga maka mendapatkan ampunan dan dapat memperoleh kemudahan.

Aurad surat Yasin (Senilai membaca Yasin 41 kali) untuk mendatangkan berbagai hajat. Dalam kitab Sa’adatud Darain yang dikutip dari Minhajul hanif disebutkan, ada faedah yang besar untuk mendatangkan berbagai hajat dengan Aurad surat Yasin. Cara membacanya seperti berikut :

Aturannya :

Dengan membaca lafadh يس
7 kali

Jika sampai ayat ذالك تقدير العزيز العليم
14 kali

Kalau sampai سلم قولا من رب رحيم
7 kali

Dan ayat أوليس الذي خلق السموت واﻷرض بقدر على أن يخلق مثلهم قلى بلى وهو الخلق العليم
12 kali

Setelah selesai lalu membaca surat Al Fatihah satu kali dan Basmalah satu kali. Kemudian memohon kepada Allah Ta’ala apa yang diinginkan. Insya Allah hajatnya cepat dikabulkan asal bukan untuk membahayakan orang lain.

3. Diriwayatkan dari Anas R.A. ”Sesungguhnya setiap sesuatu memiliki hati.“ Dan hati Al-qur’an di surat yasin. Barang siapa yang membacanya, Allah akan menulis baginya pahala seperti membaca al-qur’an 10 (sepuluh) kali.

4. Jika dibaca pada waktu pagi, maka memperoleh kegembiraan sampai sore, dan jika dibaca disore hari maka dapat gembira sampai pagi.

5. Jika anda ada maksud kepada pembesar supaya berhasil, maka bacalah surat yaasiin dari rumah sebanyak 25 kali, maka insya Allah berhasil.

6. Khasiatnya lagi adalah dapat dipergunakan sebagai obat sakit panas, caranya dibaca sekali, setiap sampai pada lafadz “MUBIIN” dengan mengikat benang sekali sampai tujuh, kemudian diikatkan pada bahu kanannya orang yang sakit panas, maka Insya Allah akan sehat kembali.

7. Jika dibacakan untuk orang yang akan meninggal dunia, maka tidak akan dicabut nyawanya selagi ia belum didatangi malaikat Ridwan dengan maksud memberi kegembiraan kepada orang yang akan meninggal tersebut.

Menurut sabda Nabi Muhammad saw, siapa membaca surah Yaasiin satu kali, sama dengan membaca Alqur’an sampai khatam (selesai) sepuluh (10) kali, siapa membiasakan membaca surah Yaasiin setiap malam sampai mati, maka termasuk mati syahid.

8. Jika dibacakan pada mayat di dalam kubur maka diringankan siksa maka tidak akan dicabut nyawanya selagi ia belum didatangi malaikat Ridwan dengan maksud memberi kegembiraan kepada orang yang akan meninggal tersebut.

9. Jika dibacakan pada mayat di dalam kubur maka diringankan siksanya, jika ditulis dan dilebur air, lalu diminum, sama dengan meminum seribu obat.

Dalam satu hadist yang lain Nabi SAW bersabda:

“Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin kepada orang sakit parah yang sedang menghadapi sakaratul maut, niscaya Allah SWT akan meringankan sakitnya sakaratul-maut itu.”

10. Dalam satu hadist yang lain pula Nabi SAW bersabda: “Aku ingin benar, agar surah Yasiin ini dibaca (hafal) oleh semua umatku.”

11. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat (bila-bila sahaja), lalu berdoa istighfar untuk kedua ibu bapanya, niscaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Allah SWT.

12. Barang siapa membaca sekali ketika membuka warung atau Toko, niscaya akan maju Tokonya itu atas izin Allah.

13. Barang siapa membacanya (Yasin sekali , Surah Sejadah sekali dan Al-Mulk sekali) pada awal malam (antara maghrib hingga Isyak – juga baca Al Fatihah 41 kali), andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia akan mati syahid , jika mati pada siang hari, mesti ia akan mati syahid juga. (Sekiranya tiada program).

14. Jika dibacanya oleh seorang Laskar Jihad (pejuang), ketika ia hendak turun ke medan peperangan, Allah akan mengkaruniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta membuat ketakutan pada musuh-musuhnya.

• Fadilah dan khasiat surah Yasiin ini banyak sekali didalam hadist tetapi mungkin sedikit sahaja untuk beramal dengannya. Kerana terlalu banyak kelebihan surah Yasin mustahil bagi kita untuk kita mengingatinya, namun bermanfaat untuk bisa diamalkan oleh kita semua.


16. ISMU DZAT

Ismu Dzat (Ismu Azzam)

Mengingati maknanya yakni Zikir. Ingat yakni pekerjaan mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dan kalimah ALLAH ianya merupakan zat bagi zikir. Berkata Para Masyaikh, Yad Kard bermaksud melakukan zikir mengingati Tuhan dengan menghadirkan hati.

Murid yang telah melakukan Bai‘ah dan telah ditalqinkan dengan zikir hendaklah senantiasa sibuk mengingati Allah Subhanahu Wa Ta’ala dengan kalimah zikir yang telah ditalqinkan.

Zikir yang telah ditalqinkan oleh Syeikh adalah zikir yang akan membawa seseorang murid itu mencapai ketinggian darjat Ruhani. Syeikh akan mentalqinkan zikir kepada muridnya sama ada Zikir Ismu Zat ataupun Zikir Nafi Itsbat secara Lisani ataupun Qalbi.

Seseorang murid hendaklah melakukan zikir yang sebanyak-banyaknya dan sentiasa menyibukkan dirinya dengan berzikir. Pada setiap hari, masa dan keadaan, sama ada dalam keadaaan berdiri atau duduk atau berbaring ataupun berjalan, hendaklah sentiasa berzikir.

Pada lazimnya seseorang yang baru menjalani Tariqat Naqshbandiyah ini, Syeikh akan mentalqinkan kalimah Ismu Zat iaitu lafaz Allah sebagai zikir yang perlu dilakukan pada Latifah Qalb tanpa menggerakkan lidah. Murid hendaklah berzikir Allah.. Allah pada latifah tersebut sebanyak 25 ribu kali sehari semalam setiap hari sehingga terhasilnya cahaya Warid.

Ada sebahagian Syeikh yang menetapkan jumlah permulaan sebanyak 5 ribu kali sehari semalam dan ada juga yang menetapkannya sehingga 70 ribu kali sehari semalam.

Setelah seorang murid itu melakukan Baiᶜah dan talqin dalam Tarekat Naqsyabandiyyah, mereka perlulah melakukan zikir yang telah ditetapkan oleh Syeikh Tarekat. Zikir tersebut adalah zikir Ism Dhat iaitu (lafaz Allah) pada hati atau secara sirr iaitu tanpa suara sebanyak lima ribu (5000) kali setiap hari sehari semalam dan wajib diamalkan setiap hari tanpa putus. (seperti yang diterangkan sebelum ini).

Zikir ini adalah zikir yang diberi kepada murid yang berada di peringkat permulaan dalam amalan Tarekat. Sebelum itu setiap murid mesti menjaga adab dan mematuhi tatacara zikir yang telah ditentukan. Ini bagi menjamin murid dapat melakukan zikir tanpa sebarang gangguan dan untuk membersihkan zahir dan batin murid serta mengharapkan keredhaan Allah.


17. BADA' SOLAT

Cara Membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar (Bada' Solat)

Ada berbagai macam cara membaca Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar bada shalat wajib. Berikut keterangannya dalam hadits kitab Riyadhus Sholihin karya Imam Nawawi.
Kitab Al-Adzkar, Bab Keutamaan Dzikir dan Dorongan untuk Berdzikir :

Dari Ka’ab bin ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada beberapa kalimat pengikut yang tidak akan merugikan orang yang mengucapkannya—atau melakukannya—di akhir setiap shalat wajib (yaitu), tiga puluh tiga kali tasbih, tiga puluh tiga kali tahmid, dan tiga puluh empat kali takbir.” (HR. Muslim)

Penjelasan:

1- Bacaan subhanallah, alhamdulillah, dan Allahu Akbar termasuk dalam al-baqiyaat ash-shalihaat (amalan yang kekal) seperti yang dimaksud dalam surat Al-Kahfi ayat 46. Allah Ta’ala berfirman,

“Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi shalih adalah lebih baik pahalanya di sisi Rabbmu serta lebih baik untuk menjadi harapan.” (QS. Al-Kahfi: 46)

2- Pelaku kebaikan dan yang mengucapkan perkataan yang baik, tidak pernah disia-siakan amalannya dan pahalanya di sisi Allah.

Macam-Macam Bentuk Bacaan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar bada Shalat Wajib

Ada empat versi bacaan untuk dzikir tersebut bada shalat:

1- SUBHANALLAH sepuluh kali, ALHAMDULILLAH sepuluh kali, ALLAHU AKBAR sepuluh kali.

2- SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALLAHU AKBAR sebanyak tiga puluh tiga kali lalu digenapkan dengan LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI-IN QODIIR.

3- SUBHANALLAH 33 kali, ALHAMDULILLAH 33 kali, ALLAHU AKBAR 34 kali.

4- SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WA LAA ILAHA ILLALLAH WALLAHU AKBAR sebanyak 25 kali, totalnya berjumlah 100 karena ada empat kalimat di dalamnya.

Dalil perinciannya sebagai berikut :

1. SUBHANALLAH sepuluh kali, ALHAMDULILLAH sepuluh kali, ALLAHU AKBAR sepuluh kali.

Dari Abdullah bin Amr bin Al-‘Ash radhiyallahu ‘anhuma, dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, ia berkata,

“Ada dua perangai jika seorang hamba yang muslim menjaganya niscaya dia akan masuk surga. Dua perangai ini mudah namun sedikit yang mengamalkannya. Setiap bada shalat hendaknya membaca SUBHANALLAH sebanyak sepuluh kali, ALHAMDULILLAH sebanyak sepuluh kali, dan ALLAHU AKBAR sebanyak sepuluh kali. Maka jadilah (total satu hari) sebanyak 150 kali di lisan dan sebanyak 1500 kali di timbangan (mizan).

Jika dia mulai berbaring (untuk tidur) dia bertakbir sebanyak tiga puluh empat kali, bertahmid sebanyak tiga puluh tiga kali, dan bertasbih sebanyak tiga puluh tiga kali, maka itu di lisan sebanyak 100 kali, sedangkan di mizan sebanyak 1000 kali.”


PENJELASAN 1 :

Dalam Kitab Fadail Amal Bab Tasbih Fatimah menyebut cara membacanya seperti berikut :

Lepas Isyak : SUBHANALLAH sebanyak 10 kali, ALHAMDULILLAH sebanyak 10 kali, dan ALLAHU AKBAR 10 sepuluh kali

Lepas Subuh : SUBHANALLAH sebanyak 10 kali, ALHAMDULILLAH sebanyak 10 kali, dan ALLAHU AKBAR sebanyak 10 kali

Lepas Zuhur : SUBHANALLAH sebanyak 10 kali, ALHAMDULILLAH sebanyak 10 kali, dan ALLAHU AKBAR sebanyak 10 kali

Lepas Asar : SUBHANALLAH sebanyak 10 kali, ALHAMDULILLAH sebanyak 10 kali, dan ALLAHU AKBAR sebanyak 10 kali

Lepas Maghrib : SUBHANALLAH sebanyak 10 kali, ALHAMDULILLAH sebanyak 10 kali, dan ALLAHU AKBAR sebanyak 10 kali

Jumlah semuanya menjadi 150 kali (surah Al-An'nam ayat 160 memberitahu setiap tasbih yang dibaca, Allah akan gandakan 10 kali) didarab dengan 10 = 1500 kali

Surat Al-An'am Ayat 160 , maksudnya :

Barangsiapa membawa amal yang baik, maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; dan barangsiapa yang membawa perbuatan jahat maka dia tidak diberi pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan).


PENJELASAN 2 :

Sebelum tidur baca Tasbih Fatimah : SUBHANALLAH sebanyak 33 kali, ALHAMDULILLAH sebanyak 33 kali, dan ALLAHU AKBAR sebanyak 34 kali. Jumlahnya menjadi 100 kali , didarabkan dengan 10 ialah 1000 kali.

Jika ditambah bada' solat 1000 kali dengan Tasbih Fatimah sebelum tidur 1500 , jumlahnya ialah 2500 kali. Kisah ini berlaku apabila seorang sahabat berjumpa Nabi Muhd swt tentang mudahnya untuk beramal dengan Tasbih Fatimah tetapi amat sedikit orang beramal dengannya.

Keterangan :

1. Melalui amalan Tasbih ini, dengan mudah kita akan mendapat pahala 2500 pahala setiap hari. Jika dibandingkan dengan Solat Tasbih , Bada’ Solat lebih mudah untuk diamalkan.

(Abdullah bin Amr berkata) Dan sungguh aku telah melihat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menghitungnya dengan tangannya. Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah bagaimana amalan ini mudah namun sedikit orang yang mengamalkannya?”

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Setan mendatangi salah seorang dari kalian ketika mau tidur sehingga setan menjadikannya tidur sebelum dia mengucapkannya. Dan setan mendatanginya di shalatnya dan mengingat-ingatkan ia tentang hajatnya sebelum ia mengucapkannya.” (HR. Abu Daud, no. 5065; Tirmidzi, no. 5065. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan.)

2- SUBHANALLAH WALHAMDULILLAH WALLAHU AKBAR sebanyak tiga puluh tiga kali lalu digenapkan dengan LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI-IN QODIIR.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda :

“Barangsiapa yang di akhir setiap shalat bertasbih tiga puluh tiga kali, bertahmid tiga puluh tiga kali, dan bertakbir tiga puluh tiga kali, dan mengucapkan penyempurna seratus, ‘LAA ILAHA ILLALLAH WAHDAHU LAA SYARIKA LAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU WA HUWA ‘ALA KULLI SYAI-IN QODIIR (artinya: Tiada Rabb yang berhak disembah selain Allah yang Maha Esa; tidak ada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan bagi-Nya pujian. Dia Mahakuasa atas segala sesuatu.), maka diampuni dosa-dosanya walaupun banyaknya seperti buih di lautan.” (HR. Muslim, no. 597)

3- SUBHANALLAH 33 kali, ALHAMDULILLAH 33 kali, ALLAHU AKBAR 34 kali.

Hal ini seperti dalam hadits Ka’ab bin ‘Ujrah yang kita bahas kali ini.

Dari Ka’ab bin ‘Ujrah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada beberapa kalimat pengikut yang tidak akan merugikan orang yang mengucapkannya—atau melakukannya—di akhir setiap shalat wajib (yaitu), tiga puluh tiga kali tasbih, tiga puluh tiga kali tahmid, dan tiga puluh empat kali takbir.” (HR. Muslim, no. 597)


18. GABUNGAN 4 KALIMAH

ALHAMDULILLAH 100 KALI : Nilai sedekah 100 ekor kuda

Rugi bagi manusia yang tahu enaknya zikir, indahnya zikir, tapi tidak berzikir. Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang mengucapkan alhamdulillah 100 kali, sebelum terbit matahari di pagi hari, dan sebelum tenggelam matahari di petang hari, pahalanya seperti orang bersedekah 100 kuda perang fii sabilillah.”

Saya menghitungkan “Alhamdulillah” 100 kali, tidak sampai 3 minit. Tapi dalam ucapan “Alhamdulillah” saja 100 kali, tidak melebihi 3 atau 4 minit, kita mendapatkan nilai sedekah 100 kuda fii sabilillah. hadis sahih.

Oleh kerana itu jamaah sekalian, sebelum terbit matahari, pagi hari, kira-kira setelah Subuh dan sebelum tenggelam matahari, petang hari, kira-kira setelah Asar, sebelum Maghrib, ucapkan “Alhamdulillah” 100 kali setiap hari.

Sebaik-baik ucapan yang Allah suka, “Alhamdulillah.” Afdholu du’a, “Alhamdulillah.” Pembukaan Al Qur’an, “Alhamdulillah.” Bahkan “Alhamdulillah” lebih berat daripada bumi dan langit.

Jadilah orang beriman yang suka berzikir, apalagi di 10 hari pertama Dzulhijjah. Kerana Allah SWT berfirman,:

Hai orang beriman, berzikir kepada Allah sebanyak-banyaknya, itu tanda Anda beriman. Kerana ada sekelompok orang bukan orang mukmin, tapi munafiq. Siapa mereka yang munafiq itu? Apakah mereka berzikir? Apakah mereka solat? Allah SWT berfirman, “Mereka solat bahkan mereka suka berzikir. Allah gambarkan,

“Sesungguhnya orang-orang munafik itu menipu Allah, dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya (dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali.” (QS. Annisa: 142)

SUBHANALLAH 100 KALI : Diberi 1000 kebaikan dan dihapus 1000 keburukan
IBNU Abbas ra berkata: “Ketika Allah SWT menjadikan Arasy, lalu menyuruh malaikat memikulnya. Para malaikat merasakan amat berat memikulnya. Kemudian Allah SWT menyuruh malaikat membaca (menyebut); Subhanallah. Sebaik sahaja malaikat membacanya, maka terasa ringan memikul Arasy dan mereka terus menyebut (berzikir) selama-lamanya.”

Kata Ibnu Abbas ra lagi: “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as. Maka mula-mula yang keluar dari mulut Adam ialah bersin. Lalu Allah ilhamkan kepadanya untuk membaca (menyebut); Alhamdulillah. Sebaik sahaja Adam as menyebut Alhamdulillah, lalu Allah menjawab; Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan engkau).

“Kemudian malaikat berkata: Inilah kalimah mulia dan baik dan tidak sepatutnya kami abaikan. Maka para malaikat pun membaca (berzikir) Suhhanallah Walhamdulillah.

LAILLAHAILLALLAH 100 KALI : Wajah bercahaya seperti bulan purnama (di akhirat nanti)

“Para malaikat membaca (berzikir) demikian sehinggalah Allah SWT mengutuskan Nabi Nuh as. Oleh kerana kaum Nabi Nuh adalah kaum pertama menyembah berhala, maka Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Nuh as supaya menyuruh kaumnya membaca; Laa illaha illallah bagi mendapatkan keredhaan Allah.”

“Lalu berkata malaikat: “Inilah kalimah ketiga yang besar dan baik yang tidak boleh kami abaikan. Maka malaikat pun menggabungkan dengan dua kalimah sebelumnya untuk menjadi: Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah.”

ALLAHUAKBAR 100 KALI : Pahala memiliki seratus ekor unta
“Para malaikat mengamalkan kalimah tersebut sehingga terutusnya Nabi Ibrahim as. Setelah terutusnya Nabi Ibrahim as, Allah SWT telah memerintahkan baginda menjalankan korban ke atas anaknya, yang mana akhirnya Allah telah menebus anaknya Ismail dengan seekor kibas (kambing).

“Apabila Nabi Ibrahim as melihat anaknya terselamat dari disembelih dan digantikan dengan kibas (kambing), maka Nabi Ibrahim as menyebut: Allahu akbar, kerana merasa terlalu gembira atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya.

GABUNGAN 4 KALIMAH dan HAUQALAH

Berkata para malaikat: “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar. Kemudian para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan tiga kalimah sebelumnya menjadi: Subhanallah, Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu akbar.”

“Ketika malaikat Jibril as menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan: Laa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.”

Kemudian Jibril as berkata: Gabungkan kalimah yang empat itu sehingga menjadi “Subhanallah, Walhamdulillah Walaa ilaha illallah Wallahu akbar Walaa haula Wala quwwata illa billahil aliyil aziem.” (HR Muslim)

Allah berfirman dalam al-Quran: ”Hai orang-orang yang beriman! berzikirlah (mengingat) kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang.”
(al-Ahzaab: 41-42).

Hadith yang membicarakan keutamaan zikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar”

1. Rasulullah saw. bersabda, “Lazimkan membaca subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon”. (HR Ibnu Majah)

2. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w. berkata : “Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadith Riwayat Muslim)

3. Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai” (HR. Muslim no. 2137).

4. Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah bersabda: ‘Sesungguhnya membaca “subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari.” (HR. Muslim no. 2695).

Al Munawi rahimahullah mengatakan, “Segala sesuatu yang dikatakan antara langit dan bumi, atau dikatakan lebih baik dari sesuatu yang terkena sinar matahari atau tenggelamnya, ini adalah ungkapan yang menggambarkan dunia dan seisinya.” Dari sini menunjukkan bahawa keempat kalimat tersebut lebih baik daripada dunia seisinya.

5. Dari Ummi Hani’ binti Abu Thalib dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam melewatiku pada suatu hari, lalu saya berkata kepada beliau, “Wahai Rasulullah, saya sudah tua dan lemah, maka perintahkanlah kepadaku dengan amalan yang bisa saya lakukan dengan duduk.”

a. Beliau bersabda: “Bertasbihlah kepada Allah seratus (100) kali, kerana itu sama dengan kamu membebaskan seratus (100) budak dari keturunan Isma’il.

b. Bertahmidlah kepada Allah seratus (100) kali kerana itu sama dengan seratus kuda berpelana yang memakai kekang di mulutnya, yang kamu bawa di jalan Allah.

c. Bertakbirlah kepada Allah dengan seratus (100) takbir karena ia sama dengan seratus unta yang menggunakan tali pengekang dan penurut.

d. Bertahlillah kepada Allah seratus (100) kali.” Ibnu Khalaf berkata; saya mengira beliau bersabda: “Karena ia memenuhi di antara langit dan bumi, dan pada hari ini tidaklah amalan seseorang itu diangkat kecuali akan didatangkan dengan semisal yang kamu lakukan itu.”

(HR. Ahmad 6/344. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan. Lihat As Silsilah As Sohihah no. 1316)

6. Dari ‘Abdullah bin ‘Amr, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidaklah seorang di muka bumi ini mengucapkan: Laa ilaha illallah, wallahu akbar, subhanallah, wal hamdulillah, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah, melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Ahmad 2/158, sanadnya hasan)

7. Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata, Rasulullah shallallahu wa’alaihi wa sallam bersabda, “Aku pernah bertemu dengan Ibrahim pada malam ketika aku diisra`kan, kemudian ia berkata, ‘Wahai Muhammad, sampaikan salam dariku kepada umatmu, dan beritahukan kepada mereka bahwa Surga debunya harum, airnya segar, dan surga tersebut adalah datar, tanamannya adalah kalimat: Subhaanallaahi wal hamdu lillaahi laa ilaaha illaahu wallaahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar).” (HR. Tirmidzi no. 3462. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

8. Dari Abu Sa’id Al Khudri dan Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memilih empat perkataan: subhanallah (Maha suci Allah) dan alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan laa ilaaha illa allah (tidak ada sesembahan yang berhak disembah selain Allah) dan Allahu akbar (Allah maha besar).

a. Barangsiapa mengucapkan subhaanallah, maka Allah akan menulis dua puluh kebaikan baginya dan menggugurkan dua puluh (20) dosa darinya,

b. dan barangsiapa mengucapkan Allahu Akbar, maka Allah akan menulis seperti itu juga,

c. dan barangsiapa mengucapkan laa Ilaaha illallah, maka akan seperti itu juga,

d. dan barangsiapa mengucapkan alhamdulillahi Rabbil ‘aalamiin dari relung hatinya maka Allah akan menulis tiga puluh (30) kebaikan untuknya dan digugurkan tiga puluh (30) dosa darinya.”(HR. Ahmad 2/302. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya shahih)

Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah mengamalkan zikir tersebut dalam kehidupan seharian kita.


19. SOLAT TAAT HAJAT

Solat sunat Taat Hajat

Dilakukan sebanyak 2 rakaat ketika masuk ke surau (jamek) iaitu semasa bermusafir atau ketika berada di jalan Allah (berbeza dengan masuk ke masjid - tahiyatul masjid)

Lafaz niat :





Khaifiat :

Rakaat pertama : Baca surah Al-fatihah dan surah Al-Ikhlas

Rakaat kedua : Baca surah Al-fatihah dan surah An-nas

Antara Fadhilat / Kelebihan Solat Sunat Taat Hajat adalah:

1. Berasa tenang setelah bebanan disampaikan kepada Allah SWT.

2. Menjadi lebih bersifat ikhlas menerima ketentuan Allah.


20. ADAB BERZIKIR

Murid hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersih dari sudut badan, pakaian, tempat duduk, suci dari hadas kecil atau besar dengan berwudhuk. Murid digalakkan supaya menunaikan solat sunat dua rakaat iaitu sunat wudhuk dan taubat. Ianya bertujuan melayakkan seorang itu mendapat keapunan dari Allah s.w.t

Ketika mengamalkan zikir, murid dikehendaki berada di tempat sunyi dari sebarang gangguan. Ianya bagi memberi keupayaan seorang murid untuk memelihara diri dari sebarang gangguan terutama untuk penumpuan terhadap makna zikir itu sendiri. Berzikir di tempat sunyi juga dapat meninggalkan kesan yang sangat mendalam dan kelebihan yang banyak kepada murid.

Murid dikehendaki menutup kepala dengan selubung ketika berzikir untuk memelihara pandangan matanya dari mengganggu tumpuannya terhadap zikir .Murid dikehendaki menghadap kiblat ketika berzikir. Murid mestilah berada dalam keadaan tasyahud akhir tetapi diterbalikkan kakinya ke sebelah kiri. Ianya bagi menanamkan sifat tawaddhuk dan mengawal pancaindera. Mengumpulkan segala pengenalan ke dalam hati sanubari iaitu hendaklah menghilangkan atau mengosongkan fikiran dari perkara yang lain. Ianya hendaklah ditujukan pada hati. Murid hendaklah mengingati zat Allah di dalam hati dan bukan di kepala.

1. Beristighfar

Mengamalkan istighfar dengan memohon keampunan dari Allah atas segala dosa dan maksiat. Ianya dibilang sama ada 5 atau 15 atau 25 kali. Caranya adalah lidah sentiasa memetik istighfar kepada Allah dengan lidah sedang dalam hati memohon ampun kepada Allah atas semua dosa zahir dan batin. Kemudian membaca surah al-Fatihah sekali, al-Ikhlas tiga kali dan dibaca dengan perlahan serta menghadiahkan pahala bacaan tersebut kepada semua roh-roh Syeikh Tarekat.

Memejamkan kedua kelopak matanya dan menongkatkan lidah ke langit-langit mulut dengan kedua-dua bibir dan gigi atas dan bawah dirapatkan. Ianya bertujuan untuk meningkatkan kekhusyukkan dan terbuka hijab hati. Seterusnya seorang murid dikehendaki mengingati, membayangkan dan merasai mati. Ianya dapat dilakukan dengan menganggap dan merasakan dirinya mati dan jasadnya terbujur kaku kemudian dimandi, dikafan, disembahyang dan ditanam ke dalam liang lahad dan tinggallah ia seorang diri. Ketika itu dia akan merasakan tiada suatupun yang memberi faedah kepadanya kecuali iman dan amal soleh.

Setelah itu seorang murid perlu melakukan rabitah mursyid. Murid-murid dikehendaki menghadirkan rohaniah syeikh atau muqabalah iaitu menghadap antara hati murid dan syeikh. Ianya mestilah mengingati rupa syeikhnya dalam khayalannya walau sekelip mata untuk mengambil berkat. Murid akan mengharapkan istimdad atau limpahan dari rohaniah dalam diri syeikhnya supaya ia menjadi teman dalam perjalanan seorang salik. Murid perlu mengingati bahawa istimdad dengan syeikhnya itu sebenarnya adalah istimdad daripada Rasulullah s.a.w kerana syeikh hanyalah perantaraan sahaja.

2. Bermunajat

Seterusnya murid hendaklah bermunajat sebanyak tiga kali dengan lafaz انت الهي مطلوبي ورضاك مقصودي dalam hati dari sudut lafaz dan maknanya. Seterusnya murid dikehendaki berzikir dengan Ism al-Dhat dalam hatinya dengan ditumpukan dalam hati makna zikir tersebut. Jika tidak disertakan zikir dengan maknanya maka zikir tersebut adalah kosong dan tidak diiktiraf sebagai zikir dalam Tarekat Nqsyabandiyyah.

Zikir Ism Dhat ini dilakukan dengan memerhatikan, merasakan, dan menumpukan sepenuh perhatian serta keyakinan tentang kewujudan Allah yang tidak menyerupai sesuatu pun dan murid hendaklah merasakan bahawa Allah mengetahui tentang dirinya zahir dan batin serta memerhati perlakuannya. Zikir ini dilakukan sebanyak lima ribu (5000) kali dan diselangi dengan munajat pada setiap seratus (100) zikir.

3. Wirid

Selesai sahaja berzikir, murid perlu menunggu seketika kurniaan Allah yang dikenali sebagai warid iaitu sebarang bentuk lintasan rohani yang berlaku pada murid yang berzikir seperti ini. Jika dia mendapat jadhbah iaitu dorongan atau tarikan kerohanian, maka dia perlulah menjaganya supaya ia berterusan dan tidak berusaha untuk memutuskan jadhbah tersebut.

4. Penutup

Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah di Malaysia mengamalkan zikir Ism al-Dhat iaitu lafaz ALLAH dan zikir nafi isbat lafaz LAILLAHAILLALLAH dan dipilih berasasskan tradisi amalan Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah terdahulu sebagaimana yang dengan disebut oleh al-Kurdi. Beliau menyebut: Ketahuilah sesungguhnya zikir qalbi terbahagi kepada dua iaitu zikir Ism Dhat dan nafi isbat. Zikir ini diamalkan bagi mendatangkan implikasi atau kesan terhadap keimanan dan ketaqwaan berdasarkan dari pandangan pemimpin-pemimpin Tarekat ini.

Syeikh Abdul Qadir Isa menegaskan : Sebaik-baik zikir adalah zikir khafi, sebaik-baik rezeki adalah apa yang mencukupkan kerana zikir khafi boleh sampai kepada ikhlas dengan segera dan lebih cepat pula diterima. Berdasarkan dari pandangan syeikh Abd al-Qadir Isa, zikir secara khafi iaitu senyap boleh sampai kepada keikhlasan dan ianya merupakan faktor utama untuk mendapatkan jadhbah atau mendekatkan diri kepada Allah. Perlaksanaan zikir ini adalah berdasarkan kepada sanad turun temurun dan bukannya ciptaan yang tersendiri dan ianya adalah berasaskan amalan-amalan yang telah dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin Tarekat Nqasyabandiyyah sejak dahulu lagi tanpa memiliki amalan tokok tambah atau kurang.


21. METODA DZIKIR

1. PENGERTIAN DZIKIR

Dzikir berasal dari kata dzakara yang bisa bermakna : menyebut-nyebut (dengan mulut); atau mengingat, mengenang, merasakan, menghayati (dengan Qalbu). Dzikir Jahri (Nyata) dan Dzikir Sirri (Rahasia).

“Dan rahsiakanlah (sirri) perkataanmu atau nyatakanlah (jahri); sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang bergejolak di dalam dada”(QS. Al Mulk, 67 :13)

Dzikir Jahri dilakukan mulut dengan menyebut-nyebut bacaan (lafazh): - Istighfar - Tasbih - Tahmid - Tahlil - Takbir dan lain-lain ayat al Qur’an atau wirid.

Kerananya Dzikir Jahri nyata terdengar suaranya dan nyata terlihat getar bibir mengucapkannya. Bila dilakukan berjamaah suara Dzikir Jahri kadang menggemuruh menimbulkan rasa mencengkam dan rendah di hadapan Allah.

“Sesungguhnya bergemuruhnya suara orang berdzikir saat usai shalat fardhu betul-betul terjadi di masa Rasulullah SAW. Aku dapat mengetahui orang sudah usai shalat (berjamaah di masjid Nabi) ketika kudengar suara dzikir itu “. (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud, dan Ahmad).

Dzikir Sirri tidak menggunakan mulut, melainkan dzawq (perasaan) dan syu`ûr (kesadaran) yang ada di dalam qalbu. Karenanya dzikir ini menjadi tersamar (khafiy) dan hanya pelaku serta Allah s.w.t. saja yang dapat mengetahuinya.

Dalam Dzikir Sirri orang mengingat Allah, merasakan kehadiran Allah, menyadari keberadaan Allah. Di dalam qalbunya tumbuh rasa cinta, rasa rindu kepada Allah, rasa dekat, bersahabat, seakan melihat Allah. Itulah ihsân, dimana dalam ibadahmu kamu merasa melihat Allah, atau setidaknya merasa sedang dilihat oleh Allah s.w.t. Inilah dzikir yang hakiki, sebab hubungan manusia dengan Allah swt tidak terjadi dengan tubuh jasmaninya melainkan dengan qalbunya.

“Dan ketahuilah bahwa sesungguhnya Allah berhubungan dengan manusia melalui QALBUnya”. (QS. 8 : 24)

Saat melakukan dzikir sirri orang mengaktifkan qalbunya mengingat Allah sehingga dirinya on-line (tersambung, wushûl) dengan Allah. Saat itulah terjadi penyerapan nûr ilâhi (divine light) kedalam qalbu sehingga terjadi proses pencerahan (enlightenment).

Nur ilahi yang menembus qalbu akan terpantulkan ke otak yang menjadi pusat kendali tubuh manusia. Mekanisme biokimia dan bioelektrik pada sel-sel otak akan dikendalikan oleh nur ilahi sehingga menimbulkan gelombang-gelombang alpha yang menenteramkan saraf, membangkitkan kreatifitas sekaligus rasa cinta ke sekujur tubuh; menepis rasa takut dan cemas; mengganti kekecewaan dengan harapan, kemarahan dengan kedamaian, malas dengan semangat.

Tersingkaplah tirai kebodohan (kasyaf), terbukalah wawasan baru, hadir di hadapan taman kehidupan taqwa yang penuh pelangi mahabbah diharumi semerbak ridha ilahi. Nûr ilâhi mengandungi :

- Enerji Maghfirah, yang membakar hangus dosa-dosa di Qalbu, menepis sesal, menjungkal kecewa dan malas.

- Enerji Himmah, kemauan kuat yang mendorong orang bekerja keras (work hard) penuh semangat.

- Enerji Hidâyah, petunjuk dan inspirasi kreatif yang mendorong orang bekerja dengan cerdas (work smart).

- Enerji Rahmah, enerji cinta yang mendorong orang bekerja bersama dengan dengan tulus ikhlas (work heart) tanpa pamrih, terbebas dari nista moral.

- Enerji Barâkah, semangat kemulian dan harga diri, kemantapan pribadi yang tangguh mengendalikan hawa nafsu dan godaan iblis.

Maka jangan puas hanya dengan dzikir mulut, tembuskan dzikir kedalam Qalbu, getarkan qalbu dengan rasa rindu kepada Allah, getaran yang juga menggoncang sel-sel kelenjar hormon untuk aktif menjaga keseimbangan hormon di dalam tubuh. Hormon adalah pengendali metabolisme tubuh. Dengan dzikir sirri metabolisme akan berjalan lancar alamiah menimbulkan kehangatan dan daya tahan tubuh (immune) terhadap berbagai penyakit.

2. KESAN DZIKIR

“Rahasia itu adalah latifah / sesuatu yang halus yang diletakkan disimpan di dalam hati seperti ruh disimpan di dalam badan dan itu adalah tempat menyaksikan segala sesuatu, seperti sesungguhnya ruh itu tempat mahabbah / mencintai, menyukai dan hati adalah tempatnya keinginan, kemauan“. (Kitab At-Ta’rifat halaman 116)

Lalu bagaimana cara menghidupkan qalbu? Bagaimana cara menghunjamkan dzikir jahri dari mulut agar tembus menjadi dzikir sirri di dalam qalbu?

“… maka bertanyalah kepada ahli dzikir (bukan ahli fikir ) jika kamu tidak mengetahui.” (QS. 16:43)

Ada banyak metode (thariqah) yang digunakan para ahli dzikir, diantaranya metode Qadiriyah Naqsyabandiyah Suryalaya :

1. Gunakan Dzikir Utama berulang-ulang. 2. Lewatkan titik-titik lathifah (sensor) untuk menghunjam masuk ke dalam qalbu. 3. Sertakan hentakan/tekanan (dharban) yang kuat. 4. Rasakan jangan fikirkan.

3. Titik Sensor (Lathifah)

Dzikir Jahri yang diucapkan dengan mulut harus ditembuskan ke pusat ruh yaitu Qalbu, kalau tidak ia hanya akan menjadi gelombang-gelombang suara yang lepas mengembara di angkasa tanpa menembus alam lâhût dan `arasy Allah. Untuk menembuskannya, saat mulut melafazhkan kalimat Lâ-ilâha-illa-llâh kita jalarkan kalimat tersebut pada titik-titik lathifah/sensor:

1. Lathifah Qalbi
2. Lathifah Ruhi
3. Lathifah Sirri
4. Lathifah Khafiy
5. Lathifah Akhfa
6. Lathifah Nafs
7. Lathifah Qalabi

4. JENIS-JENIS ZIKIR :

1. Zikir Jihri – Kuatkan suara
2. Zikir Sirri – Tanpa suara
3. Zikir Khafi – Zikir senyap
4. Zikir Qalbi - Zikir Hati


22. DOA SAFUSH SHAGHIR

Doa Sayfush Shaghir

Safush Shaghir artinya pedang kecil. Doa ini digunakan untuk melunakkan dan menundukkan hati lawan, orang-orang yang zalim.

Tentang doa ini Tsiqqatul Islam Syeikh An-Nuri (ra) mengatakan dalam kitab “Ash-Shahifah Ats-Tsaniyah Al-’Alawiyah” : Di kalangan para ahli Thilasmât dan Taskhîrât (ulama sufi terdahulu) mengatakan bahwa dalam kalimat-kalimat doa ini mengandung thilasm dan taskhir yang memiliki pengaruh menakjubkan. Tetapi kami tidak ingin melihat dari sisi yang mereka katakan, kami ingin melihat dari sisi keaslian doa ini berdasarkan dalil-dalil sunnah dan tradisi ulama yang a’lam (sangat alim).

Mungkin sebagian kita bertanya apakah Thilasmat dan Taskhir itu?. Thilasmat adalah salah satu bagian dari ilmu yang membahas tentang rahasia-rahasia huruf. Sedangkan Taskhir adalah rangkaian-rangkaian huruf dan kalimat dalam suatu doa yang dapat menundukkan hati manusia.

Thilasm adalah sebuah rahasia-rahasia huruf yang dituliskan kata-kata atau ungkapan-ungkapan misteri; yang memiliki daya tarik, dan terkombinasi dengan kata-kata gaibiyah.
Dalam kitabnya Al Muqaddimah Ibnu Khaldun mengatakan : Ilmu rahasia-rahasia huruf dahulu di kalangan ulama sufi dikenal dengan istilah Thilasmât dan di zaman ini dikenal dengan Al semia.

Al Imam Ahmad bin Ali Al Buni mengatakan dalam kitabnya Syamsul Ma’arif :
Anda jangan mengira bahwa rahasia-rahasia huruf adalah ilmu yang diperoleh dengan analogi akal, tetapi sesungguhnya rahasia-rahasia huruf itu diperoleh melalui jalan musyahadah (kesaksian mata batin) dan bimbingan Ilahi.

Ala kulli hal, doa ini memiliki keutamaan dan keajaiban yang luar biasa, dan telah dipraktekkan oleh ulama kita dan kaum mukminin, doa ini terdapat dalam kitab Mafâtihul Jinân.

Doanya sebagai berikut :

Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang

1. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Rasulullah dan keluarganya Tuhanku, masukkan aku ke dalam samudra keesaanMu, dan keluasan lautan ketunggalan-Mu. Kuatkanlah aku dengan kekuatan keperkasaan kekuasaan kesatuanMu. Sehingga aku keluar memasuki limpahan keluasan kasih-Mu, dan dalam wajahku ada kilatan cahaya kedekatan dengan-Mu, akibat perlindungan-Mu, berwibawa dengan wibawa-Mu, perkasa dengan bantuan-Mu, ditinggikan dan dimuliakan dengan pengajaranMu dan pensucianMu.

2. Bungkuslah aku dengan busana kemuliaan dan penerimaanMu. Mudahkan bagiku jalan-jalan untuk mencapai dan bergabung dengan-Mu. Mahkotakan aku dengan mahkota kemuliaan dan kehormatan.

3. Ikatkan kecintaan antara aku dengan para kekasihMu, di kampung dunia dan kampung abadi. Karuniakan kepadaku dari cahaya namaMu kewibawaan dan kekuasaan yang menyebabkan semua hati dan arwah tunduk di hadapanku, yang membuat semua jiwa dan makhluk merendah kepadaku.

4. Wahai yang terhempas di hadapanNya kuduk-kuduk para penguasa dan pasrah kepadaNya leher-leher para tiran, tiada tempat berlindung dan tiada tempat keselamatan dariMu kecuali padaMu. Tidak ada bantuan kecuali denganMu, tidak ada sandaran kecuali kepadaMu.

5. Tolakkan dariku reka-perdaya orang-orang yang dengki dan kezaliman kejahatan musuh-musuhku. Sayangilah aku di bawah naungan ArasyMu. Wahai Yang Paling Pemurah dari segala yang pemurah. Kokohkan badan lahirku untuk memperoleh keridhaanMu. Sinari hatiku dan batinku untuk bisa melihat jalan-jalan menujuMu.

6. Ilahi, Tuhanku, bagaimana mungkin aku keluar dari pintuMu dengan kesia-siaan dariMu, padahal telah aku pasrahkan diriku pada kepercayaan kepadaMu. Bagaimana mungkin Engkau membuat aku putus asa, padahal telah Kau perintahkan aku untuk berdoa kepadaMu. Inilah aku menghadap kepadaMu dan berlindung kepadaMu.

7. Jauhkan aku dari musuh-musuhku sebagaimana Engkau menjauhi musuh-musuhMu. Silaukan pandangan mereka kepadaku dengan cahaya kesucian-Mu dan kebesaran kemuliaanMu. Sesungguhnya Engkaulah Allah, Pemberi anugrah yang besar dan dimuliakan kepada orang yang menyeruMu melalui kelembutan rahmatMu.

8. Ya Hayyu Ya Qayyum. Wahai Yang Hidup, wahai Yang Abadi. Wahai pemilik keagungan dan kemuliaan, semoga Allah menyampaikan shalawat kepada junjungan kami dan Nabi kami Muhammad beserta semua Keluarganya yang baik dan suci.


23. ZIKIR DICINTAI ALLAH

Tiga Kalimat Dzikir yang Paling Dicintai Allah

Dzikir merupakan aktivitas ibadah dalam umat Islam untuk mengingat Allah SWT. Dzikir ini menjadi kunci ketenangan dan kebahagiaan hidup di dunia serta kesejahteraan di akhirat kelak. Karena begitu pentingnya berzikir hingga amalan yang satu ini menjadi salah satu kewajiban yang tercantum di dalam Al-Qur’an.

Berdzikir seharusnya menjadi amalan yang terus dilakukan oleh hamba Allah yang beriman. Sehingga ketika menjadikan dzikir sebagai prioritas maka kita bisa terhindar dari sifat sombong dan takabur. Ibadah yang satu ini dapat dilakukan kapanpun dan dimanapun. Kecuali tempat yang tidak sesuai dengan kesucian Allah SWT seperti di kamar mandi.

Ada begitu banyak kalimat dzikir yang disunnahkan untuk dilafalkan setiap harinya. Namun di antara kalimat-kalimat dzikir tersebut, terdapat beberapa kalimat yang paling disukai oleh Allah SWT. Berikut ini adalah tiga kalimat dzikir yang paling dicintai Allah.

1. Dzikir Dua Kalimat

Kalimat dzikir pertama yang dicintai oleh Allah SWT adalah dengan mengucapkan Subhanallahi wa bihamdihi.Sebagaimana disebutkan dalam al-Adzkar, Imam an-Nawawi mengutip hadits yang diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Rasulullah Sollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda kepada Abu Dzarr al-Ghifari, “Maukah engkau kuberitahu kalimat yang paling dicintai Allah Ta’ala?”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Sesungguhnya ucapan yang paling disukai Allah Ta’ala adalah (Subhanallahi wa bihamdihi-Mahasuci Allah dan segala puji hanya bagi-Nya).”

Abu Umamah meriwayatkan, bahwa kalimat ini lebih agung dari emas yang diinfaqkan di jalan Allah Ta’ala. Rasulullah bersabda, “Barang siapa yang ditakuti malam sehingga disusahkan, atau rasa bakhil untuk berinfaq, atau rasa takut kepada musuh,” lanjut Rasulullah, “hendaklah memperbanyak mengucapkan subhanallahi wa bihamdih.” Sebab, terangnya mengakhiri, “Hal itu lebih dicintai Allah Ta’ala dari gunung emas yang diinfaqkan di jalan-Nya.”

Tentu saja akan berlipatganda pahala yang diperoleh mereka yang benar-benar beriman kepada Allah dengan mengumpulkan dua amalan ini dalam satu waktu. Mereka berinfaq di jalan Allah sekaligus berdzikir dan mengagungkan nama-Nya setiap waktu.

2. Dzikir Empat Kalimat

Kalimat dzikir selanjutnya terdiri dari empat kalimat. Empat kalimat ini amat masyhur di kalangan kaum Muslimin yang mencintai dzikir. Bisa diucapkan dalam satu kalimat utuh, dipisah-pisah, dan bisa dibaca sesuai kondisi seseorang.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Samurah bin Jundab, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Kalimat yang paling dicintai Allah Ta’ala ada empat. Ialah Subhanallah-Mahasuci Allah, Alhamdulillah-Segala puji bagi Allah, Laa ilaha ilallah-Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah, Allahu akbar-Allah Mahabesar.

Di akhir riwayat yang dikutip oleh Imam an-Nawawi dalam al-Adzkar ini, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam memberikan petunjuk, “Tidak ada salahnya bagimu untuk memulai (membacanya)nya dari kalimat yang mana.”

Selain itu, kalimat dzikir empat kalimat ini bisa menjadi perisai untuk menghalau api neraka. Pada hari kiamat, bacaan tersebut akan datang mendahului dan menghindarikan dari api neraka serta menjaga keselamatan orang yang sering membacanya.

3. Dzikir Paling Utama

Namun, di antara kalimat-kalimat dzikir lainnya, kalimat Laa Ilaha illallah yang paling utama. Karena dalam lafadz dzikir ini berarti Tiada Tuhan selain Allah. Orang yang melafadzkan kalimat dzikir ini yakin bahwa hanya Allah lah yang wajib disembah dan dijadikan sebagai tempat berdoa serta meminta pertolongan.

Diriwayatkan secara hasan oleh Imam at-Tirmidzi, Jabir bin ‘Abdillah mendengar Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Dzikir yang paling utama adalah (Laa ilaha ilallah-Tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah).”

Demikianlah ulasan mengenai tiga kalimat dzikir yang paling dicintai oleh Allah SWT. Tetaplah menjadi hamba Allah yang selalu mengingat-Nya setiap saat. Baik dalam keadaan senang maupun keadaan susah.


24. DOA DAN ZIKIR RASULULLAH

4 Amalan Doa Dan Zikir Yang Disukai Oleh Rasulullah S.A.W

Katakanlah (Wahai Muhammad): “Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.Surah Ali ‘Imran: 31

Berdasarkan ayat al Quran di atas menjelaskan bahawa sekiranya kita kasih dan mencintai baginda Muhammad S.A.W, perlu kita mengikuti apa yang disukai oleh baginda. Tanda kita cinta kepada Allah juga adalah dengan melakukan apa yang disukai oleh baginda di mana Allah akan mencintai dan mengampuni dosa orang mengikuti Rasul-Nya.


1 – Berdoa Dengan Pendek Dan Ringkas

Definisi doa yang pendek dan ringkas ialah mempunyai beberapa perkataan yang sedikit, tetapi mengandungi banyak makna dan menyeluruh. Perbuatan ini disukai oleh baginda kerana mudah dibaca dan meliputi banyak permohonan kepada Allah tanpa menyebut secara khusus.

Terdapat hadis yang menyatakan doa yang sering dibaca baginda adalah doa yang pendek dan padat yang merangkumi urusan dunia dan akhirat. Diriwayatkan daripada Anas bin Malik R.A;

‘’Doa yang paling banyak dibaca oleh Rasulullah S.A.W, ialah ‘Allaahumma Aatinaa fid dun-yaa hasanah, wa fil aakhirati hasanah, wa qinaa ‘azaaban naar’ (Ya Allah berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan jauhilah kami dari azab api neraka)‘’ Sunan Abi Daud, Kitab Ash-Shalah, Bab Ad-Du’a’

2 – Beristighfar Selepas Solat Dan Setiap Hari

Istighfar membawa maksud memohon keampunan kepada Allah atas dosa-dosa yang manusia lakukan. Baginda sangat menyukai amalan istighfar yang dilakukan oleh umatnya apabila selesai solat. Baginda membaca istighfar sebanyak 3 kali, lalu baginda membaca doa ini;

‘’Dan daripada Thauban bin Bajdad RA, dia berkata, Adalah Rasulullah SAW apabila telah selesai daripada solatnya, baginda beristighfar tiga kali, lalu baginda membaca, ‘Allaahumma antas salaam, wa minkas salaam, tabaarakta yaa zal jalaali wal ikram’’ (Ya Allah, Engkau adalah Maha Pemberi keselamatan dan keselamatan hanyalah dari-Mu. Maha berkat Engkau, wahai Pemilik Agung dan Kemuliaan)HR. Muslim

Baginda juga tidak hanya beristighfar selepas solat sahaja, tetapi baginda istighfar setiap hari walaupun baginda adalah maksum. Hal ini dibuktikan melalui hadis Abu Hurairah R.A meriwayatkan, bahawa dia mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;

‘’Demi Allah, sesungguhnya aku memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya lebih daripada tujuh puluh kali dalam sehari’’HR. al Bukhari

Allah juga mencintai hamba-hambanya yang selalu memohon ampun kepada-Nya berdasarkan firman Allah : ‘’Sesungguhnya Allah mencintai orang-orang yang selalu bertaubat dan mencintai orang-orang yang selalu menyucikan diri’’.Surah al-Baqarah : 222

Rahsia istighfar juga akan membuatkan hidup kita lapang, dijauhkan dari kesedihan, membuka pintu rezeki dan mendapat kebaikan dari arah yang tidak disangka-sangka. Rasulullah S.A.W bersabda;

‘’Barangsiapa yang beristighfar nescaya Allah akan menjadikan baginya kelapangan daripada segala kegundahan yang menderanya, jalan keluar dari segala kesempitan yang dihadapi, dan Allah memberinya rezeki dari arah yan tidak disangka-sangka.’’HR Abu Daud, Ibnu Majah, al-Baihaqi dan Ath-Thabrani

3 – Berdoa Ketika Menghadapi Kesukaran

Ibnu Abbas R.A berkata;

‘’Adalah Baginda S.A.W, pada menghadapi kesukaran baginda membaca ‘Laa ilaaha illallaahul ‘aziimul haliim, laa ilaaha illallaahu rabbus samaawaati wal ardhi wa rabbul ‘arsyil’azim’. (Tiada tuhan kecuali Allah yang Maha Agung dan penyantun. Tiada tuhan selain Allah. Tuhan langit dan bumi, juga Tuhan arasy yang Agung).Muttafaqun Alaih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim

Kesukaran dalam hadis di atas ialah bersifat umum iaitu mengalami kesukaran dalam setiap perkara. Kesukaran dalam hal kewangan, sukar dalam pekerjaan yang berat, mempunyai masalah yang rumit, mengalami kesedihan dan sebagainya.

Sekiranya mengalami masalah-masalah tersebut amalkanlah doa tersebut dengan yakin yang diajarkan oleh baginda kepada umatnya. Dengan izin Allah kita akan merasa ringan dalam menghadapi masalah tersebut dan akan dibuka jalan penyelesaian dalam setiap masalah.

4 – Membaca Doa Di Waktu Pagi Dan Petang

Manusia tidak berlepas daripada sebarang kejahatan dan gangguan syaitan. Oleh itu perlu kita mengamalkan doa pada waktu pagi dan petang supaya kita dapat berlindung daripada kejahatan. Antara doa yang sering diamalkan oleh baginda adalah, Abu Hurairah RA berkata;

‘’Rasulullah S.A.W, apabila waktu pagi baginda membaca, ‘Allhumma bika ashbahnaa wa bika amsaynaa wa bika nahyaa wa bika namuut wa ilaikal mashiir’ (Ya Allah, dengan-Mu aku memasuki pagi, dengan-Mu aku memasuki petang, dengan-Mu aku hidup, dengan-Mu aku mati, dan kepada-Mu aku kembali). Dan apabila waktu petang baginda membaca, ‘Allahumma bika amsaynaa wa bika ashbahnaa wa bika nahyaa wa bika namuut wa ilaikan nusyuur’ (Ya Allah, dengan-Mu aku memasuki petang, dengan-Mu aku memasuki pagi, dengan-Mu aku hidup, dengan-Mu aku mati, dan kepada-Mu aku kembali).HR Abu Daud dan At-Tirmizi

Namun begitu terdapat juga doa-doa lain yang diamalkan oleh baginda pada waktu pagi dan petang. Justeru amalkanlah doa-doa dan zikir yang disukai oleh baginda dan juga amalan-amalan lain yang dicintai baginda kerana mengamalkan amalan yang disukai baginda adalah tanda cinta kita kepada Allah dan rasul. Moga-moga artikel ini bermanfaat untuk semua pembaca.


25. ZIKIR BERSANAD

1. Astaghfirullahaladzhim baca 100x

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : "Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah dan memohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya aku bertaubat dalam sehari sebanyak 100 kali"(Hadis Riwayat Muslim).

2. Subhanallahi wabihamdihi , Subhanallahil adzhim 100x

Rasulullah Saw bersabda : “Dua kalimat yang ringan diucapkan lidah, berat dalam timbangan, dan disukai oleh (Allah) Yang Maha Pengasih, yaitu kalimat subhanallah wabihamdihi, subhanallahil ‘Azhim (Mahasuci Allah dan segala puji bagi-Nya, Mahasuci Allah Yang Maha Agung).” (HR Bukhari 7/168 dan Muslim 4/2072);

3. Laillahaillah 100x

Dari Jabir bin Abdillah ia berkata : Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Zikir yang paling mulia ialah Lailahaillallah dan doa yang paling baik ialah Alhamdulillah.” (Riwayat Al-Imam Ibnu Majah).

4. Hasbunallah wanikmal wakil 100x

Diriwayatkan bahawa ketika Nabi Ibrahim diletakkan di atas tunku api, Jibril bertanya kepada baginda –Apakah engkau memerlukan sesuatu pertolongan dariku?’Nabi Ibrahim lantas menjawab – “Aku tidak memerlukan apa-apa pertolongan darimu. Aku hanya memerlukan pertolongan dari Allah”.

“Hasbunallah wa ni’mal wakil” itulah kalimat yang dikatakan oleh Nabi Ibrahim AS ketika akan dilempar ke kobaran api. Nabi Ibrahim mempercayakan seluruh jiwa dan raganya sepenuhnya kepada Allah, maka Allah berfirman “Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim”. Allah menjadikan api yang panas itu dingin seketika. Dan Ibrahim pun tidak terbakar. Demikian halnya dengan Rasulullah dan para sahabat ketika menghadapi ancaman dari pasukan kafir, mereka juga mengucapkan “Hasbunallah wa ni’mal wakil” Cukuplah Allah menjadi penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.

5. SubhanaAllah walhamdulilla wallaillahaillah Allahu Akbar 100x

Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai” (HR. Muslim no. 2137).

6. La Haula wala Quwwata illa billah 100x

Dalam sebuah hadis menyebut daripada Abu Zar, beliau berkata: “Aku berjalan di belakang Rasulullah SAW, lalu Baginda berkata kepadaku: “Wahai Abu Zar, mahukah aku tunjukkan kepada kamu satu perbendaharaan daripada beberapa perbendaharaan syurga? Aku berkata: Mahu ya Rasulullah. Baginda bersabda: “La Haula wala Quwwata illa billah.”

7. Allahumma solli ala sayyidina muhammad 100x

Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” (Surah Al-Ahzaab 33:56)


26. ZIKIR PEMBUKA REZEKI
7 Zikir Pembuka Rezeki Amalan Rasulullah Yang Paling Mustajab

Rezeki yang sedikit tetapi diberkati Allah adalah lebih baik dan tinggi darjatnya berbanding rezeki yang banyak tetapi tidak diberkati. Tidak menjadi soal sama ada banyak atau sedikit rezeki itu. Apa yang lebih penting adalah rezeki yang cukup. Biar sedikit asal cukup daripada banyak tapi sering tidak mencukupi. Sesungguhnya rezeki Allah itu cukup luas.

Amalkan 7 zikir di bawah:

1. Memperbanyak membaca – La Hawla Wala Quwwata Illa Billah (100X)

Maksud: Tiada daya dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah semata-mata.
"Barangsiapa yang lambat datang rezekinya hendaklah banyak mengucapkan – La hawla Wala Quwwata Illa billah". (HR. At-Tabrani)

2. Membaca – La Ilaha Ilallah Al Malikul Haqqul Mubin (100X)

Maksud: Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah yang Maha Benar lagi Maha Nyata.

"Barangsiapa setiap hari membaca La ilaha illalla al malikul haqqul mubin maka bacaan itu akan menjadi keamanan dari kefakiran dan menjadi penenteram dari rasa takut dalam kubur." (HR. Abu Nu’aim dan Ad Dailami)

3. Membaca – Subhanallahi Wabihamdihi Subhanallahil 'Adziim (300X)

Maksud: Maha Suci Allah dan segala puji bagi-Nya, Maha Suci Allah yang Maha Agung.
"Dari setiap kalimat itu seorang malaikat yang bertasbih kepada Allah Ta’ala sampai hari kiamat yang pahala tasbihnya itu diberikan untukmu." (HR. Al-Mustagfiri dalam Ad-Da’awat)

4. Membaca Surah Al-Ikhlas (200X)

"Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas ketika masuk rumah maka berkat bacaan menghilangkan kefakiran dari penghuni rumah dan tetangganya." (HR. At-Tabrani)

5. Membaca Surah Al-Waqi'ah (setiap hari)

"Barangsiapa membaca Surah Al-Waqi'ah setiap malam maka tidak akan ditimpa kesempitan hidup." (HR. Al-Baihaqi dalam Syu’ab Al-Iman)

6. Memperbanyak selawat ke atas Nabi (100x)

Dari Umar bin Khattab dari Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali selawat maka Allah akan membalas sepuluh kali (10x) selawat dan mengangkatnya sepuluh darjat."

(Dikeluarkan Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad, Ibnu Abu Syaibah… al-Bazzar…. Ibnu Syahiin dan al-Ismaili dengan sanad ma’lul)

7. Melazimkan beristighfar (100x)

"Barangsiapa melazimkan beristighfar nescaya Allah akan mengeluarkan dia dari segala kesusahan dan memberikan rezeki dari arah yang tidak pernah diduga." (HR. Ahmad, Abu Dawud dan Ibnu Majjah)


27. ZIKIR NAFAS

ZIKIR NAFAS : ALLAH HU ALLAH....

ALLAH HU ALLAH adalah lafaz yang sentiasa berjalan dalam darah dan Nafas seorang Ahli KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH.

Firman Allah swt; dalam Al Quraan; "Maka ingatlah kepada-Ku, nescaya Aku ingat kepadamu (bersama dan melindungi hambaNya).... (Al-Baqarah:152) Bagaimana seorang hamba boleh memahami ZIKIR Allah keatas kita apabila Allah Mengingati kita bilamana kita Berzikri kepada ALLAH.

Allah memberi jamninan bahwa hamba yang kukuh jiwanya dengan Allah akan mendapat perlindunganNya dari gangguan syaitan. Syaitan tidak dapat di halangan dari amalan dan ibadat seseorang kecuali dengan ZIKIR NAFAS dan tidak ada cara lain dari ini, kerana syaitan sentiasa bernafas dengan Nafas kita.

Zikir yang dilakukan dengan teknik yang betul seperti yang di amalkan oleh para Nabi dan rasul Allah dan Awliya Allah akan mensucikan hati pengamalnya dan meningkatkan ubudiyahnya dan IHSAN kepada Allah. Semakin tinggi ubudiyyah, semakin dalam ILMU uluhiyyah semakin tawadhuk dan semakin kerdil hamba itu terhadap ROBnya sehingga ke tahap merasa hilang wujud diri (fana), maka semakin kuatlah Tenaga Illahi yang terlimpah pada qalbinya. Ia selari dengan perinsip sains bahwa, semakin kecil sesuatu atom itu, maka semakin hebat tenaga dan kuasanya.

Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya dan Aura yang hebat yang datang dari alam Lahut. Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya. Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah). Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif. Tanpa ILMU KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH, ZIKIRUL ANFAS tidak akan bergerak.

Zikir Nafas adalah satu getaran yang amat tinggi vibration nya dan Getaran cahayanya yang tinggi ini juga akan menguatkan Ruh Jasmani atau tenaga dalam atau gelombang elektromagnet yang bergerak aktif dalam tubuhnya. Gelombang atau tenaga inilah yang mengawal segala fungsi dan organ dalam tubuh manusia. Apabila tenaga ini terganggu atau lemah, maka ia akan mendedahkan seseorang itu kepada serangan pelbagai penyakit. Zikirul Anfas adalah tenaga yang dapat mengimbangkan tenaga

Seseorang ahli zikir yang khusyuk dalam ibadah mempunyai ketenangan yang tinggi. Sains mengatakan semakin tenang atau hening sesuatu objek itu, maka gerakan atom atau tenaga yang terhasil amatlah laju. Justeru, semakin seseorang itu tenang, tenaganya makin kuat dan pantas. Tenaga yang ada pada dirinya itu boleh diqasadkan untuk manfaat perbagai.

Kegunaan zahir dan batin.

Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan ALLAH HU ALLAH, atau disebut oleh ahli KALIMAH LA ILAHA ILLALLAH sebagai zikir nafas, akan memberi kesan yang hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah). Dan Zikir Nafas adalah wajib bagi setiap mukmin yang ingin mendekatkan diri mereka kepada Allah.

Cara berzikir HU ALLAH hendaklah kita mulai dengan lafaz HU dari pusat kita, tarik nafas keatas hingga ke kepala tengadahkan kepala ke langit-langit kemudian hembuskan kuat dgn lafaz ALLAH dengan tenaga kearah pusat dan biarkan menular ke jantung, sebut kalimah HU ALLAH dengan jelas, perlahan (jangan cepat) serta ikuti mahrajnya dgn betul, selama melafazkan HU hendaklah panjang 2 Alif (4 harakat) dan hembuskan dengan lafaz ALLAH pun dengan panjang yang sama, saat sampai di pusat tahan nafas sehingga dapat menyebut seberapa banyak HU ALLAH didalam satu nafas.

Pada awal permulaan zikir hendaklah dibuat secara nyaring di mulut tetapi kemudian diperlahankan secara beransur-ansur sehingga tertutup mulut (tidak kedengaran dilafazkan di mulut) dan berzikirlah HU ALLAH didalam hati saja, berzikir sebanyak yang kita mampu dan buat secara istiqomah.

Cara zikir ALLAH HU dimulai dengan lafaz ALLAH dengan panjang 2 Alif (4 harakat) dari pusat naik ke kepala, tengadahkan kepala ke langit-langit, kemudian lafazkan HU dengan bertenaga hembuskan ke pusat hingga terasa mengalir di jantung kita, saat sampai ke pusat tahan nafas hingga kita dapat menyebut ALLAH HU seberapa kali dalam satu nafas. Cara buat sama dengan yang diatas.

Lakukanlah zikir ini setiap hari 100x atau sehingga 9,999x sehingga ia mendapat kesan pada hati kita. Sheikh berkata sekiranya zikir ini diamalkan sentiasa satu cahaya akan terpancar dihadapan kita dan membuatkan kita rasa untuk berzikir setiap masa dan keadaan.


28. ZIKIR YA ALLAH

Khasiatnya:

1. Zikir Ya Allah (ياَ اَللهُ) dengan bilangan 5,000X insya’ Allah datang kepadanya rezeki dari setiap penjuru.

2. Zikir 66X selepas solat fardhu selama 66 hari insya’ Allah namanya akan jadi sebutan di langit dan di bumi. Terlebih baik diamalkan terus-menerus.

3. Zikir 500X setiap malam terutama di tengah malam selepas solat Tahajjud insya’ Allah segala hajatnya akan dikabulkan.

4. Zikir 1,000X (يا الله يا هُوْ) Ya Allah Ya Hu (dengan baris wau di matikan) insya Allah diberi akan kesempurnaan yakin.

5. Zikir dengan lafaz yang sama seperti di atas pada hari Jumaat, sebelum solat Jumaat, berwudhuk, wiridkan sebanyak 1000X Insya’ Allah dimudahkan baginya segala yang dituntutnya.

DOA SESUDAH ZIKIR YA ALLAH :

Ya Allah, aku bermohon kepada Mu dengan menyebut nama Mu yang Engkau namakan diri Mu dengannya, atau Engkau turunkan nama itu dalam kitab suci Mu, atau anugerahkan ia kepada salah seorang dari hamba Mu, atau Engkau rahsiakan ia dalam ghaib Mu. Ya Allah, aku bermohon kiranya Engkau jadikan al-Quran penyejuk hatiku, cahaya mataku, penyingkap keresahanku dan pengusir kesedihan serta kesusahanku. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad SAW serta ke atas kaum keluarga dan para sahabatnya.


29. ZIKIR ALTERNATIF

Saya ingin memberi alternatif dan renungan dalam berzikir yang dianjurkan oleh Nabi s.a.w. Jika diteliti, kita akan dapati apa-apa yang Nabi s.a.w ajar mengenai zikir sudah cukup dan rasanya tidak tergamak untuk menambah atau menguranginya.

Pembahagian zikir:

1. Ditentukan bilangan, waktu dan tempat

2. Ditentukan bilangan atau waktu atau tempat atau keduanya.

3. Tidak terikat dengan ketentuan.

Zikir datangnya dari al-Quran dan sunnah yang sahih.Oleh itu, tidak dinamakan ibadat jika datang dari siapa pun zikir yang tiada nasnya. Zikir ini tidak boleh ditambah atau dikurangi jika ditentukan dengan syarat tertentu walaupun hukumnya sunat. Adakah solat sunat Dhuha boleh dikerjakan tanpa Al-Fatihah walaupun hukumnya sunat?

Dari Kaab bin “Ujrah, Nabi s.a.w bersabda:

“Beberapa kalimat yang diucapkan sesudah solat wajib, tidak akan rugi/kecewa orang yang mengucapkannya / mengerjakannya, iaitu: tiga puluh tiga kali (33) tasbih (subhanallah), tiga puluh tiga (33) kali tahmid (alhamdulillah), dan tiga puluh empat (34) kali takbir (allahu akbar).” [H.R. Muslim dan lain-lain.]

Dari Abi Hurairah r.a., Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa bertasbih/mensucikan Allah (subhanallah) di belakang solat (fardu) tiga puluh tiga (33) kali, dan bertahmid/memuji Allah (alhamdulillah) tiga puluh tiga (33) kali, dan bertakbir/membesarkan Allah (allahu akbar) tiga puluh tiga (33) kali, maka jumlahnya menjadi sembilan puluh sembilan (99) kali. Kemudian mengucapkan (sekali):

Laailaha illallah wahdahuu laa syarikalah, lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa 'alaa kulli syai’in qadir. Nescaya diampunkan kesalahan-kesalahannya meskipun sebanyak buih di lautan.” H.R. Muslim dan lain-lain.]

Dari Zaid bin Tsabit, dia berkata: Mereka (para sahabat) diperintah (oleh Nabi s.a.w) bertasbih (subhanallah) di belakang setiap solat (fardu) tiga puluh tiga (33) kali, bertahmid (alhamdulillah) tiga puluh tiga (33) kali, dan bertakbir (allahu akbar) tiga puluh empat (34) kali. Kemudian seorang lelaki dari (kaum) Ansar bermimpi didatangi (seseorang) lalu dikatakan kepadanya: “Bukankah Rasulullah s.a.w. telah memerintahkan kamu untuk bertasbih di belakang setiap solat tiga puluh tiga (33) kali, bertahmid tiga puluh tiga (33) kali, dan bertakbir tiga puluh empat (34)kali?” Jawab lelaki Ansar tadi: “Betul!” Orang itu berkata lagi: “Jadikanlah dia dua puluh lima (25) kali dan jadikanlah juga padanya tahlil (Laailaha illallah atau Laailaha illallah wahdahuu laa syarikalah lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa a’laa kulli syai’in qadir.) dua puluh lima (25) kali.”

Apabila aku bangun pagi, lelaki Ansar itu datang kepada Nabi s.a.w. dan menerangkan mimpinya itu. Maka Nabi s.a.w bersabda: “Jadikanlah dia seperti itu.” [H.R. An-Nasa’i ,Ahmad,Ibnu Khuzaimah dan lain-lain.]

Dari Abu Hurairah r.a.,dia berkata:

“Orang-orang yang fakir telah datang kepada Nabi s.a.w, mereka berkata: “Orang-orang yang banyak harta/kaya telah memperoleh darjat yang tinggi dan kenikmatan yang tetap, mereka solat seperti kami solat dan mereka puasa seperti kami puasa, tetapi mereka memiliki kelebihan harta yang dengannya mereka dapat berhaji, umrah, berjihad, dan bersedekah.” Nabi s.a.w bersabda: “Mahukah aku ceritakan sesuatu yang jika kamu mengamalkannya kamu dapat mengejar orang-orang yang mendahului kamu, dan tidak ada sesudah itu orang yang dapat mengamalkan seperti itu? Kamu hendaklah bertasbih, bertahmid dan bertakbir di belakang setiap solat (fardhu) tiga puluh tiga kali (masing-masing 33X).” [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

Dari Abdullah bin Amr, Nabi s.a.w bersabda:

“Dua macam yang tidak memelihara akan keduanya seorang hamba Muslim melainkan dia akan masuk syurga (siapa yang memeliharanya akan masuk syurga). Ketahuilah! Keduanya itu mudah, akan tetapi sedikit orang yang mengamalkannya, iaitu mensucikan Allah(bertasbih subhanallah) di belakang setiap solat maktubah/wajib sepuluh (10) kali, memuji-Nya (bertahmid - alhamdulillah) sepuluh(10) kali, dan membesarkan-Nya (bertakbir - allahu akbar) sepuluh (10) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus lima puluh (150) kali pada ucapan (30 X 5 solat fardhu = 150) dan seribu lima ratus (1,500) kali pada timbangan.

Kemudian bertakbir (allahu akbar) tiga puluh empat (34) kali ketika hendak tidur dan bertahmid (alhamdulillah) tiga puluh tiga (33) kali dan bertasbih (subhanallah) tiga puluh tiga(33) kali, maka yang demikian itu menjadi seratus (100) pada ucapan (34+33+33=100) dan seribu (1,000) pada timbangan.

Maka, siapakah di antara kamu yang mengerjakan dalam sehari semalam dua ribu lima ratus (2,500) kesalahan?” Mereka (para sahabat) bertanya: “Ya Rasulallah, mengapa kedua itu mudah tetapi sedikit orang yang mengamalkannya?” Nabi s.a.w menjawab: “Kerana syaitan datang kepada salah seorang kamu apabila dia telah selesai solatnya lalu syaitan mengingatkannya akan keperluan ini dan itu, terus dia bangun dan tidak mengucapkannya. Kemudian syaitan datang kepadanya apabila dia hendak tidur lalu syaitan menidurkannya sebelum dia mengucapkannya.” Berkatalah Abdullah bin Amr: Aku melihat Rasulullah s.a.w. menghitung tasbih dengan tangan kanannya.” [H.R. Abu Daud, Ahmad, An-Nasa’i, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban - Sahih]

Dari Tsauban,dia berkata:

“Biasanya Rasulullah s.a.w. apabila telah selesai solat mengucapkan: astaghfirullah tiga(3) kali, kemudian mengucapkan: Allahumma antas salaam wa minkas salaam tabaarakta yaa dzal jalaali wal ikram.” [H.R. Muslim, Ahmad dan lain-lain.]

Dari ‘Uqbah bin Amir, dia berkata:

“Rasulullah s.a.w. telah memerintahkanku supaya aku membaca ‘Al-Muawidzat’ (1.Qulhuwallahu Ahad. 2. Qul a’udzu bi rabbil falaq 3. Qul a’udzu bi rabbinnaas.) di belakang setiap solat (fardhu/wajib).” [H.R. Ahmad, Abu Daud, An-Nasa’i dan lain-lain.- Sahih]

Dari Abi Umamah, Nabi s.a.w bersabda:

“Barangsiapa membaca ayat kursi di belakang setiap solat maktubah / fardhu/ wajib, nescaya tidak ada yang menghalanginya dari masuk syurga kecuali kalau dia tidak mati.” [H.R. An-Nasa’i dan lain-lain. - sahih]

Zikir paling banyak 100X

Sebanyak-banyak zikir yang dianjurkan Nabi s.a.w yang sahih adalah 100 kali dan ada zikir yang dianjurkan membacanya tetapi tidak dituntut dibilangnya zikir tersebut, cukup berzikir sekadar kemampuan.

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsiapa yang mengucapkan subhanallahi wabihamdihi dalam satu hari seratus kali, nescaya dihapuskan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih laut." [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Barangsipa yang mengucapkan ‘laa ilaaha illallahu wahdahu laa syariikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syai’in qodiir’ seratus (100) kali dalam sehari, maka baginya sama dengan memerdekakan sepuluh (10) hamba dan ditulis baginya seratus kebaikan dan dihapuskan darinya seratus (100) kesalahan serta dia mendapat penjagaan dari gangguan syaitan pada hari itu sampai petang. Dan tidak ada seorang yang lebih utama darinya kecuali orang yang mengerjakan lebih banyak dari itu.* [H.R. Al Bukhari dan Muslim]

*Membaca lebih daripada 100X tidak pula dituntut menghitungnya.

Dari Saad bin Abi Waqqas, katanya:

“Kami pernah duduk di sisi Rasulullah s.a.w. lalu baginda bersabda: “Lemahkah salah seorang kamu untuk mengerjakan setiap hari seribu kebaikan?” Maka bertanya seorang yang ada dalam majlis itu kepada baginda: “Bagaimanakah salah seorang dari kami mengerjakan seribu kebaikan?” Baginda bersabda: “Iaitu dia bertasbih (subhanallah) seratus kali tasbih nescaya akan ditulis baginya seribu kebaikan dan dihapuskan darinya seribu kesalahan.” [H.R. Muslim]

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Barangsiapa yang bertasbih kepada Allah (subhanallah) 33X pada setiap selesai solat(fardhu) dan bertahmid kepada Allah (alhamdulillah) 33X dan bertakbir kepada Allah (allahu akbar) 33X, maka yang demikian itu jumlahnya menjadi 99. Kemudian dia mencukupkan menjadi seratus dengan mengucapkan: Laa ilaaha illallahu wahdahu laa syarikalahu lahul mulku wa lahul hamdu wa huwa ‘alaa kulli syaiin qadiir(1X). Maka akan diampunkan dosa-dosanya meskipun sebanyak buih di laut.” [H.R. Muslim]

Ada zikir yang diajar oleh Nabi s.a.w tetapi kita tidak dituntut menghitungnya. Jadi, cukup membaca sekadar kemampuan.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Dua kalimat yang ringan diucapkan akan tetapi berat pada timbangan, iaitu: subhanallahi wa bihamdih,subhanallahil ‘adziim.” [H.R. Bukhari dan Muslim]

Dari Samurah bin Jundub: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Ada empat perkataan yang dicintai oleh Allah iaitu: subhanallah, walhamdulillah, wa laa ilaaha illaah, wallahu akbar. Tidak salah kalau engkau memulai dari mana saja.” [H.R. Muslim]

Terdapat banyak lagi hadis lain…

Mengapa kita tidak boleh membaca berlebih-lebihan? Apa salahnya baca beratus-ratus atau beribu-ribu?

Dari Abdullah bin Mas’ud: Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Binasalah orang-orang yang berlebih-lebihan.” Nabi s.a.w mengucapkannya sampai 3X.” [H.R. Muslim]

Dengan keterangan di atas, untuk apa lagi kita berlebih-lebihan dan menambah zikir yang baru? Bukankah sudah cukup apa yang Nabi s.a.w ajar?


30. ZIKIR TASBIH

Terdapat satu zikir kita semua tahu dan mampu menghafaznya. Selepas membaca hadis berikut, diharap kita dapat kekal istiqamah beramal dengannya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barangsiapa mengucapkan ‘subhanallah wabihamdihi’ seratus kali dalam sehari, ia akan diampuni segala dosanya sekalipun dosanya itu sebanyak buih di lautan.” (Hadis riwayat Muslim dan Tirmidzi)

Berdasarkan hadis itu, zikir ‘subhanallah wabihamdihi’ sekiranya dibaca 100 kali pada setiap hari, ganjaran besar menanti pengamalnya iaitu diampuni segala kesalahan dan dosa kecil yang dilakukannya pada masa lalu. Nabi SAW menyebutkan sekalipun dosa itu sebanyak buih di lautan. Kata ulama, kenapa Nabi SAW mengumpamakan seperti buih di lautan kerana bilangan buih di lautan tidak pernah habis. Walau sebanyak mana dosa yang dilakukan, jika mereka mengamalkan zikir itu pasti Allah SWT akan ampunkan.

Untuk menghabiskan zikir sebanyak 100 kali itu sebenarnya tidak memerlukan masa yang panjang. Namun, disebabkan manusia sentiasa tenggelam dengan sifat malas dan lalai, ia menyebabkan zikir yang boleh diselesaikan dalam masa kurang 10 minit itu gagal dilaksanakan. Selain itu, di dalam al-Quran turut dinyatakan seluruh makhluk lain di dunia ini turut berzikir dan bertasbih kepada Allah SWT.


Allah SWT berfirman yang bermaksud “...dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.” (Surah al-Israa’, ayat 44)

Segala benda yang berada di sekeliling kita termasuk haiwan, tumbuhan, bukit, gunung- ganang dan sungai bertasbih memuji Allah SWT. Bagaimanapun, manusia tidak dapat memahami cara mereka berzikir. Diriwayatkan dalam satu hadis, pada satu hari Nabi SAW mengambil segenggam pasir dan membuka gengaman tangannya di hadapan Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan beberapa lagi sahabat. Ketika Baginda membuka tangannya, pasir itu berzikir dan didengari sahabat yang berada di sekelilingnya. Itu adalah satu mukjizat.

Sahabat yang meriwayatkan hadis itu menyatakan, pasir itu menyebut ‘subhanallah’ sehingga didengari secara zahir di telinga mereka. Kemudian Nabi SAW memindahkan pasir itu ke tangan Abu Bakar. Beliau memegang dan membuka tangannya lalu pasir itu bertasbih. Kemudian Abu Bakar menyerahkan pula pasir itu kepada Saidina Umar. Ketika beliau membuka tangannya, pasir itu turut berzikir. Kemudian pasir itu diberikan kepada Saidina Uthman dan ia masih berzikir. Saidina Ali yang meriwayatkan hadis itu menyatakan, apabila Saidina Uthman memberikan pasir itu kepadanya, ia sudah tidak berzikir. Bagaimanapun, kenapa pasir itu tidak berzikir ketika berada di tangan Ali tidak diketahui kerana semua itu adalah rahsia Allah SWT.

Banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk mengamalkan zikir berkenaan. Contohnya, ketika memandu dalam perjalanan pergi dan balik dari tempat kerja, kita boleh mengamalkan zikir itu.

Itu dikatakan fadilat yang besar yang diperoleh daripada amalan kecil. Selain itu, fadilat zikir ‘subhanallahi wabihamdihi’ boleh diamalkan ketika diri risau tidak mampu bangun malam, takut untuk berinfak dan sedekah serta ketika takut berhadapan dengan musuh di medan perang.

Malah, turut dinyatakan amalan zikir itu lebih disukai Allah SWT daripada seseorang menginfakkan sebuah gunung emas di jalan Allah SWT.


31. KHATAM KHAWAJAKAN

Khatam Khawajakan adalah zikir yang dinisbahkan kepada Syeikh Abd al-Khaliq al-Ghajdawani yang menjadi penyusun kepada zikir tersebut. Amalan ini diamalkan oleh syeikh-syeikh tarekat suatu ketika dulu adalah bertujuan untuk menghindarkan diri dari musibah dan hanya pada ketika-ketika tertentu sahaja.

Tetapi sesudah syeikh-syeikh yang terkemudian, ianya diamalkan selalu tanpa melihat kepada peristiwa tertentu kerana bagi mereka, dunia akhir zaman ini sudah sering ditimpa bencana dan amalan ini terus menerus dilakukan.

Pengamalan khatam ini dilakukan secara berjemaah dalam bentuk halaqah iaitu bulatan. Syeikh akan duduk menghadap kiblat dan didampingi oleh khalifah beserta murid yang lain sekurang-kurangnya tujuh orang. Metodologi pengamalan bagi Khatam Khawajakan ini adalah seperti yang berikut :

1. Membaca istighfar 5, 15, atau 25 kali. •

2. Menghubungkan diri dengan rabitah guru mursyid. •

3. Membaca surah al-Fatihah 7 kali. •

4. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w 100 kali •

5. Membaca surah al-Inshirah sebanyak 79 kali. •

6. Membaca surah al-Ihklas sebanya 100 kali •

7. Membaca semula surah al-Fatihah sebanyak 7 kali. •

8. Membaca selawat ke atas Nabi s.a.w 100 kali •

9. Membaca doa penutup •

10. Akhir sekali membaca beberapa potong ayat al-Quran •

Bagi memudahkan dan melancarkan lagi perjalanan Khatam ini, perlaksanaannya dalam Tarekat Naqsyabandiyyah Khalidiyyah di Malaysia mengamalkannya dengan menggunakan 100 biji batu kecil dan sepuluh biji batu besar. Al-Qazani menyebut bahawa penggunaan batu-batu ini adalah hakikatnya untuk memudahkan pengendalian Khatam Khawajakan ini.


SEMOGA APA YANG KITA PELAJARI DAPATLAH DIAMAL DAN DISAMPAIKAN, ... INSYAALLAH..