Salam sejahtera, salam Malaysia Madani. Selamat datang ke Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Gunong, Bachok, Kelantan, Malaysia. NADI Gunong ini beralamat belakang Pejabat Penggawa Gunong. NADI Gunong berada dalam Parlimen P025 Bachok, DUN N22 Jelawat.
.
NADI Gunong beroperasi setiap hari, kecuali cuti umum, dari jam sembilan pagi hingga jam enam petang. Dengan kemudahan dua puluh biji komputer sebenarnya sudah mampu untuk menyediakan keselesaan semasa pembelajaran, dengan kelajuan internet yang sentiasa di pertingkatkan, disamping itu dengan bantuan petugas yang sangat mesra dan bersedia membantu pelanggan yang memerlukan bantuan.
Suasana pejabat yang sangat baik dan berhawa dingin, sungguh selesa bila berada di sini. Pelbagai kelas dan program sudah di atur mengikut jadual yang telah di tetapkan. Peserta boleh memilih mana-mana program yang mereka sukai, bahkan setiap kelas adalah percuma. Komuniti yang tidak merebut peluang ini, sangatlah rugi.
.
Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) merupakan salah satu inisiatif Pemberian Perkhidmatan Sejagat (PPS) yang dilaksanakan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
.
Untuk memperkasakan program keusahawanan, NADI Gunong akan berusaha untuk melahirkan usahawan yang berdaya saing dan lestari melalui perkhidmatan pintar yang disediakan.
.
Dalam program pembelajaran sepanjang hayat, NADI Gunong telah menyediakan platform bagi golongan yang tidak berkemampuan serta tercicir untuk mendapat pendidikan dan kemahiran.
.
Melalui program kesejahteraan kendiri, NADI Gunong berusaha merapatkan jurang pengetahuan berkenaan eKesihatan dan kesejahteraan kendiri di kalangan komuniti setempat.
.
Melalui program kesedaran, NADI Gunong akan mengawalselia kendiri serta menyedari batasan penggunaan Internet dan media sosial .
.
Akhir sekali, dengan program Inisiatif kerajaan, NADI Gunong akan menyebarluaskan maklumat berkenaan inisiatif Kerajaan yang terkini dengan tepat.
.
0 Ulasan